I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, December 31, 2009

BYE BYE 2009 WELCOME 2010






Saya ucapkan Selamat Tahun Baru untuk semua pembaca blog ini. Apa azam u all semua? Bagi diri saya, saya berharap agar impian untuk memiliki perniagaan sendiri akan tercapai. Buat masa ini nak fokus dengan kerjaya sebagai Penceramah Bebas. Buat duit dulu baru pk pasal bzness. Apa kah bentuk bzness tu saya tak nak cerita dulu...... nantilah kalau dah beroperasi baru saya bagitahu.
Okay...... semuga anda semua berbahagia , dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki... AMIN!

Friday, December 25, 2009

MERRY CHRISTMAS 2009

To All My Christians Friends

May the good times and treasures of the present become the golden memories of tomorrow. Wish you lots of love, joy and happiness. MERRY CHRISTMAS.

Thursday, December 24, 2009

TAHNIAH! Aqila, Wawan & Nurul Dapat Straight As

NORAZWAN AZMI ; PMR 8A NURUL FILZATUL SHAFIQAH : PMR 8A

ZUNNURAIN AQILA : UPSR 5A

Alhamdulillah ketiga-tiga anak saudara dan sepupu saya mendapat keputusan cemerlang di dalam ujian PMR & UPSR tahun ini.
Nurazwan anak kepada abang saya Azmi telah mendapat 8A dalam PMR. Wawan adalah pelajar SMK Lundu. Tahun lepas abang kepada Wawan iaitu Azri turut mendapat 8A dlm PMR & 8A di dalam SPM.

Aqila pula merupakan anak sulung kepada adik saya Zarinie telah mendapat 5A dalam UPSR dan belajar di Banting Selangor.

Sementara Nurul merupakan sepupu saya iaitu anak kepada mak su ( adik bongsu emak ) turut mendapat 8A di dalam PMR dan bersekolah di SMK Bandar Sarikei.

Semuga kejayaan mereka menjadi contoh kepada anak saya & saudara-saudara mereka yang lain.

TAHNIAH dari Uncle Jeff !

Friday, December 18, 2009

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1431

Ya Allah ya tuhan kami,
Di awal ambang Bulan Muharram yang barqah ini,
Muliakan dan sayangi saudaraku yang membaca blogku ini
Bahagiakan keluarganya,
Sihatkan tubuh badannya,
Berkatilah rezekinya,
Kuatkan imannya,
Berikan kekuatan beribadah,
Jauhkan dari fitnah,
Suburkan benih KEISLAMAN dengan penuh rasa kasih sayang,
AMIN.

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1431

Thursday, December 17, 2009

DOA AWAL TAHUN & DOA AKHIR TAHUN

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.
Doa Awal Tahun:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Doa Akhir Tahun:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Monday, December 14, 2009

SELAMAT SAMPAI KE BINTULU [ Bahagian 1 ]

Maswings- ATR 72-500 amat selesa!
Semangat membaca!

Lapangan Terbang Bintulu
Tengah menunggu untuk penerbangan ke Sibu pula.
Suasana airport yang agak lengang di awal pagi
Cantik sungguh interiornya!
Makanan kat Niah Cafe sedap tau!
Boleh beli cenderamata kat sini!
Tengah menunggu Shafiee tiba
Nyenyaklah tidur saya untuk 4 malam yang akan datang
Bilik hotel saya, cantikkan?


Alhamdulillah, saya selamat sampai di Bintulu pagi tadi jam 8 pagi setelah flight saya delay 1 jam dari Miri. Sahabat baik saya dari kecil yang bertugas di Bintulu iaitu Shafiee telah datang menjemput saya. Perjalanan dari airport mengambil masa lebih kurang 25 minit untuk sampai ke bandar Bintulu. Banyak juga perubahan bandar Bintulu setelah hampir 4 tahun saya tidak jejak kaki di sini.
Saya menginap di The Regency Hotel yang dulunya dikenali sebagai Bintulu Plaza Hotel. Sejak dulu saya merupakan pelanggan tetap hotel ini sebab hotel ini merupakan satu-satunya hotel bertaraf bintang di sini. Tapi kini ada beberapa buah hotel baru yang dibina.
Kursus saya akan bermula esok dan saya amat teruja untuk berjumpa dengan para peserta dari bintulu. Harap-harap semuanya akan berjalan lancar!

Sunday, December 13, 2009

Saturday, December 12, 2009

Kursus Homestay @ Miri [ Bah.2 ]

Rombongan menaiki bas yang mengambil masa 1 jam untuk ke Bekenu
Kami menuju ke Tapak Makan Tahun dimana kami akan disambut oleh penduduk
Adat 'basuh kaki' yang unik oleh masyarakat Kedayan apabila menyambut tetamu

Paluan gendang menyambut kedatangan kami
Sebahagian dari penduduk yang begitu peramah
Mendengar taklimat dari wakil Homestay Peliau
Bergambar kenang-kenangan
Makan Tahun diadakan pada setiap bulan Jun sebagai majlis doa selamat
Kampung Nelayan Peliau berdekatan dengan laut

Tempat rekreasi yang dibina kerajaan
Menjamu selera di tepi pantai
Singgah di Tamu dimana pelbagai buah-buahan, sayuran dan kraf tangan dijual

Rumpai laut turut dijual

Rumah tumpungan turut diadakan untuk yang bercuti di hujung minggu di Kampung Bungai
Buah durian hutan
LAWATAN KE HOMESTAY PELIAU & BUNGAI
- Merupakan homestay yang terletak daerah Bekenu, Miri.
- Mejoriti penduduk berbangsa Kedayan yang beragama Islam yang masih utuh dengan adat mereka.
- Adat 'membasuh kaki' amat unik dan amat menarik perhatian saya.
- Mejoriti penduduk bekerja sebagai nelayan




Thursday, December 10, 2009

KURSUS HOMESTAY @ MEGA HOTEL MIRI / Disember 09

Peserta sedang mendengar ucapan di majlis penutupan.
Penyampaian sijil kehadiran oleh En.Jamaludin [ Penguasa LKIM Sarawak ]
Antara juadah yang dihidangkan di Lotus Restaurant,Mega Hotel
En.Azmi [ baju putih ]dari LKIM Kuala Lumpur turut hadir. Yang berbaju batik pula adalah boss LKIM Miri yang merupakan pakcik saya.

Salah seorang peserta menerima sijil dari En.Jamal
Sebahagian dari peserta sedang khusyuk mendengar ceramah saya.
Miri Boleh! Sarawak Boleh! Malaysia Boleh!
Pembentangan kertas kerja.
Pengurus LKIM Sematan turut menjadi peserta kursus
Teknik mengemas katilSaya sedang memberi komen

Kursus Homestay @ Miri
- bermula pada 6 hingga 9 disember 2009.
- anjuran LKIM Kuala Lumpur.
- 25 orang peserta dari Bekenu Miri, Sematan dan Telaga Air Kuching.
- bertempat di Mega Hotel, Miri.
- semua peserta telah menjalankan perniagaan homestay, dan kursus ini merupakan kursus 'refresh' utk mereka.
- selain berkursus di hotel peserta dibawa melawat ke homestay di kampung di daerah Bekenu.
- peserta juga dibawa melawat ke sekitar Bandaraya Miri.