24-25 November 2009
35 orang peserta dari Kota Samarahan, Spaoh, Igan dan Kuching termasuk pelajar2 dari ICATS.
Anjuran Jabatan Ketua Menteri, PPKS & MUDT.
Kursus pengenalan untuk mereka yang berminat untuk menjalankan perniagaan Homestay.
Kelas memasak semestinya mendapat sambutan hebat. Menu hari itu Sup jagung berketam, Udang Berlada dan Ayam Kerisek.
Kak Romlah atau Kak Rom tuan punya Rom's Homestay merupakan seorang usahanita berjaya juga sahabat baik saya telah sama-sama memberi ceramah pada hari tersebut.
3 lagi kursus serupa yang sepatutnya diadakan di Limbang, Bario dan Lawas terpaksa saya tolak kerana jadual yang bertindih dengan kursus yang telah saya confirmkan dengan penganjur yang lain.
Bagi peserta dari bandar berkenaan, sabar ye, kita akan cuba buat pada tahun hadapan.
No comments:
Post a Comment