I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, October 25, 2008

Fakta Pelik Tapi Benar

  • Duit kertas sebenarnya bukan di perbuat daripada kertas sebaliknya daripada kapas
  • Perut bayi hanya boleh memuatkan susu sebanyak 60ml pada satu masa. Manakala perut orang dewasa mempunyai kapasiti paling maksimum ialah 1.5 liter. Namun lembu boleh memuatkan makanan sebanyak 300 liter dalam perutnya.
  • Sebanyak 110,000 juta tan karbon dioksida memenuhi atmosphera setiap tahun kesan pembakaran petrol. Untuk menyerap semua gas tersebut, ia memerlukukan hutan seluas benua Australia.
  • Sebanyak 4,082 kilogram bunga ros akan dapat menghasilkan hanya 0.972kg ekstrak untuk dijadikan bahan campuran di dalam pembuatan minyak wangi.
  • Kelapa paling besar di dunia boleh diperolehi hanya di Kepulauan Seychelles di Lautan Hindi. Berat buahnya yang masak mencapai sehingga 22 kilogram.

petikan : www.budiey.com

Friday, October 24, 2008

Sudah Berpatah Arang ?


DUA figura yang sentiasa bersama walau dalam tawa dan duka sejak sedekad lalu, kini masing-masing membawa haluan sendiri. Ning Baizura dan pengurus merangkap sahabat baik, abang dan rakan niaga, Vernon Kedit-Jolly kini tidak lagi 'bersatu'. Keputusan mahu berpisah itu diusul sendiri Ning yang nekad untuk merencana bidang seni secara sendirian, tanpa adanya bantuan atau khidmat daripada orang lain termasuk ibunya. ..... cerita selanjutnya.

50,000 kakitangan awam kontrak mungkin diberhentikan

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Kira-kira 50,000 kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak mungkin ditamatkan perkhidmatan mereka menjelang akhir tahun ini berikutan kekangan kewangan kerajaan, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman.

Mereka adalah kakitangan yang kontrak disambungkan dari setahun ke setahun, yang berkhidmat di semua jabatan dan kementerian di seluruh negara dan tidak menikmati kemudahan seperti yang diterima kakitangan awam tetap, tetapi melakukan tugas yang sama.

Omar memberitahu Bernama, Cuepacs tidak boleh menerima alasan kekangan kewangan, kerana kerajaan masih mampu mengekalkan perkhidmatan golongan ini.

Cuepacs, katanya, telah menghantar rayuan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengekalkan kakitangan ini, yang kebanyakannya telah berkhidmat antara lima hingga 10 tahun malah terdapat yang berkhidmat lebih 20 tahun.

“Cuepacs telah mencadangkan sama ada JPA mengambil semula pekerja ini atau menyerap mereka ke dalam kedudukan tetap,” kata Omar.

Beliau berkata, isu ini akan dibincang pada persidangan perwakilan Cuepacs bulan depan.
petikan : Utusan Malaysia /241008

Kaabah Enggan Bergerak!

Kenapa...? Untuk mengetahui kisah lanjut lusuri blog teman baik saya.

Thursday, October 23, 2008

Mungkin jadi REKOD DUNIA!

HASIL kegigihan kakitangan Hot FM dan Fly FM, kedua-dua stesen radio itu kini berjaya mendominasi bidang penyiaran negara. Menerusi kajian terbaru yang dijalankan Nielsen Media Research, stesen radio milik Rangkaian Radio Media Prima itu menunjukkan peningkatan yang cukup memberangsangkan.

Paling membanggakan, Hot FM berjaya merekodkan peningkatan pendengar secara konsisten dan kini bergelar stesen nombor satu negara bagi pendengar secara purata. Juga menjadi stesen nombor satu untuk lingkungan pendengar bawah umur 34 tahun dan stesen nombor satu negara bagi pasaran di bandar-bandar utama secara terkumpul seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Johor Bahru, Pulau Pinang, Seberang Prai dan Ipoh.Menurut kajian terbaru Nielsen Media Research (NMR), Hot FM kini berjaya mencatatkan kenaikan daripada 2.9 juta pada 2006 ke 4.3 juta pendengar.Ketua Rangkaian Radio Media Prima, Ahmad Izham Omar, berkata, persaingan sihat dan sengit di kalangan radio tempatan akhirnya membuahkan hasil apabila Hot FM AM Krew kini menjadi program radio nombor satu negara dengan mencatatkan jumlah kenaikan sebanyak 19 peratus dari kajian lalu. Program itu dihoskan Penyampai Radio Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007, Fara Fauzana dan Faizal Ismail. “Fly FM pula berjaya mengekalkan kedudukan sebagai stesen nombor dua bagi radio berformatkan bahasa Inggeris untuk lingkungan umur bawah 34 tahun dan juga bagi kumpulan sasaran pelajar.“Stesen radio itu juga mendahului stesen radio lain bagi sasaran golongan isi rumah berpendapatan terkumpul dan angka yang tercatat adalah angka tertinggi berbanding pesaing utama stesen itu.“Hasil kajian yang memberangsangkan ini berjaya dicapai atas usaha berterusan serta inisiatif (MPRN) dalam memenuhi keperluan dan cita rasa pendengar yang sentiasa berubah mengikut gaya hidup mereka. Kenaikan yang membanggakan oleh kedua-dua stesen radio ini juga adalah hasil dedikasi serta pengalaman kakitangan secara keseluruhan,” katanya.Tambah Izham, mereka di Media Prima sangat gembira dengan kejayaan diraih stesen radio itu apatah lagi Hot FM muncul sebagai radio nombor satu dalam jangka waktu pendek.

“Ia berkemungkinan menjadi rekod dunia. Banyak komen positif yang saya dengar mengatakan Fly FM yang berada di kedudukan nombor dua bagi lingkungan umur bawah 34 kerana kesesuaian corak muzik yang ditampilkan stesen itu.

“Secara peribadi saya bangga dengan perjalanan stesen radio di bawah naungan Media Prima. Ini menunjukkan dedikasi yang tidak pernah padam terhadap muzik dan seni penyiaran radio serta kehadiran anak muda yang tidak pernah kering dengan idea yang kreatif serta innovatif menjadikan apa saja yang mustahil menjadi kenyataan.“Rangkaian Radio Media Prima menggunakan pelbagai cara untuk mendekati pendengar mereka. Dengan mengintergrasikan semua platform yang ada, seperti melalui 'on-air', 'on-ground', 'online' dan secara mobil, ia dapat memberi pengalaman berbeza kepada pendengar.“Setiap acara yang dijalankan diimplementasi dan diukur mengikut cita rasa pendengar kedua-dua stesen itu. Mereka bukan saja dapat mengikuti perkembangan saluran radio itu menerusi Hot FM Viva Zoomerz dan FLY FM MyVi Trooperz, malah Rangkaian radio Media Prima juga akan tampil agresif setiap bulan dengan memaparkan rangkaian acara yang lebih besar.“Sejauh ini, kedua-dua stesen radio itu sibuk mengelilingi seluruh negara dengan membawa pelbagai acara besar antara lain Hot FM Big Jam, Hot FM Mini Jam, Fly FM Fly-niversary dan Fly FM Campur Chart kepada serata pendengar mereka.“Terima kasih kepada setiap tenaga di belakang tabir Hot FM dan Fly FM, kepada pihak pengurusan kanan Media Prima atas sokongan mereka yang tidak pernah padam serta paling utama kepada semua pendengar kami yang memberi peluang menjadi sebahagian daripada gaya hidup mereka,” katanya.Pengurus Besar Rangkaian radio Media Prima, Seelan Paul pula berkata, bidang penyiaran radio kini sangat kompetitif dan itu menjadikan setiap pendengar penting buat kedua-dua stesen radio itu.“Bagi memastikan kami adalah sebahagian daripada hidup pendengar ia tugas yang amat sukar dan mencabar. Maka tahniah kepada setiap orang yang berjuang untuk memastikan kejayaan ini dikecapi. Saya sesungguhnya mata berbangga menjadi sebahagian daripada sejarah ini,” katanya. Pencapaian memberangsangkan yang di capai Hot FM dan Fly FM menjadi rekod dalam sejarah radio kerana dalam jangka masa dua, tiga tahun masing-masing berjaya mengumpulkan sejumlah hampir 5 juta pendengar. Jelas terbukti dengan fokus dan memberikan respons terhadap keperluan pendengar radio tempatan menjadi elemen penting dalam mencapai kejayaan demi kejayaan.
komen jefbuj
Tahniah Hot FM ! Saya adalah pendengar setia radio ini. Tanpa Hot FM kereta saya macam tak boleh bergerak. Sudah tentu gandingan Farah Fauzana & Faizal Ismail yang menjadi pemangkin keberadaan Hot FM di Malaysia! Usikan mereka berdua begitu mencuit hati... Populariti dan AURA Si Drum Stick & Hidung Besar ini juga boleh mengalahkan selebriti pelakon & penyanyi! Siapa tak kenal mereka???? So, Fafau, Faizal keep up the good work, begitu juga team2 yang lain. Omedeto gozaimasssssssss ( Congraulations ! )

Kanser Daripada Bekas Makanan

RISIKO penggunaan bekas polistirena ini mendorong ada pihak melabelkannya sebagai keranda putih.

GEORGE TOWN - Kerajaan diminta bertegas mengharamkan penggunaan bekas makanan polistirena kerana ia mendedahkan pengguna kepada masalah kesihatan khususnya risiko kanser.

Selain itu, polistirena yang mengandungi bahan kimia stirena dan benzena boleh menjejaskan alam sekitar kerana ia didakwa sukar terurai, malah mungkin mengambil masa 500 tahun untuk dimusnahkan secara alam semulajadi.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris berkata, bahan-bahan kimia daripada bekas itu boleh menyerap ke dalam makanan dan kemudian ke dalam tubuh manusia.Katanya, Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkelaskan stirena sebagai bahan karsinogen kumpulan 2B iaitu agen penyebab kanser kepada manusia.

Ujarnya, stirena juga adalah mutagen yang boleh menyebabkan perubahan genetik yang berpotensi merosakkan sistem pembiakan dan berisiko kanser.
"Pendedahan kepada stirena walaupun sedikit boleh merendahkan bilangan sel darah merah selain kepada wanita boleh mengalami gangguan haid,'' katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Oleh AHMAD SYAHIR KASSIMsyahir.kassim@kosmo.com.my

Siti Nurhaliza belum bersedia!



Siti Nurhaliza belum bersedia menggalas tanggungjawab sebagai pelakon BAKAT lakonan walaupun sekadar melunaskan peranan kecil sudah teruji di pentas teater menerusi muzikal, P Ramlee The Musical, nyata pengalaman itu belum cukup untuk membawa Datuk Siti Nurhaliza Tarudin ke layar lebar. Ditemui pada majlis rumah terbuka yang dianjurkannya khusus untuk peminat di Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa, Ahad lalu, Siti mengakui, belum masanya untuk dia melangkah ke layar perak.

Tidak menafikan ada menerima tawaran ke filem termasuk daripada KRU yang berhasrat menerbitkan filem muzikal, Magika, bagaimanapun, anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini belum bersedia untuk mempelbagaikan bakat seninya. Bagi Siti, banyak faktor lain yang perlu dipertimbangkan sebelum dia memberikan kata persetujuan untuk kembali beraksi sebagai pelakon. “Satu daripadanya adalah faktor masa. Berlakon filem memerlukan komitmen yang besar sedangkan masa tidak mengizinkan Siti kerana banyak perkara lain perlu diselesaikan ketika ini.


SITI NURSAIDA kini bernaung di bawah syarikat produksi Siti Nurhaliza Porductions (M) Sdn Bhd.
“Membawakan watak utama bukan perkara main-main, jadi Siti perlu mempertimbangkan dengan baik semua aspek sebelum memberi kata persetujuan. “Tidak mudah untuk mencuba sesuatu yang berbeza apatah lagi lakonan menuntut kesabaran serta masa yang banyak. Siti minat berlakon cuma belum masanya lagi untuk Siti beralih ke layar perak,” katanya mengakui menerima tawaran daripada KRU namun masih belum memberikan kata putus kepada trio adik beradik itu. Tidak menolak akan melangkah ke lokasi filem jika ditawarkan karektor bersesuaian, Siti bagaimanapun, bersetuju untuk membawakan satu watak dalam animasi arahan Mamat Khalid, Kelip-Kelip. Penyanyi yang masyhur dengan lagu Jerat Percintaan itu berkata, dia tidak menghadapi masalah kerana hanya suaranya saja yang digunakan untuk filem berkenaan.

KELUARGA turut memeriahkan rumah terbuka Siti Nurhaliza.

“Siti sudah melihat sedikit petikan filem itu dan mendapati ia sangat menarik, apatah lagi Kelip-Kelip menggunakan teknologi yang memperlihatkan karya anak tempatan setanding animasi luar. “Siti sendiri memang berminat untuk mencuba, tambahan pula Siti tidak mempunyai banyak masalah kerana hanya suara saja yang digunakan,” katanya yang turut direncanakan membawakan lagu tema filem itu. Norman dalam satu kenyataan baru-baru ini, memaklumkan KRU ada menawarkan watak Puteri Gunung Tahan dalam filem muzikal, Magika yang menggandingkan Siti dengan penyanyi lelaki popular, Mawi.


Tegas penyanyi ini lagi, sebelum memberikan kata persetujuan untuk membintangi sesebuah filem banyak aspek perlu dikaji antaranya karektor bersesuaian dengan imej serta dirinya yang kini bergelar isteri. Kata Siti, dia tertarik dengan filem yang mempunyai mesej yang baik malah cukup meminati produksi bercorak keislaman seperti yang dihasilkan penggiat seni Indonesia menerusi Ayat-Ayat Cinta. “Tetapi itu tidak bermakna Siti hanya akan berlakon dalam produksi seperti itu saja. Siti juga minat untuk berlakon watak komedi dan aksi cuma mungkin akan memberi kelebihan jika filem itu mempunyai mesej yang baik,” katanya.


Lega impian 'open house' untuk peminat tercapai BERALHIH perbualan mengenai sambutan Aidilfitri bersama peminat, penyanyi berusia 29 tahun itu berkata, sebelum ini dia jarang berkesempatan untuk meraikan penggemarnya secara besar-besaran. Hanya selepas dua tahun mendirikan rumah tangga dengan usahawan terkenal, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, baru kini impian itu terlaksana. Jelas Siti, sudah lama dia menyimpan keinginan untuk meraikan peminatnya apatah lagi mereka banyak menyokong perjalanan kariernya yang sudah mencecah usia 12 tahun. “Kebetulan suami pun tidak menghalang, malah dia yang menggalakkan Siti supaya menganjurkan majlis rumah terbuka ini. Perancangan awal mahu diadakan saja di kediaman kami tetapi memikirkan keselesaan tetamu, Siti cuba memilih lokasi lain yang bersesuaian. “Tempat ini pun tidak jauh dari rumah, kebetulan Siti dan suami juga ada kelapangan akhirnya apa yang Siti impikan menjadi kenyataan.


“Alhamdulillah, ramai juga yang datang dan Siti mengambil kesempatan ini untuk merayakan Aidilfitri bersama mereka yang banyak membantu melicinkan perjalanan karier nyanyian Siti sepanjang berada di pentas seni,” katanya. Siti berkata, dalam kesibukan meneruskan karier nyanyian di samping menjalankan peranan sebagai isteri, dia bersedia meluangkan masa untuk bersama peminatnya. Tekad Siti, dalam setahun dia akan menyusun beberapa aktiviti bersama mereka bagi mendekatkan diri dengan mereka yang tidak putus berdoa kejayaannya sebagai anak seni. Setahun tanpa album terbaru selepas kelahiran Hadiah Daripada Hati, pertengahan Disember ini atau selewat-lewatnya awal tahun depan Siti akan kembali dengan buah tangan terbaru. Album etnik kontemporari yang menyatukan Siti dengan nama besar dalam industri penciptaan lagu termasuk sentuhan komposer serta penyanyi terkenal Indonesia, Katon Bagaskara bakal mengukuhkan kembali popularitinya di persada nyanyian. “Sudah ada beberapa lagu yang siap disusun muziknya cuma menanti masa untuk dirakamkan. Mungkin hujung bulan ini Siti akan memulakan proses memasukkan vokal kerana Siti sendiri sudah rindu untuk kembali dengan album baru,” katanya.

Wednesday, October 22, 2008

Teka Teki Jumlah Wang Hantaran








SERI KEMBANGAN: Jika sebelum ini juara Akademi Fantasia 3, Asmawi Ani atau Mawi, 27, asyik berdolak-dalik perihal perkahwinannya, namun pada majlis pengumuman tarikh hari bahagia itu semalam, jumlah wang hantaran pula menjadi teka-teki.Sekalipun Mawi memaklumkan keluarga Nora’ Ashikin Rahmat atau Ekin, 29, memberi sepenuh keputusan kepadanya mengenai wang hantaran, dia mengakui ia belum diputuskan dan masih dalam perbincangan.“Buat masa ini, saya tak boleh memberitahu berapa wang hantaran akan diterima Ekin nanti. Saya masih keliru mengenai jumlahnya. Namun, sama sekali bukan senaskhah al-Quran kerana sebenarnya terlalu awal untuk saya memberitahu.“Apapun, tidak akan ada sidang media kedua atau selanjutnya untuk mengumumkan perkara itu. Pada saya, cukuplah hanya sekali untuk menjelaskan segalanya,” kata Mawi yang akan membawa sembilan dulang hantaran untuk Ekin dan dibalas 11 dulang pada majlis perkahwinan mereka kelak.

Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) tiga tahun berturut-turut itu bagaimanapun, berkata jika terus didesak selepas ini, dia mungkin akan memberitahu juga kepada media.

“Tetapi, bukan sekarang kerana masa tidak sesuai,” katanya pada sidang media bersama Ekin di Theatrette Conference, Hotel Palace Of Golden Horses di sini.Sidang media Mawi dan Ekin itu sepatutnya bermula jam 2.30 petang, terlewat hingga jam 3 petang.Namun, seawal jam 1 tengah hari wakil media sudah sedia menunggu.Apapun, kelewatan itu bukan kerana bakal pengantin itu tidak bersedia, tetapi menunggu isyarat daripada Astro Awani (saluran 501) menyiarkannya secara langsung.Mawi ada kalanya kelihatan ‘gementar’ menjawab soalan media. Mujur, ada pengacara popular, Aznil Nawawi yang banyak membantu. Turut hadir Ketua Pegawai Operasi Maestro Talent & Management (Maestro), Freddie Fernandez dan Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah.
Mawi dan Ekin sepakat memilih 20 Disember depan untuk diijabkabulkan sebagai suami isteri di sebuah masjid di Johor Bahru.Pada malam sama, majlis resepsi keluarga Ekin akan diadakan di Stadium Tertutup Johor Bahru manakala majlis resepsi pihak Mawi dijadualkan berlangsung 28 Disember di Dewan Felda Taib Andak, Kulai.Pada malam 27 Disember, Mawi akan menghiburkan peminat di konsertnya di Padang Felda Taib Andak secara percuma. Tidak di situ saja, pada 11 Januari 2009, pasangan merpati dua sejoli itu sekali lagi disandingkan dalam majlis khas di Hotel Palace Of Golden Horses.Berikut soal jawab Mawi bersama media bagi menjelaskan perkahwinannya.
MEDIA (M): Ceritakan secara terperinci majlis resepsi di Johor Bahru, Felda Taib Andak dan Kuala Lumpur nanti? (meliputi tema dan perancang perkahwinan)
MAWI: Saya rasa belum masanya untuk bercerita secara terperinci. Bagaimanapun, apa yang boleh dikatakan persandingan di sebelah keluarga Ekin, kami akan menggunakan konsep moden kontemporari. Di Felda Taib Andak pula Jawa dan Hotel Palace Of Golden Horses, ala-ala Arab
(M): Perasaan pertama Mawi terhadap pengumuman ini? Rasa terbeban?
MAWI: Saya tidak pernah anggap ia satu beban. Cuma, darah gemuruh biasalah. Saya faham benda ini perkara penting dalam hidup saya, kebahagiaan saya. Malah, saya pun sudah berjanji sebelum ini dan gembira akhirnya dapat ditunaikan juga.
(M): Apakah Mawi dan Ekin akan bertunang?
MAWI: Seperti yang pernah saya maklumkan sebelum ini, kami tidak akan bertunang. Saya dan Ekin sepakat yang kami akan terus bernikah saja.
(M): Bagaimana dengan habuan tajaan RM5 juta yang dikatakan daripada Astro itu?
MAWI: Perkara itu tidak benar pun dan khabar angin saja.ZAINIR: Jumlah dimaksudkan memang tidak relevan. Namun, spekulasi tidak dapat dielak. Apa yang pasti, Astro memberi yang terbaik. Dalam soal ini, Astro tidak bertindak sebagai badan penyiar saja tetapi apa yang dilakukan sebagai satu keluarga. Lagipun, Mawi kelahiran Astro yang sudah menempa pelbagai kejayaan dan tentunya menyiarkan saat bahagia dengan Ekin, sesuatu yang harus dikongsi bersama.
(M): Mawi pernah kata mahu buat majlis perkahwinan sederhana tetapi tiga majlis resepsi nampak seakan besar-besaran?
MAWI: Ikutkan saya, memang suka majlis yang sederhana. Maklumlah, bila buat besar takut orang kata menunjuk, begitu juga kalau sebaliknya. Jadi, selepas difikirkan sebaiknya memang patut saya mengadakan majlis seperti ini (besar) untuk peminat.
(M): Mawi lahir daripada program realiti TV, jadi tidakkah Mawi rasa majlis kahwin ini sudah seperti program realiti TV?
MAWI: (ketawa), Ini bukan seperti realiti TV. Semua orang hendak berumah tangga. Namun, inilah rezeki saya dan syukur pada Tuhan.
(M): Kenapa ambil masa lama untuk umum hubungan Mawi dan Ekin?
MAWI: Pada mulanya, kami bukan terusnya bercinta. Kami sebagai kawan borak dan keluar makan di kedai mamak saja. Jadi, saya rasa tidak perlulah ia diketahui umum.
(M): Kini Mawi baru tiga tahun dalam karier ini, apakah rasa tertekan membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujang agak awal?
MAWI: Saya tidak rasa tertekan tetapi ini satu kerelaan.
(M): Bagaimana Mawi melamar Ekin?
MAWI: Saya melamarnya menerusi panggilan telefon ketika berada di Syria.
(M): Bila dan apakah ayat Mawi ketika melamar?
MAWI: Saya melamar Ekin pada 30 April lalu dengan ayat ringkas, “Kita kahwin bulan 12”.
(M): Orang pertama yang tahu mengenai lamaran itu?
MAWI: Balik daripada Syria, saya beritahu pada kakak. Selepas berbincang, keluarga saya ke rumah Ekin untuk merisik pada Jun lalu dan majlis perkahwinan pula ditetapkan enam bulan kemudian.
(M): Apa yang menyebabkan Mawi tertarik dengan Ekin?
MAWI: Saya memilih Ekin untuk menjadi teman hidup kerana dia sering menemani saya ketika sedih dan gembira. Memahami kerjaya saya dan boleh bergaul baik dengan orang di sekeliling saya. Malah, dia berjaya membuat ibu saya, Ramlah Sarlan tersenyum dan ketawa kerana bukan senang hendak membuat ibu tersenyum atau ketawa.
(M): Apakah kaitannya tarikh 20 Disember pada Mawi hingga memilihnya sebagai tarikh bersejarah?
MAWI: Tiada apa-apa kaitan. Cuma, ia (20 Disember) pertengahan cuti sekolah. Jadi, budak-budak sekolah bolehlah datang nanti (sambil ketawa).
(M): Selepas berkahwin, bagaimana kerjaya seni Ekin, apakah dia (Ekin) akan menjadi suri rumah?
MAWI: Saya tidak akan sekat Ekin untuk aktif dalam seni sama ada berlakon atau menjadi pengacara. Terpulang, pada Ekin untuk buat keputusan.

RM100,000 rebutan juara My Starz LG

FINALIS yang bakal berentap dalam My Sstarz LlG musim kedua

Petikan : BHarian/221008/ Oleh Serimah Mohd Sallehuddins

Musim kedua program realiti kali ini menampilkan tema kemas dan bergaya dengan peserta berumur antara 18 hingga 24 tahun WALAUPUN kurang diperkatakan mahupun mendapat perhatian seperti program realiti lain, My Starz LG sekali lagi akan menemui penonton kaca televisyen untuk musim kedua. Kemunculan semula program itu cukup membuktikan My Starz LG yang diterbitkan LG Elektronics (M) Sdn Bhd dan TV3 itu masih mempunyai pengikut.

Episod pengenalan musim kedua meliputi sekitar uji bakat yang berlangsung di lima lokasi meliputi Johor, Pulau Pinang, Sarawak, Sabah dan Kuala Lumpur sudah pun dipaparkan dalam episod pertama Ahad lalu. Episod pertama yang menemui penonton jam 10 malam di TV3 itu turut mendedahkan 12 finalis yang berjaya meloloskan diri ke dalam program itu dari 1,500 peserta yang mencuba nasib. Siapakah yang bakal menjadi pemilik hadiah utama iaitu wang tunai sebanyak RM100,000? Apakah hadiah utama akan menjadi milik peserta wanita sekali lagi atau mungkin nasib menyebelahi peserta lelaki pula. Bagaimanapun ketika sidang media yang diadakan di pusat membeli belah One Utama baru-baru ini, persoalan mengenai hala tuju yang dijanjikan penerbit musim ini kepada juara tidak ketinggalan diajukan memandangkan juara musim pertama Hamiza Mohd Basir atau Tashya terus tenggelam.

Seperti pernah ditegaskan Penerbit Eksekutifnya, Fadzliniza Zakaria sebelum ini, TV3 sekadar menyediakan platform untuk peserta dan selebihnya terletak di tangan peserta sendiri untuk menentukan hala tuju mereka. Bagaimanapun kali ini, TV3 menjalinkan kerjasama dengan Warner Music Malaysia yang menawarkan kontrak rakaman selama setahun agar nasib juara lebih terbela. “Setelah program ini tamat, juara akan terikat dengan TV3 seperti terbabit dengan program anjuran kami terlebih dulu. Selepas itu barulah mereka akan bersama-sama dengan Warner Music. TV3 tidak akan lagi terbabit dengan pemenang kerana soal membangunkan kerjaya mereka bukan bidang kami,” katanya. Tambah Fadzliniza lagi, corak program ini masih lagi sama dengan musim pertama. Cuma bezanya kali ini, My Starz LG tidak menggunakan khidmat pengetua seperti tahun lalu yang dipertanggungjawabkan kepada komposer terkenal Farihin Abdul Fatah. Alasannya supaya peserta bebas untuk mempraktikkan idea sendiri dalam persembahan tanpa terikat kepada arahan mana-mana pihak. Bagaimanapun, mereka akan tetap mendapat bimbingan daripada tenaga pengajar yang mahir dalam bidang bersesuaian.

Penyanyi dan pencipta lagu, Lah Ahmad akan membimbing peserta dari sudut vokal. Manakala Raimee Salleh dilantik untuk memberikan tunjuk ajar mengenai gerak tari. Sementara pereka fesyen terkemuka tempatan, Syaiful Baharim pula dipertanggungjawabkan sebagai penasihat imej finalis. Dua penyanyi iaitu Hattan dan Liza Hanim pula dilantik sebagai juri tetap manakala seorang juri undangan akan diundang setiap minggu. Menyaksikan 70 peratus markah terletak di tangan juri profesional dan 30 peratus lagi dari khidmat pesanan ringkas (SMS). Juri profesional akan menilai peserta dari dua sudut iaitu 35 peratus vokal dan 35 peratus lagi berdasarkan persembahan. Sementara itu, kata Fadzliniza lagi, sesuai dengan tema LG tahun ini Stylish & Smart, mereka memilih lebih ramai peserta muda dalam lingkungan 18 hingga 24 tahun untuk disesuaikan dengan tema itu. Selain itu, ia juga sebagai satu strategi agar bakat baru yang bakal dilahirkan dapat bertahan lebih lama dalam industri ini kerana masih muda.

Program sebanyak 15 episod ini akan mula menyaksikan episod penyingkiran selepas konsert kedua. Sekali lagi Nazaruddin Habibur Rahman atau Naz diberi kepercayaan untuk mengacarakan My Starz LG musim kedua tetapi dengan pasangan baru iaitu Puteri Andreanna Syigim atau Anne. Sementara Khairul Ikhwan Rosli atau Ikhwan pula akan mengacarakan segmen Star Lives iaitu diari peserta yang menemui penonton setiap Ahad jam 5.30 petang. Finalis musim ini ialah Leow Lyye, 18, (Johor), Noriezuana Syed Shafudin, 22, (Johor); Norshamimi Ahmad Haris, 18, (Kedah); Wan Nashrinie Zafri, 19, (Pulau Pinang); Mohd Azri Abdullah, 21, (Klang); Lee Elaine, 18, (Subang); Mohd Farouk Jayfiena Ermand, 19, (Petaling Jaya); Awang Sri Iskandar Bahrin, 21, (Sabah); Mohd Hairi Kenneith, 19, (Sabah); Julylen Liew, 18, (Sabah); Fiona Anak John Nolly, 21, (Sarawak) dan Cassandra Daniel Manja, 22 (Sarawak).

Tuesday, October 21, 2008

Berita Terkini!!!!!!


Akad nikah Mawi-Ekin 20 Disember ini

PETALING JAYA: Penyanyi popular Mawi mengumumkan 20 Disember sebagai tarikh akad nikahnya dengan Nora'AshikinRahmat atau lebih dikenali dengan panggilan Ekin. Mengumumkannya pada sidang media khas di Palace of Golden Horses, Seri Kembangan dan disiarkan secara langsung di Astro Awani, tepat jam 3 petang ini, penyanyi berasal dari Kulai, Johor itu berkata, pada sebelah malam hari sama, di Stadium Johor Bahru akan berlangsung majlis resepsi.
petikan berita muktahir bharian online/211008