Hari ini dalam sejarah! Sepanjang musim AF tidak pernah berlaku perkara sebegini. Cikgu Fatty & Cikgu Siti Hajar tiba2 bersuara seolah2 tidak berpuas hati dengan komen juri. Walaupun komen mereka berlapik namun sikap sebegini tidak profesional. Juri ada pandangan masing2 dan tidak semestinya tepat. Itu cuma pandangan mereka. Tidak ada salah atau betul. Sekiranya cikgu mula campur tangan dalam penjurian, apa peranan barisan juri? Cikgu ada 6 hari untuk bersemuka dgn pelajar dan membetulkan kesilapan mereka, kalau dah tak masuk ajar, nak salahkan juri?
Itulah gunanya slot Diari Harian, Diari EXT & Diari INT sebagai saluran tenaga pengajar untuk menunjukkan rasa tidak puas hati dengan komen juri, bukan mencelah semasa konsert.
Berbalik kepada komen Cikgu Fatty & Cikgu Siti Hajar. Ya, memang ini bukan pertandingan vokal, tapi kalau setakat persembahan sahaja mantap tapi pitching asyik ke laut, tak ada dinamik, tak ada versatility boleh ke? Graduan AF juga yang jadi mangsa nanti. Tujuan juri menyerang (komen) pelajar adalah to educate pengundi untuk mengundi yang betul2 layak diundi. Kita lihat contoh si Yazid, Akim dan Airil. Komen ke atas mereka panas2 tapi penonton still juga mengundi mereka. Suara sebaik Rubisa, Claudia, Sidi dan Zizi, pengundi tak appreciate! Yelah, mereka ni kurang dari segi penampilan tapi tidak bemakna mereka ini tidak layak diundi.
Itulah tahap mentality orang Malaysia ( walaupun saya faham 80% pengundi adalah budak mentah ) rupa paras masih juga jadi ukuran. Kalau kita lihat sahaja American Idol, berbeza pulak persepsi orang barat. Yang juara dahlah gelap, gemuk, bibir tebal, botak, tapi mereka tetap mendapat undi. Itulah sebabnya juara American Idol tidak ada yang gagal malah jadi jutawan dalam sekelip mata.
Lain pulak senarionya di Malaysia. C@15 dijadikan forum untuk mencaci, mengejek, menyumpah pelajar. Kita sedar di industri pelancongan, orang Malaysia ni terkenal dgn keramahannya, sopan santunnya, baik budi dan bla bla bla tapi bila orang luar membaca komen2 ‘gila’ di c@15 berbaloi ke Malaysia dicap sebagai negara yang penuh dgn adab sopan?
Saya tak salahkan 100% chatters di c@15 tapi pihak Astro harus memandang serius perkara ini. Moderator patut memainkan peranan. Sms yang masuk harus dipantau. Jangan kira untung perniagaan sahaja. Ini tidak, moderator sendiri pun teruja dan memberikan topik2 hangat untuk diperdebatkan! Kalau di internet tak apa tapi bukan di kaca televisyen. Secara tidak langsung ini boleh melibatkan pergaduhan dan sikap kenegerian! Sejak kesemua 6 orang pelajar Sabah disingkirkan dari konsert prelude hingga ke konsert ke- 4 , pengundi dari negeri lain siap mencemuh orang2 Sabah, pandai menyanyi tapi tak ada aura, suara katak, tak boleh bertahan dan macam2 lagi! Apa ni? Ini satu provokasi!
Tidak dinafikan orang-orang Sabah mempunyai tone suara yang sedap. Telah saya nyatakan dalam posting saya yang lepas. Ini mungkin suara mereka mirip kepada suara orang Indonesia dan Philippines kerana kepulauan Borneo bersempadan dengan kedua-dua negara tersebut. Segelintir orang Sabah yang kahwin dengan orang Philipines & Indonesia, dan hasilnya anak2 mereka mempunyai tone suara yang versatile. Ini fakta.
Malah kalau kita lihat semua pertandingan nyanyian di Malaysia, rata-ratanya dipelopori oleh orang Sabah. Ini diakui sendiri oleh barisan juri dalam setiap audition. Cuma mungkin mereka2 yang berbakat ini tidak banyak peluang untuk mengembangkan bakat mereka di Semenanjung. Persaingan, sokongan, sikap prejudis tetap ada. Walaubagaimanapun telah ramai penyanyi dari Sabah yang berjaya masakini di Malaysia. Sekadar menyebut beberapa nama seperti Adam, Azharina, Stacy, Pija, Fiq, One Nation MC dll Sabah patut berbangga dengan bakat seni warganya. Tidak ketinggalan dari Sarawak seperti Dayang, Hujan, OAG, Camelia, Sh.Zarina, Bob, Deja Moss, Saiful dll semuanya berjaya dalam industri hiburan tanah air.
Kesimpulannya, saya harap penonton semua membuka minda, lebih bersikap professional, lebih berpengetahuan, lebih peka kalau hendak industri hiburan di tanahair kita berjaya, seiring dengan negara lain dan contoh yang paling dekat Indonesia. Barulah kita boleh berbangga mempunyai penyanyi yang benar2 berbakat yang boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa!
Cemerlang buat kali ke-4 tidak bermakna Hafiz boleh mendabik dada. Riak muka Hafiz yang sentiasa tenang dan bersyukur menyebabkan ramai orang menyukainya. Cemerlang di konsert tidak menjanjikan beliau menjadi pelajar cemerlang di kaca mata tenaga pengajar. Pelekkan? Itulah yang disuarakan chatters di C@15. Sebaliknya Akim yang mempunyai attitude problem dan mencetuskan kontroversi pulak yang meraih kejayaan!
Kita tinggalkan dulu episod Akim vs Hafiz tu. Sekarang kita cerita pasal penyingkiran pelajar malam itu. Zizi? Rubisa? Inilah yang bermain dibenak otak saya malam itu. Malah muka tenaga pengajar & Principal pun nampak macam kejutan letrik ! Kenapa mereka? Kenapa tidak Qhaud & Sidi? Jelas sangat bila jari menjadi juri ini lah akibatnya. Walaubagaimanapun mereka keluar dengan MARUAH! Kedua-duanya memberi yang terbaik semalam terutama Zizi, lagaknya macam penyanyi rock wanita tersohor! Dgn stamina yang bagus dan confidence level yang tinggi beliau berjaya menawan dan memecahkan dewan! Tapi, orang suka ke? Terutama yang buta seni, hati, perasaan & pancaindera bukan itu yang mereka cari! Yang mereka cari ialah yang handsome, cute, seksi, stylo… suara ke laut, itu semua ‘ tarak kesah punye’. Nama pun rancangan realiti, inilah hasilnya. Zizi, Rubisa jangan risau, percaya pada bakat yang ada pada anda berdua. Tak semua yang finalist tu berjaya kat luar sana tu. Lihat Aizat, walaupun ‘drop-out’ tapi tengoklah kejayaannya sekarang.
Ulasan persembahan :
AISHAH Pembukaan konsert dimulakan dengan persembahan Aishah! Eh... Aishah ke ni? Jadi Minah Rock pulak, walaupun lembut, kecik, namun bakat dan suaranya BESAR! Tahniah Aishah. Tak adillah kalau kita nak komen Aishah “tak rock’’ namun transformasinya amat boleh dibanggakan. Silapnya Aishah tidak bergerak lebih, nampak terkongkong walaupun dah tak pakai kasut tumit tinggi. Kalaulah Aishah benar-benar LAYAN betul2 muzik rock tu dgn aksi lebih berani sudah tentu ia dapat mmberi impak yang berlainan!
6/10
CLAUDIA Saya rasa aksi duduk di atas lantai ni dah KOMAN kata orang! Tiap2 minggu mesti ada yang buat aksi sebegitu! Tak payah lah buat repeatition. Saya rasa lebih baik Claudia berdiri tegak dan focus ( cara Shiela Majid) barulah dapat memberi impak yang besar. Suara not bad, dah semakin jauh dari suara Dayang! Still corak persembahan Claudia sudah dapat diagak! Tiada kelainan, Cuma voice control beliau begitu bagus sekali. Suara serak basah sebegini memang sesuai dengan lagu slow rock.
6/10 QHAUD Walaupun Qhaud pandai mengaji dan melenggokan suara namun tidak semestinya berjaya membawa lagu sebegini. Lagu Dato Siti terlalu besar untuk beliau. Qhaud nampak tercungap2 menghabiskan verse2 lagu tersebut. Lenggoknya masih keras dan Qhaud seolah2 teragak-agak untuk melontarkan vokalnya. Sepatutnya apabila memberi persembahan ke-2 dengan lagu yang sama, Qhaud harus memberi yang lebih baik tapi sebaliknya yang berlaku. Tertinggal tempo, lupa lirik, salah masok dan akhirnya merosakkan persembahan nya. Yang peliknya seteruk2 begini tetap lulus di mata pengundi!
4.5/5 ARIL Ya, memang comel, energetic walau dah terseliuh kaki! Bagi saya memang persembahan nya mantap namun suara Aril belum sampai tahap untuk dibanggakan. Walaupun tone sedap tapi tetap suara KEPIT ( meminjam kata2 Kudsia ). Aril ni ibarat ADAM AF2 lah. Salah sikit takpe… tetap final punye! Janji muka comel, ada attitude pengundi tetap suka terutama nya gadis2 dan budak2 sekolah. Airil should buat sesuatu yang boleh meninggalkan kesan di hati penonton. Ingat tak si Kefli AF3 dulu? Semua konsert kira suam2 kuku namun persembahannya di Putra Jaya amat meninggalkan kesan! Airil kena cari X-factor yang ada padanya. Kita tak mahu cari Juara yang setakat cukup2 pakej sahaja tapi kita nak Juara yang mempunyai tahap vokal yang boleh di jual dipertandingan peringkat antarabangsa seperti Jacklyn Victor & Mila!
6.5/10 YAZID Saya dah mula muak dengan si Yazid ni. Bukan salah dia, tapi juru kamera yang begitu suka fokus kepada Yazid di dalam diari. Kenape ek? Suara memang KAU tapi bila time konsert takde apa-apa pun yang boleh membuatkan kita terpaku! Sayang Yazid tidak pandai menggunakan KELEBIHANnya itu. Dah masuk hari ke – 6 pun Yazid boleh kata tak tak sure dgn melodi! Mana taknya Cikgu Acis marah. Takkan dah minggu ke empat payah sangat nak cari FEEL lagu! Persembahan Yazid kira OK lah. Cuma kelemahan Yazid suara selalu OFF KEY & suara tak selari dgn muzik! Dengen kelemahan sebegini Yazid still boleh cantas kedudukan Hafiz dan Airil ,menjadikan beliau tempat kedua selepas Isma. :P
5/10 AKIM Persembahan Akim boleh dikatakan memukau minggu ini! Imej rambut Akim memberi kesan dalam persembahannya! Akim begitu yakin, lontaran suara bagus, dan memang terserlah tone suara Akim yang husky & sexy tu! Ha inilah baru dikatakan satu transformasi yang berjaya! Tahniah Akim, Cuma saya harap Akim perlu bersikap lebih matang dan jangan layan sangat sikap PANAS BARAN tu kerana ia akan membunuh kareer Akim nanti.
7/10 ISMA Astarghfirullah!!! Isma ke tu? Isma ibu muda, sopan, lembut, keibuan jadi BRUTAL macam tu? Tahniah Isma, Isma memang versatile, walaupun agak janggal dan ‘berlakon’ dengan watak minah rock namun Isma berjaya membawa wataknya dengan baik. Walaupun suara tak sesuai, macam kena paksa namun Isma berjaya melunaskan tugasnya dengan baik!
6.5/10
RUBISA Seperti biasa tahap vocal Rubisa memang kelas tapi tiada peningkatan yang ketara. Part ‘jerit’ tetap ada dan Rubisa perlu lebih berusaha untuk control suara. Stage present bagus, pandai berkomunikasi dengan penonton dan bermain dengan lensa kamera. Cuma mungkin Rubisa tidak ada X-factor menyebabkan bakat besar Rubisa tidak disedari atau tenggelam kalau dibandingkan dengan pelajar lain.
6.5/10
HAFIZ Berilah apa sahaja genre lagu pada Hafiz, percayalah, Hafiz bisa saja membawanya dengan baik. Itulah dia Hafiz, anak emak yang masih remaja, rambut kembang, muka comel dan berbakat besar. Kalau Dato Ct dah bagi compliment sebegitu tinggi di tambah pula dengan komen2 semua juri sejak minggu pertama lagi, Hafiz telah berada di kelompok atau level yang lain dari pelajar lain. Tidak ada dalam sejarah AF dari musim ke-1 hingga ke–4 seorang pelajar yang memdapat pujian setiap minggu! Ingat kata Dato Ct, jgn lupa diri, kekalkan attitude baik yang ada pada diri Hafiz dan semua kualiti telah ada pada Hafiz. So…. ??? Hafiz jgn leka, teruslah berusaha hingga ke FINAL!
Amat menyentuh hati apabila selesai persembahan Hafiz, AC telah membenarkan Hafiz & Akim memeluk keluarga mereka! Dari ciuman dan pelukan erat Hafiz dgn mamanya dapat kita lihat betapa Hafiz ni anak yang manja & cukup rapat dgn keluarga.
8/10
SIDI Kesian Sidi, payah benar untuk menyesuaikan diri dengan warga AF. Mungkin Sidi dah kawin dan kekok untuk bergaul dgn budak2 tu. Sifat rendah diri ini lah yang memusnahkan Sidi. Tidak dinafikan suara Sidi antara yang terbaik, fizikal sidi yang tegap, tampan pun boleh menjadi bonus kepada Sidi. Mungkin AF bukan gelanggang untuk Sidi. Sidi lebih sesuai masuk ke gelanggang Bintang RTM. Barulah boleh menyerlah. Persembahan Sidi malam tu biasa2 sahaja, still nampak muka Sidi teragak2. Bila sampai korus baru ada sedikit impak. Lepas tu.. hilang begitu saja. Saya jangkakan Sidi yang terkeluar, tapi bila saya lihat carta selepas konsert Sidi berjaya memintas pelajar lain ?!?!? Pelik bin ajaib!
4.5/10 ZIZI Inlah baru boleh dikatakan penghibur! Suara, cara, taria, semua melambangkan seorang ROCKER! Zizi... YOU ROCK the dewan malam tu. Inilah genre lagu Zizi. Tapi sayang, baru nak menunjukkan belang dan identiti sebenar Zizi, dia dah tersingkir!!! Zalimmmmm betul. Tapi bagi saya Zizi keluar dengan MARUAH!
7.5/10
LAGU BONUS Sesuatu yang amat sempurna apabila setiap pelajar menunjukan vokal yang mantap terutama di bahagian high note. Memang tidak dapat dinafikan masing2 mempunyai kelebihan tersendiri.
KUALA LUMPUR 29 Mac - Gandingan dua negarawan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai penasihat UMNO pada era kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak kelak akan menjadi simbol kepada kebangkitan semula parti dalam membela masyarakat Melayu.
Ahli veteran UMNO, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, nasihat kedua-dua negarawan tersebut akan mengembalikan keyakinan rakyat negara ini terhadap UMNO dan memastikan parti itu terus relevan dalam perjuangan memajukan orang Melayu pada masa depan.
"Hal tersinggung atau perbezaan pendapat atas sesuatu isu dan tindakan tertentu adalah perkara biasa di mana-mana sahaja dan perkara seperti ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
"Apa yang penting sekarang ialah Abdullah dan Dr. Mahathir saling bermaaf-maafan dan melupakan pergeseran sebelum ini kerana masanya sudah tiba untuk kedua-dua tokoh ini mencurahkan pengalaman dan idea demi kemajuan negara," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sementara itu, seorang lagi veteran UMNO, Tan Sri Sabaruddin Chik berkata, beliau melihat pertemuan Abdullah dan Dr. Mahathir itu sebagai permulaan yang baik ke arah pelantikan kedua-dua tokoh berkenaan sebagai penasihat UMNO yang sememangnya memerlukan nasihat pemimpin terdahulu.
"Namun, adalah lebih baik jika UMNO mempunyai sebuah majlis yang terdiri daripada lebih dua penasihat dan mereka yang menjadi penasihat ini mestilah tidak mempunyai sebarang kepentingan seperti mahu merebut jawatan tertentu," jelasnya.
Seorang lagi veteran UMNO, Tan Sri Zaleha Ismail mengibaratkan kedua-dua negarawan itu sebagai 'bapa yang menjadi rujukan anak-anak' apabila berhadapan banyak cabaran.
Panasnya apabila pengetua wanita pertama Akademi Fantasia musim ke tujuh (AF7), Datin Seri Tiara Jacquelina, 41, dipersoalkan kewibawaannya mengemudi rancangan realiti itu. Tiara dikatakan tidak serius membentuk para peserta untuk menjadi penyanyi lebih berkualiti seperti yang diharapkan. Malah kononnya beliau sebagai pengetua senang “dibuli” oleh para pelajar kerana tidak tegas. Akibatnya ada pihak cuba membandingkan beliau dengan pengetua-pengetua sebelum ini seperti Freddie Fernandez, Ramli Sarip, Ramli M.S dan M.Nasir yang dilihat mempunyai karisma seorang pengetua. Lebih daripada itu, kredibilitinya dipersoalkan. “Tak ada pengetahuan dalam bidang muzik, ada hati nak ajar orang jadi penyanyi.” Begitulah bunyi cakap-cakap orang. Tetapi tak ramai tahu Tiara sebenarnya boleh menyanyi. Beliau pernah merakamkan single berjudul Asmaradana untuk filem Puteri Gunung Ledang. “Saya ada cara sendiri. Jangan samakan saya dengan orang lain. Sindiran mengatakan saya tak tahu muzik tak betul kerana saya pernah menyanyi dan belajar muzik di luar negara. Tahukah orang yang saya sebenarnya boleh bermain gitar?,” soal Tiara menepis cakap-cakap tak berasas yang dilemparkan terhadapnya. Kepada wartawan NIEZAM ABDULLAH, Tiara merungkai transformasi yang cuba beliau bawa dalam AF7 kali ini selain menjelaskan kenapa beliau terpilih menjadi pengetua rancangan itu.
Ikuti komen Tiara. Sudah tiga minggu AF7 disiarkan. Dalam tempoh itu Tiara menerima tamparan negatif mengenai transformasi yang hendak dibawa. Apakah transformasi itu? Sebelum itu saya nak jelaskan yang kita perlu berani untuk berfikiran lebih jauh. Kalau tak ada pemikiran macam tu, sampai bila-bila pun kita tak akan ada wawasan. Begitu juga dalam industri ini agar kita tak berada di takuk lama. Kalau tak ada penanda aras itu, bila kita bertanding, kita akan kalah.
Maksud Tiara? Mudah saja. Sebab itu saya letakkan AF7 ini pada satu penanda aras yang tinggi iaitu sebuah transformasi. Sebagai contoh kalau saya nak buat filem, teater, saya nak pencapaiannya lebih jauh daripada apa yang pernah saya capai sebelum ini. Begitu juga dalam AF! Saya mahu budak-budak dalam AF7 lebih bagus dari AF yang lepas-lepas.
Percubaan Tiara sebelum ini mungkin tercapai kerana itu bidang Tiara. Teater, lakonan adalah “makanan” Tiara. Tapi ini AF? Mungkin berbeza. Saya tahu selama ini saya selalu dapat yang manis-manis saja. Tetapi kena ingat, teater atau filem saya sebelum ini saya yang kontrol sendiri. Tapi tidak dalam AF. Sebab itu saya letakkan penanda aras tinggi. Kalau budak-budak tak boleh capai 100 peratus, dia orang dapat 7 peratus kejayaan itu pun dah cukup. Tengok sajalah dalam PGL (Puteri Gunung Ledang). Saya bekerja keras nak filem itu masuk dalam Academy Awards. Alhamdulillah, tak menang pun ia tersenarai peringkat akhir (tempat ke 49, filem bahasa asing terbaik Academy Awards 2004) cukuplah. Itu yang saya mahu di dalam AF7 ini. Apa-apa pun kita sahut dulu cabaran dulu.
Dalam tempoh tiga minggu ini macam mana perkembangan pelajar-pelajar itu? Semua orang tengok pada minggu pertama pun dia orang dah tunjuk motivasi nak jadi ikon dalam industri. Mereka memang berbakat. Tapi kali ini fokus kita bukan saja nak cari penyanyi tapi penghibur serba boleh. Kadang-kadang orang tak faham sebab apa saya dibawa masuk? Orang persoalkan kenapa saya tetapi dia orang tak tahu saya ada latihan formal sebagai penyanyi cuma saya kembangkan bakat dalam bidang lakonan. Sebab itu ada Ida Nerina juga kali ini. Dia akan membantu melahirkan orang yang ada bakat serba boleh.
Kenapa begitu? Kita tengok artis-artis AF bila habis AF, mereka keluar bukan saja jadi penyanyi tetapi berlakon. Ramai budak AF yang lepas-lepas berlakon. Sebab itulah dalam AF7 ini Astro mahu para pelajar menjadi artis yang serba boleh supaya mudah dia orang nak pilih bidang masing-masing selepas tamat AF nanti.
Apabila kredibiliti Tiara dipersoalkan, ada tak apa-apa tekanan? Tipulah kalau saya kata tak ada. Kerusi pengetua AF ni satu kerusi yang panas. Kita kena menghadapi macam-macam ujian. Tapi saya tahu arah yang hendak saya bawa. Setiap minggu ada fokus tersendiri selain perancangan yang sistematik. Bakat yang saya ada selama ini saya gunakan untuk menjadi ketua yang baik. Yalah... dah 20 tahun saya terlibat dalam bidang seni. Bakat saya ini akan menjadi pendorong kepada pelajar untuk berjaya.
Ada orang kata Tiara tak serius dengan budak-budak. Apa komen? Saya besarkan anak-anak tak pernah tengking mereka tetapi mereka tahu saya serius. Saya bukan jenis kalau tak puas hati baling pen, tunjukkan tangan atas kepala orang. Bukan macam itu. Setiap individu itu ada cara dia tersendiri. Saya jenis yang tak suka marah orang. Takkan dalam AF saya nak berlakon marah pula?
Bagaimana Tiara berhadapan dengan komen-komen luar? Saya pernah menyanyi di pentas muzikal yang ditonton ribuan orang selama 23 malam berturut-turut. Orang juga tak tahu yang saya ada kemahiran muzik. Percaya atau tak saya boleh baca nota muzik? Masa saya di Australia, saya belajar muzik klasik. Saya pun boleh main gitar. Tapi berapa kerat sangat yang tahu? Sebaliknya mereka buat tuduhan tanpa ada asasnya kepada saya. Cuma diri saya ni lebih menonjol dalam bidang lakonan dan teater. Tak ramai tahu saya juga ada single sebelum ini. Tapi tak apalah saya anggap komen-komen itu pembakar semangat untuk saya lebih berjaya. Saya tak hirau sangat apa orang nak kata kerana tumpuan saya untuk melahirkan pelajar AF7 yang lebih baik.
SABAN minggu peminat-peminat setia rancangan realiti One In A Million Musim 3 (OIAM 3) menyaksikan penyingkiran demi penyingkiran peserta berlaku. Penyingkiran peserta dalam program realiti ini bukan merupakan satu perkara yang baru, kerana memang begitu format OIAM ia diperkenalkan lagi. Berbeza dengan dua musim yang pertama, penyingkiran peserta di OIAM3 dilihat sedikit menarik apabila seorang demi seorang peserta wanita menjadi mangsa disingkirkan daripada program realiti yang menawarkan hadiah wang tunai RM1 juta.
Bermula dengan penyingkiran Ayu, Han, Pija dan Anith, minggu lepas menyaksikan giliran Fifi mengikut jejak langkah kawan-kawannya yang lain apabila diumumkan sebagai peserta yang mendapat undian terendah sebelum persembahan minggu keenam berlangsung. Penyingkiran Fifi, menjadikan hanya tinggal dua orang lagi peserta wanita berjuang untuk merebut hadiah lumayan yang disediakan iaitu Ester dan Amylea.
Bagi juri tetap OIAM, Paul Moss, tidak terkejut dengan keputusan tersebut, memandangkan persembahan Fifi dengan lagu Pria Terhebat pada minggu sebelumnya paling kurang menyerlah berbanding peserta-peserta lain. Paul Moss juga tidak menafikan bakat yang ada pada Fifi, memandangkan Fifi pernah membuat persembahan yang boleh dibanggakan terutamanya pada minggu kedua dan ketiga. "Cuma mungkin persembahan minggu kelima agak kurang memuaskan seterusnya menyebabkan Fifi mendapat undian terendah," ujarnya.
Syafinaz juga turut sependapat dengan rakannya, Paul Moss, dan percaya bakat Fifi mampu mewarnai lagi dunia hiburan kelak. Ketika diminta mengulas sama ada penonton bias terhadap peserta lelaki berbanding wanita, Syafinaz berkata, banyak kemungkinan yang boleh dijadikan faktor penyingkiran peserta wanita. "Secara logiknya, peserta wanita kurang menonjol berbanding peserta lelaki. Apatah lagi, peserta lelaki sendiri menunjukkan persembahan yang lebih memuaskan di samping masing-masing mempunyai gaya tersendiri. "Hasilnya, pengundi-pengundi negara ini menterjemahkan keadaan tersebut dengan memberikan undian terendah kepada peserta wanita.
"Bukan tidak pernah kami ingatkan sebelum ini, namun ada lagi peserta yang tidak menunjukkan peningkatan daripada kualiti suara, gaya dan persembahan pentas serta terus selesa berada di zon selamat." kata wanita tinggi lampai itu. Bagi Syafinaz, setakat minggu tersebut, hanya Tomok dan Ester yang telah keluar daripada zon selesa mereka dan berani mengambil risiko bermain dengan muzik. "Persembahan kedua-duanya memang menunjukkan peningkatan dan mereka bijak dalam susun atur muzik yang bakal dinyanyikan. "Cuma kelebihan Tomok pada malam ini berbanding Ester ialah lebih bertenaga dan berani mengubah lagu Ingin Bersamamu kepada satu genre muzik yang baru.
"Persembahan Ester juga tidak kurang hebatnya, dan saya lebih menggemari melodi yang didendangkan oleh Ester berbanding lagu asalnya," tambahnya. Kenyataan Syafinaz disangkal oleh Paul Moss yang merasakan persembahan Ester kurang memberikan impak sehingga meninggalkan kesan mendalam untuk diingati penonton. Bersandarkan itu, Syafinaz, Paul Moss dan pengkritik jemputan, Francesca Peter sebulat suara memilih Tomok sebagai pemegang imuniti.
Minggu lepas juga menyaksikan Tomok sekali lagi berjaya mencuri perhatian penonton dengan persembahan bertenaga menerusi lagu Ingin Bersamamu dendangan pengkritik tetap OIAM, Syafinaz. Gusar sedikit dengan pilihan Tomok, namun ia dapat ditepis Tomok seawal persembahan sehingga usai. Nyata kelebihan penyanyi utama kumpulan New Boyz ini terserlah, bukan sahaja memiliki suara yang bagus, tetapi juga bijak berkarya mencorak persembahan. "Formula saya ialah saya kena menjadikan lagu tersebut seolah-olah milik sendiri terutamanya apabila melibatkan susunan muzik serta persembahan.
"Pemilihan lagu juga penting. Kita perlu menanggung risiko dengan lagu yang dipilih, sama ada ia bakal disukai penonton atau tidak. "Saya bersyukur kerana mendapat imuniti pada minggu ini dan ia juga berada di luar jangkaan saya," ujar Tomok sambil tersenyum kerana percaturannya berjaya. Mengimbau kembali persembahan Tomok sepanjang enam minggu ini, Tomok kelihatan lebih selesa membawa lagu yang rancak dengan suntikan elemen rock. Percubaannya membawakan lagu balada seperti minggu lepas nyata tidak berjaya menarik perhatian pengkritik.
Tomok yang bimbang dilabel sebagai penyanyi yang hanya boleh membawa satu genre lagu, berjanji akan terus cuba mempelbagaikan persembahan pada minggu-minggu akan datang. Selain Tomok (mempersembahkan lagu Ingin Bersamamu) dan Ester (I Don't Love), lima peserta lain terus berjuang merebut gelaran jutawan baru OIAM 3 ialah Simon (Eternity), Rizu (Naluri Lelaki), Aweera (Enter Sandman), Amylea (Satu Dalam Sejuta) dan Nine (Nakal).
SUDAH masuk minggu ketiga, peserta rancanganrealiti Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) belum menunjukkan kematangan sebagai penyanyi, malah jauh panggang dari api sekiranya mahu diangkat menjadi penghibur bertaraf antarabangsa.
Pada saat peserta rancangan realiti corak sama, sudah mampu menyusun kembali lagu mahu didendangkan, peserta AF7 adalah sebaliknya apabila ada antara mereka masih gagal untuk mengenal vokal sendiri dan menyanyi mengikut nota lagu.
Dua jam menyaksikan konsert yang berlangsung di Stadium Sri Putra, Bukit Jalil, malam kelmarin terasa amat menyesakkan. Persembahan peserta membosankan dan lebih penting ada antara mereka tidak tahu apa yang harus dilakukan di atas pentas.
Sewaktu sidang akhbar sebaik konsert tamat, Pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina menyatakan pihaknya memilih lagu bertemakan 80-an pada minggu ini.
Sistem pembelajaran turut mengalami 'transformasi' apabila peserta mengikuti kelas lakonan di bawah bimbingan Ida Nerina terlebih dulu sebelum melakukan kelas vokal dan persembahan, bagi membolehkan mereka memahami apa yang ingin disampaikan.
Apa yang dijelaskan Tiara, ternyata tidak berlaku di pentas apabila hampir semua peserta tidak memahami apa yang dinyanyikan. Mereka kelihatan kurang selesa dengan gerak nampak terlalu mekanikal. Ia tidak organik atau dalam erti kata lain persembahan peserta tidak telus dan jujur.
Sebagai bukti apabila pengkritik tetap Adlin Aman Ramli bertanya kepada peserta berasal dari Johor Bahru, Johor, Afiq (Akim) Hakim Ahmad mengenai maksud senikata HA! HA! Oo! Oo! dalam lirik lagu Anak Pengembala, dia berkata ia tanda 'gembira' sedangkan Adlin menjelaskan ia tanda pengembala menghalau ternakannya.
Ia jelas menunjukkan pelajar tidak faham apa yang dinyanyikan, dan Adlin menyelar sikap peserta ini yang disifatkan kurang serius kerana walaupun menjalani latihan selama tiga hari tetapi apa yang dipersembahkan ibarat persediaan dibuat dalam masa tiga jam saja.
Pengkritik jemputan Profesor Madya Khiril Johari Johar pula menegur beberapa peserta termasuk Akim, Ahmad (Obri) Sobri Hasmuni, Mohd Qhauhd (Qhaud) Abdul Rashid dan Mohd Rashidi Mohamad Isa (Sidi) yang gagal menyanyi dengan baik.
Sebaik buka mulut ada antara nada suara mereka lari dari tempo, penyampaian kurang jelas dan persembahan tidak konsisten. Rata-rata persembahan mereka tidak ubah seperti menyanyi di pentas sekolah sempena sambutan akhir tahun atau berkaraoke. Walaupun lagu 80-an kedengaran mudah untuk dipersembahkan tetapi ia sarat dengan maksud dan memerlukan gaya dan imaginasi tinggi.
Minggu ini hanya ada dua saja peserta yang cemerlang sewaktu mengadakan persembahan, Ismaliza (Isma) Ismail, yang menyanyikan lagu Seloka Cinta Remaja nyanyian asal kumpulan Freedom dan peserta dari Sarawak, Mohd (Hafiz) Hafiz Mohd Suip yang menyanyikan lagu Mat Disko dendangan asal Sudirman Arshad.
Sementara itu, kelmarin dua pelajar tersingkir dari AF7 iaitu Zuzafrini (Rini) Zulkifli, yang menyanyikan lagu Seloka Cinta Remaja dan Obri yang menyanyikan lagu asal nyanyian mendiang Broery Marantika, Abang Beca.
Sewaktu ditemui sebaik konsert tamat, Rini menjelaskan dia sedih apabila tersingkir tetapi tidak akan putus semangat. Dia pernah cuba menghasilkan album bersama adik kembarnya turut bercadang meneruskan perjuangan dalam bidang seni.
Sementara itu, Obri pula berkata selepas ini segala aktiviti seninya akan diuruskan pihak Astro Entertainment Sdn Bhd dan tidak berasa ralat terasa tersingkir kerana mempunyai ijazah yang mampu menjamin masa depan.
Konsert AF7 ke-3 berlangsung dalam suasana gelap pada setengah jam pertama semalam.Saya pun turut serta menyahut seruan kampen dunia untuk memadamkan lampu dalam tempuh 1 jam dari jam 8.30 – 9.30 malam.Sekali sekala seronok jugak bergelap, rasa macam dalam panggung wayang pulak.
Berbalik kepada konsert semalam, sememangnya ramai pelajar dapat menunjukkan peningkatan.Walaupun lagu-lagu yang mereka bawa tidak mesra telinga bagi mereka yang lahir selepas tahun 80an, namun mereka memberi komitmen yang tinggi untuk menjayakan assignment yang diberikan oleh fakulti.
Saya setuju benar dengan komen Adlin, pelajar sepatutnya diberikan lagu2 yang benar2 mencabar mereka, lebih2 lagi di konsert yang ketiga.Kebanyakkan lagu adalah lagu santai yang tidak ada klimaks.Walaupun banyak unsur penceritaan tapi bukan itu yang penonton mahu.Apa yang penonton mahu adalah lagu2 yang memberi kesan dramatic atau yang memerlukan skil vokal yang tinggi.Contohnya lagi Rubisa, Aishah, Akim, Obri, Sidi, Claudia dan beberapa lagi, lagu mereka langsung tidak sesuai untuk dipertandingkan.Lagu2 sebegini lebih sesuai untuk dinyanyikan di majlis kenduri kawin, fun fair, konsert sukan rakyat malah konsert di sekolah!
Kesian dengan pelajar yang mendapat lagu sebegini.Bila dah menyanyi, kena hentam pulak dengan juri yang mengatakan tak ada impak, tak kreatif, tak cukup rasa, tak menjiwai dsbnya!Adilkah dengan pelajar?Sebaliknya pelajar yang mendapat lagu yang ada tarikan dan rancak seperti Yazid, Isma, Hafiz dipuji kerana dapat memikat penonton.Saya harap untuk konsert yang akan datang berilah lagu yang agak berat yang dapat menguji mental dan teknik vokal yang betul yang mereka pelajari di akademi.Kalau tidak, tiada gunanya mereka belajar etknik falseto, vibrato, soprano, Alto dan to- to yang lain; kalau setakat diberi lagu Gembala Kambing!!!
MENUJU PUNCAK
Seperti yang dijangka, persembahan Menuju Puncak secara acapella sungguh menakjubkan.Saya kira, ini adalah persembahan terbaik lagu Menuju Puncak sepanjang AF berlangsung dari AF1. Gabungan suara harmoni sungguh mengasyikkan.Tarian yang minimal tidak mencacatkan persembahan. Tahniah Cikgu Riz dan semua cikgu vokal yang memberi bimbingan yang cemerlang.
Berikut adalah penilaian saya untuk persembahan pelajar semalam ;
YAZID
Yazid agak beruntung kerana mendapat lagu yang lebih moden dari lagu2 lain dan dapat membuat penonton duduk diam dan menikmati persembahannya.Persembahan yang bagus, bertenaga dan jujur.Peningkatan yang jauh lebih baik berbanding minggu lepas.Yazid.. ‘You Rock!! ’.
5/10
ARIL
Wow… nyanyian Aril sungguh shahdu.Walaupun suara Aril masih belum matang namun Aril bijak menggunakan suaranya yang kebudak-budakkan.Penghayatan yang tinggi dan Aril berjaya menyampaikan lagu dengan baik hingga mendapat tepukan yang hangat dari penonton malah cikgu2 pun bersorak gembira.Tahniah Aril!
7/10
CLAUDIA
Semakin jelas wajah Claudia menyerupai Dayang!Stail rambut pun sama!Walaupun begitu, Claudia berjaya menonjolkan suaranya sendiri.Sayang sekali lagu yang di bawa tidak dapat memberi banyak impak.Salah seorang pelajar yang menjadi mangsa lagu!
6/10
RINI
Rini memberi persembahan terbaik dari 2 persembahan di konsert pertama dan ke-dua.Rini amat yakin, suaranya jelas dan lantang namun nasib tidak menyebelahi Rini apabila beliau tersingkir di akhir konsert.Mungkin sikap negatif rini yang dipertontonkan di diari menyebabkan rini tidak mendapat undi dari penonton.Sepatutnya rini lebih peka dan tahu setelah menyaksikan senior2 terdahulu yang mempunyai attitude problem yang menjadi cemuhan chatters di chanel@15. Apa-apapun Rini keluar dengan maruah!
4.5/10
QHAUD
Persembahan yang agak teruk.Pitching out, flat & sharp di merata tempat.Walaupun dari segi teknik vokal teruk tetapi Qhaud berjaya memberi persembahan yang menghiburkan.Sebenarnya Qhaud ada aura tersendiri tetapi Qhaud harus mencari di mana kelebihan yang dia ada.Saya rasa Qhaud lebih terarah kepada lagu yang berkonsep tradisional.Ini dapat kita lihat di diari apabila Qhaud menyanyikan lagu sebegini amat bagus sekali dengan lenggok yang betul dan merdu.
3/10
AKIM
Akim memulakan lagu dengan agak baik walaupun nampak jelas muka Akim tidak suka dengan lagu yang dibawa.Perasaan nervous masih bermain di hati Akim menyebabkan tariannya tidak ada centre point.Suara nada tinggi agak baikdan persembahan yang energetic.
4/10
RUBISA
Memang tidak dinafikan Rubisa mempunyai bakat yang bagus serta suara yang versatile.Namun setakat suara sahaja yang bagus kalau tidak diiringi dengan sikap yang baik akan membunuh Rubisa sendiri.Memang jelas di diari Rubisa ni jenis yang banyak cakap, negatif, bermuka-muka dan tidak menghormati pelajar lain.Scene yang menunjukkan sikap tidak puas hati Rubisa dengan Aishah amat menjengkelkan.Walhal Rubisa pernah masuk dalam program realiti MystarzLG musim pertama dulu, sepatutnya lebih matang. Yang dimaksudkan ada Pakej adalah termasuk muka, penampilan, suara & SIKAP.Kalu sikap tidak bagus hancurlah karier seorang penyanyi. Good luck Rubisa!
4/10
ZIZI
Kalau saya berada di stadium semalam, saya akan memberi ’standing ovation’ kepada Zizi!!! Tahniah.... persembahan Zizi sungguh memukau!Suara serak2 tu yang membuat Zizi unik dari pelajar lain.Harap Zizi dapat lagu Ella di konsert yang akan datang.Ada sesuatu yang saya nampak dalam diri Zizi!Zizi boleh pergi jauh! Go Zizi!
7/10
SIDI
Sidi! Mana perginya suara emas sidi? Sidi antara pelajar yang mempunyai suara ‘jantan’ yang bagus sekali akan tetapi Sidi masih terikat dengan perasaan rendah diri.Dah kawin dan berumur dari pelajar lain menyebabkan Sidi takut untuk membuat ‘all out’.Persembahan Sidi biasa-biasa sahaja dan tidak memberi apa2 kenangan!
4/10
OBRI
Ini lagi satu contoh pelajar yang mendapat lagu bertaraf ‘fun fair’.Kesian Obri! Lagi jadi mangsa keadaan.Tidak dinafikan Obri boleh menyanyi tetapi kepandaiannya itu tidak teruji!Penat sudah hampIr sebulan di akademi (sejak terpilih t0p 20) lagu ini yang Obri dapat?Takpe Obri, bila dah jadi penyanyi nanti Obri boleh pilih sendiri lagu yang Obri suka! Semuga sukses di luar sana!Pelajar akan ‘missed’ abang yang baik seperti Obri.
3/10
AISHAH
Lagu Mata dendangan Noor Kumalasari menjadi badi kepada Aishah yang merupakan salah seorang pelajar favorite musim ini.Lagu Mata yang anti klimaks menyebabkan persembahan Aishah kurang menyerlah untuk konsert ke-3 ini. Low note ada masalah dan Aishah tidak bijak memberi nafasbaru lagu ini.Seharusnya Aishah lebih kreatif untuk membentuk lagu boring ini kepada sebuah lagu yang lebih menarik.Sekali lagi kasut tumit tinggi telah membataskan pergerakkan beliau.Nampaknya Cikgu Aris & cikgu2 lain telah menolak cadangan Aishah, penonton & juri agar Aishah tidak memakai kasut tumit tinggi!Setakat 1-2 inci tak pa, ini dibaginya 5 inci untuk Aishah pakai! Budak tu kan baru lepas SPM, mana tau nak pakai kasut macam Principal Tiara!
4/10
ISMA
Tidak dinafikan pengalaman mematangkan seseorang. Isma walaupun belum bergelar artis rakaman namun pengalaman Isma menyanyi di pentas bersama artis menjadi kelebihan kepada beliau.Isma amat yakin, fokus, tahu apa yang dibuat, tahu bagaimana memikat hati penonton, bijak menguasai pentas dan kamera dan sebagainya.Lagak Isma seperti penghibur di atas pentas. Setakat pitching lari sikit2 tidak menjejaskan persembahan Isma. Alah, penyanyi professional pun buat silap, inikan pula pelajar!Tahniah Isma!
7.5/10
HAFIZ
Apalagi yang patut saya komen kalau ke tiga-tiga juri mengiktiraf Hafiz sebagai juara di Konsert ke-3!Dewan bagai nak pecah dengan sorakan penonton.Barisan tenaga Pengajar pun menjerit bagai nak rak melihat persembahan mantap dari Hafiz.Kalau dilihat dari segi lagu, bukanlah lagu yang mesra telinga tetapi apabila berada di tangan Hafiz... satu keajaiban telah berlaku. Hafiz berjaya menghidupkan lagu tersebut! Suara lantang dan bertenaga telah memukau semua juri dan seluruh dewan pada malam itu. SOALAN SAYA, ADAKAH NASIB HAFIZ AKAN MENJADI SEPERTI BOBDI AF2? Dengan persembahan yang memukau hingga meremangkan buku roma Juri Farihin dan menggugurkan airmata Kutsia, Bob hanya berada di tangga ke 5! Fikir-fikirlah sendiri!
8.5/10
Anggun
Sementara menunggu keputusan penyingkiran, Anggun penyanyi bertaraf antarabangsa kelahiran Indonesia telah mempersembahkan sebuah lagu 'Jadi Milikmu '.Walaupun santai namun aura ’international’ beliau jelas terpancar dari persembahannya.
Seperti yang dijangka, Rini & Obri merupakan 2 pelajar yang tersingkir untuk minggu ini.Keputusan ini tidaklah mengejutkan.Kalau dibandingkan dengan Rini, Sidi lebih layak untuk disingkirkan memandangkan persembahan yang suam-uam kuku untuk ketiga-tiga konsert.
Carta Jefbuj
1.Hafiz8.5/10
2.Isma7.5/10
3.Aril7/10
4.Zizi7/10
5.Claudia 6/10
6.Yazid5/10
7.Rini4.5/10
8.Aishah4/10
8.Rubisa4/10
9.Akim4/10
10. Sidi4/10
11. Qhaud3/10
12. Obri3/10
Komen2 blogger tentang Hafiz
1.Badrul Hashim / Murai.com
Selepas tiga persembahan di konsert mingguan yang langsung tidak mengecewakan, I am a Hafiz Fan! Lagu nih pun tak mencabar sangat keupayaan vokal Hafiz tetapi dia ada nilai artistik yang tinggi dan dikeluarkan sepenuhnya dalam persembahan. Nyanyian dan persembahan Hafiz nampak effortless! Tiga minggu berturut-turut membuatkan Akademi Fantasia jadi konsert Hafiz Fantasia. I can't wait to watch the final concert, just for me to be able to watch Hafiz perform live on the stage. As far as I'm concern, Hafiz is MY champion in AF7. Sebab, menang atau tidak, I akan support dia. Kalau dalam konsert seterusnya nanti persembahan Hafiz tetap hebat macam nih, I'm going to change from just a fan to a die-hard fan! In my humble opinion, kalau nak bawa artist ke pentas antarabangsa, Hafiz is the one!
Note to myself: I should start kumpul duit dari sekarang to buy Hafiz's album, to go to his concerts, or even beli tiket kapalterbang tengok dia perform kat pentas antarabangsa (muhahaha)
2. Mr.Manager.blogspot
Three weeks in a row this boy has nailed his performances CONSISTENTLY. Now that is what I call PROFESSIONAL and worth RM20 if you bought a ticket to watch the show live at Dewan Seri Putra every week. Hafiz has created ANTICIPATION. What I mean by this is EVERY WEEK both you and I wait to see what he will be DELIVERING. And that is COMMERCIAL. No, I am not being biased. I am telling it how it is. He is the only student so far to actually deserve the high percentage of votes he is getting. Wide vocal range, natural use of his resonators, very wide open throat, strong support and excellent projection. You think that's easy? Plus, cool moves and a stage presence to match. Please Hafiz,stay.humble.
Salam! Terimakasih kerana melusuri blog ini. Diari Jefbuj diwujudkan adalah untuk saya berkongsi dengan pembaca budiman akan perjalanan kehidupan saya seharian di samping berkongsi cerita2 sensasi dunia hiburan, politik, isu semasa dsbnya. Selamat membaca!
Good Day! Thank you for your precious time reading my blog. The objective of having Jefbuj's Diary is to share with you my daily activities besides sharing news on entertainment, politic & current issues etc . Happy reading!
Pelakon veteran Cik Man meninggal dunia
-
Pelakon veteran, Kamarozaman Yusoff atau lebih dikenali dengan panggilan
Cik Man, 68, meninggal dunia di Hospital Tanah Merah, Kelantan akibat
masala...
Saur, Posa, Sungkei
-
Sungkei hari tuk sikda makan lain, minum jak sampei duak tiga gelas air
selaseh.. pasya lalu nyandar kejap. Aus gilak..
Malam, dini hari saur simple jak....
Novel Remaja Rambutan Kuala Lumpur - Cetakan Kedua
-
Alhamdulillah sudah dicetak kali kedua Novel Remaja Rambutan Kuala Lumpur.
Terima kasih atas sokongan anda.
*Rambutan Kuala Lumpur* (Novel Remaja)
*RM 25....
The Return
-
It's been quite a while since I blogged, being away on Twitter and all. And
yes, I know I've repeatedly promised I would update my blog. And I haven't.
Tap...
KRABI 2015...
-
percutian pertama tuk 2015...destinasi adalah pulau dan pantai kerana saya
adalah pecinta tegar..
ni view dari bilik di awal pagi..damai dan dingin,saya ...
2014 - HADIAH untuk Diri sendiri.
-
2014 hanya tggl 4 hari saja berlalu.
Masih mencari2 hadiah yang sesuai untuk mereka yang ku sayangi.
Untuk suami ku, sudah ku sediakan package menunaikan um...
Cinta dan Sekufu..
-
*Cinta Tak Sekufu*..
Sekiranya terjadi pada kita, apa yang akan kita buat?
Usaha menjadi yang *terbaik*, cari lain yang lebih baik atau *berdoa *berserah
...
PENGAMBARAN MENU CHEF NAJIB DI MAJALAH SAJI
-
Baru-baru ini, saya telah dijemput oleh Majalah Saji dari KL untuk memasak
beberapa masakan tradisi Sarawak untuk dimuatkan ke dalam Majalah Saji
edisi Jun...
TIGA BELAS AURAT WANITA
-
1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang
mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu
kening - Pet...
Bila Allah cepat makbulkan doamu, Maka DIA menyayangimu, Bila DIA lambat makbulkan doamu, Maka DIA ingin mengujimu, Bila DIA tidak makbulkan doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. ."
MY PHILOSOPHY
small people talk about things Average People Talk About People GREAT PEOPLE TALK ABOUT IDEAS
TIME WAITS FOR NO ONE YESTERDAY is history TOMORROW is mystery TODAY is a gift Thats why it is called the PRESENT
· Dominant in relationships. · Always wants the last word. · Desire love with quality . See things clearly . Neat & clean · Very smart & brilliant · Dislikes noise and chaos. · Eager. · Hardworking. · Loyal. · Sense of humour · Easy to talk to. · Practical and very fussy. · Often shy. · Pessimistic.