I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, May 16, 2008

Konsert hidup & mati




Wah............ semacam je bunyi tajuk diatas. Yelah... konsert malam sabtu ni akan melangsaikan segala debaran kita semua, siapa tersingkir dan siapa yg jadi finalis! Sudah terang lagi bersuluh..... Stacy & Riz sudah dijangka akan menjadi finalis musim ini. Tapi bagi Nubhan, Stanly, Toi & Nadia, nasib mereka seperti telor dihujung tanduk! Peratusan mereka begitu dekat dan sebarang kemungkinan akan terjadi.
Mereka harus menunjukkan persembahan yang paling 'out standing' sekiranya mereka mahu terselamat dari kerakusan jari-jemari untuk membunuh impian mereka menjadi reliti! Nubhan wajib menggunakan peluang ini untuk mengeluarkan segala2 yang dipelajari selama 8 minggu di akademi. Lagu minggu ini merupakan lagu makanan beliau; semestinya berusaha keras untuk memberi yang paling baik!
Toi pulak, agak goyah kerana key lagu yg tinggi bisa menghancurkan persembahannya sekiranya beliau tidak bijak mengawal vokal. Stanly pula cuba memberi impak dalam persembahannya dengan menyanyi sambil bermain piano, itupun sekiranya jadi. Kalau jadi ini satu bonus buat Stanly. Kedudukan Nadia juga tidak terjamin! Kegedikan Nadia dalam diari akhir2 ini mungkin akan menjatuhkan kedudukannya kerana di c@15 terlampau ramai yang mengutuk beliau! Selamat berjuang adik2ku!
** Riz & Stacy bakal ke akhir? ( gambar; Astro)

Thursday, May 15, 2008

Telenovela bermula......



Nampaknya disaat-saat akhir baru terserlah karektor sebenar pelajar2. Riz & Nadia dah semakin intim. Mereka kelihatan sentiasa bersama baik di dance floor, bilik latihan vokal malah di meja makan. Seronok melihat keletah remaja sebegini. Kalau AF lepas telenovela begini berlaku pada minggu2 awal tapi tidak di AF6. Mungkin bila ramai pelajar dah tersingkir mereka kesunyian, maka mereka mula mencari 'teman' utk berbicara.

Sungguh tersentuh hati apabila Stacy menggugurkan airmata semasa sesi latihan lagu duet bersama Nubhan. Lucu sangat bila Stacy kata matanya dimasuki habuk dan Nubhan mengusik Stacy. Adakah hati Stacy terdetik untuk Nubhan???? Tunggu & lihat episod seterusnya.

Nampaknya pasangan duet antara Riz & Nadia dan Stacy & Nubhan akan melatop ( meminjam kata2 Velvet ) ! Tak sabar rasanya menunggu saat ini. Seperti AF5, persembahan Mila & Ebi hingga kini masih segar diingatan!
(gambar dari murai.com )

Tuesday, May 13, 2008

SPEKULASI TIDAK ADA PENYINGKIRAN


Banyak spekulasi yang timbul apabila tidak ada penyingkiran pada konsert ke 8 lepas. Macam2 tuduhan dilemparkan kepada ASTRO. Yang paling banyak diperkatakan adalah misi menyelamatkan Nadia! Betulkah ini? Saya rasa ASTRO tahu apa yang mereka buat. Tiap2 tahun macam2 kejutan dibuat seperti Afmasuk, Penyingkiran 2 pelajar sekaligus, Penyingkiran disaat akhir seperti Kefli & Yazir, Penyingkiran Amirul & mengAfmasuk Lotter, Penyingkiran Mas & Afmasuk Linda dan macam2 lagi.

Dari sumber yang saya dengar, tiada penyingkiran di Konsert ke 8 telah dirancang sejak mula lagi kerana untuk mendapatkan 5 finalis. Sekiranya ada penyingkiran pada konsert lepas maka terpaksa mengadakan Afmasuk dan ini semestinya mengundang kontroversi lagi! Jadi jelas sekali tiada kaitan dengan misi menyelamatkan Nadia! Penonton harus positif dan jangan suka2 menuduh dan membuat kesimpulan sendiri.

Semalampun, apabila Stacy mendapat lagu Michael Jackson; Beat IT...... wah! bertalu2 chatters mengatakan misi menjatuhkan Stacy pulak! Terror betul Chatters ni ye! Tak ada kerja lain ke? Pengetua tahu apa yang terbaik untuk anak muridnya. Malah apabila Stacy mengatakan beliau tak tahu lagu Beat It pun dikutuk hebat oleh chatters di c@15. Pleaselah..... Stacy tu lahir tahun bila? Lagu Beat it hanya top pada awal 80an! Manalah Stacy tahu. Stacy kenal duniapun akhir tahun 1990an tupun baru berumur 10 tahun! Macam lagu Tila iaitu Rela, berapa ramai yang tahu lagu tu???? So jangan nak memandai2 menuduh tak tentu pasal!

Kesimpulannya, Stacy tetap yang terbaik malah pendapat peribadi saya lebih baik dari Juara2 AF lepas ! Pakej lengkap ; manis orangnya, suara Vass, Gaya Vougue, Pandai menari, Lincah, cuma cara berkomunikasi harus diperbaiki! Cuma masa, nasib dan sokongan peminat yang dapat merealisasikan untuk beliau dinobatkan sebagai Juara! Jadi, kalau nakkan Juara milik Stacy undilah bayak2. Jangan dok buang duit berchatting di @15. Lebih elok duit tu digunakan untuk Afundi pelajar2 yang anda minat!


LAGU TUGASAN PELAJAR MINGGU KE SEMBILAN

1.Rock Around The Clock ( Elvis ) - Riz
2.Kau Yang Bernama Seri ( Handy Black) - TOI
3.Lelaki Buaya Darat ( Ratu ) - NADIA
4.Beat It ( Michael Jackson ) - STACY
5.Tapi Bukan Aku ( Keris Patih ) - NUBHAN
6.Kerana Kau ( Alleycat ) - STANLEY

LAGU DUET
1.Endless Love - Riz & Nadia
2.Ada Cinta - Nubhan & Stacy
3.Lagu Jiwa Lagu Cinta - Toi & Stanley

( gambar dari mr.manager blogspot)
GAMBAR SHAFIQ & MARIAM SEMASA KONSERT AF- 8 - Sama cantik Sama padan!!! Ade ape ape ke!? Wah!

Monday, May 12, 2008

Nadia hampir tersingkir!!!


Amat menggerunkan apabila Nadia hampir tersingkir di konsert ke 8 sabtu lepas. Adakah persembahannya teruk sangat berbanding dengan Riz, Stanly & Toi? Seperti AF lepas, pelajar terbaik wanita ramai yang terdampar di tepi pentas apabila tidak mendapat sokongan dari peminat terutama penyokong perempuan. Kita imbas kembali persembahan Idayu AF3, beliau memberi persembahan terbaik malam itu namun disingkirkan tanpa belas kasihan! Antara yang terbaik yg menjadi mangsa adalah Rosma, Zila, Akma, Ekin dan Zarina! Mengapakah harus ada sikap 'bias' dari para pengundi?

Menyentuh persembahan pelajar2 konsert ke 8 tidak dinafikan, hanya Stacy & Nubhan yang di kira agak menonjol! Stacy, seperti biasa memberi persembahan yg mantap malah pendapat saya, nyayiannya lebih baik dari Farah sendiri. Beliau menyanyi seperti lagu beliau sendiri! Nubhan, walau agak goyah di peringkat permulaan, namun suara gemersiknya berjaya memadamkan kelemahan2 kecil yg terdapat di dalam persembahannya. Toi tidak menghampakan, walaupun sebahagian besar rakyat Malaysia mahu Toi dikeluarkan! Kesian ye.... bayangkan kalau kita jadi Toi, tentu sebakkan? Stanly bagus namun suara kepitnya amat membingitkan telinga. Tak bolehkah Stanly menyanyi dengan santai supaya tidak nampak seperti memaksa diri ? Pun begitu, Stanly nampak begitu selesa dengan dirinya dan pujian harus diberikan.

Riz...... apa ke hey nya yob! kata Ning. Bagi saya, pujian tetap diberikan kepada Riz kerana beliau tetap menyahut cabaran walaupun beliau tidak suka lagu tersebut. Beliau tidak ada 'intention' langsung hendak menukar lagu tersebut malah beliau sedaya upaya mencuba lagu itu. Adalah tidak adil Juri mengkritik Riz, sepatutnya bagi semangat. Lagu itu sememangnya boring dan amat susah. Agaknya berapa lama kah penyanyi asal cuba merakamkan lagu tersebut ye? Riz cuma ada 4 hari saja untuk melunaskan tanggungjawabnya. Tahniah Riz!!!

Harus diingat, ini bukan pertandingan nyanyian, ini adalah AKADEMI. Persembahan hari Jumaat depan Pengetua adalah 'ujian bulanan' dan konsert adalah 'Final Exam' ! Jadi terimalah seadanya persembahan2 mereka , jangan dikutuk atau dihina, just enjoy it!

Carta pilihan Jefbuj :
1. Stacy ( 8.5/10 )
2. Nubhan ( 7/10 )
3. Nadia ( 7/10 )
4. Stanly ( 6.5/10 )
5. Toi ( 5/10 )
6. Riz ( 5/10 )

Stacy tetap mengungguli carta semua bloggers... wah! Terlebih sudah! Bagi lagu bonus, hanya sekadar accessories je! Tak sebagus zaman AF2 & AF3 kan??

Adalah diharapkan malam ini pelajar akan mendapat lagu makanan masing2 kerana hidup mati mereka adalah di konsert ke-9 Sabtu ini!!!
( gambar dari blog mr.manager )

Saturday, May 10, 2008

Pilihan juri atau pengetua atau penonton?


Stacy, Nadia atau Riz? Inilah nama yang menjadi sebutan yang bakal ke final! Adakah mereka ini menjadi pilihan juri, pengetua dan penonton? Kalau kita amati betul2 pada pola undian, sememangnya mereka mendapat undian yang amat memberansangkan berbanding pelajar2 lain. Kalau AF yg lepas ramai yang boleh kita agak siapa yang akan ke final tetapi tidak di AF6. Ini dapat kita lihat jumlah undian yang tidak begitu jauh berbeza, tidak seperti di AF3 dimana Mawi mendahului dengan peratusan yang sukar dikejar oleh pelajar lain.

Kita tidak pasti berapa orang finalis yang akan beraksi di konsert akhir nanti dan kita juga tidak pasti siapakah yang bakal tersingkir di konsert ke-8 malam ini. Sebarang kemungkinan boleh berlaku. Seperti konsert ke-7, sebelum konsert, Alif berada ditangga ke dua namun tersingkir di akhir konsert! Adakah Toi, Nubhan atau Stanly & mungkin Nadia? Sungguh mendebarkan!

Setelah mengamati prestasi pelajar sepanjang AF 6 bermula, saya baru dapat melihat 'seseorang' yang bakal menjadi bintang, iaitu Nadia ! Pendapat saya, beliau bakal dinobatkan sebagai Juara AF6. Saya memilih Nadia kerana beliau mempunyai aura, personaliti dan karisma sebagai pemenang. Beliau begitu yakin apabila berada di atas pentas. Cara beliau membawa diri nampak seperti seorang artis dan amat bijak bila berkomunikasi. Berbanding dengan Stacy, tidak dinafikan beliau boleh dikira yang terbaik di dalam AF6 namun personaliti beliau tidak matang. Saya tidak boleh membayangkan kalau beliau ditemuduga secara langsung oleh wartawan2, adakah beliau bijak mengawal perwatakannya yang keanak-anakan itu? Perwatakan ini amat jelas boleh dilihat di dalam diari. Sekiranya Stacy menang beliau harus berubah menjadi seseorang yang lebih matang. Dari segi suara, suara stacy amat bagus namun tidak ada identiti sendiri. Berbanding Nadia, buka saja mulut kita sudah tahu itu suara Nadia. X factor ini lah yang kita mahu. Seperti Ayu (oiam ) Fizal Tahir, Dayang, Mawi dan Mila ( sekadar memberi beberapa contoh ) mereka mempunyai suara yang tersendiri. Sekiranya Nadia tidak menang, saya percaya beliau boleh pergi jauh!

Malam ini, siapakah yang tersingkir? Di dalam Diari Ext semalam, kebanyakan orang bersetuju TOI akan 'out' tapi jangan begitu yakin! Kalau Nadia???? Siapa nak jawab? Jadi, bagi peminat Nadia, marilah sama2 kita Afundi Nadia!!!!
( gambar dari mr.manager.blogspot.com )

Monday, May 05, 2008

KEBANGKITAN NADIA!




Setelah kita ikuti Diari sepanjang minggu lepas, tidak dinafikan Nadia begitu stress, malah putus semangat apabila beliau asyik dilaga-lagakan dengan pelajar2 lain terutama Stacy. Tapi setelah kita lihat konsert ke-7 lepas, betapa aura si kenit berambut ikal ini bangkit dan menunjukkan prestasi yang sungguh cemerlang! Suaranya memukau, karektornya bagai seorang bintang dan penuh keyakinan, beliau memberi 101% dalam persembahannya. Beliau mendapat pujian melambung dari ketiga-tiga juri malam itu.

Tidak kurang Stacy & Riz juga, memberi impak pada malam itu. Mereka seolah2 penghibur yang telah berpengalaman luas. Mungkin suasana IB juga memainkan peranan dalam memberi semangat yang tinggi kepada pelajar2.

Amat mengejutkan apabila Alif tersingkir. Walaupun Alif kurang bagus, tapi beliau tidak sepatutnya keluar pada malam itu. Malah peratusan sebelum konsert, Alif mendapat kedudukan paling selesa iaitu tempat kedua. Mungkin gara2 menyelamatkan Toi & Stanly, undian tidak diberikan kepada Alif menyebabkan beliau tersingkir! Kalau hendak dikira daripada tahap persembahan, Toi selayaknya tersingkir! Setiap minggu beliau terselamat dan tidak hairan sekiranya Toi bakal beraksi ke final! Tunggu & lihat!

Berikut adalah peratusan undian sebelum konsert:
STACY-17%ALIF-16%RIZ-14%NUBHAN-14%TOI-13%NADIA-13%STANLY-13%

Apabila undian ditutup ;
Stacy 17%Stanly 17%Nadia 15%Riz 14%Nubhan 13%Toi 13%Alif 12%

Jadi, sekiranya anda tidak mahu pelajar favourite anda tersingkir, AFUNDI lah sekarang!

Carta pilihan Jefbuj :
1. Nadia ( 8/10 )
2. Stacy ( 7.5/10 )
3. Riz ( 7/10 )
4. Nubhan ( 6/10 )
5. Stanly ( 5.5/10 )
6. Alif ( 4/10 )
7. Toi ( 2/10 )

Barisan Juri ;
1.Tiara - bagus dan penuh keikhlasan. Beliau tahu apa yang beliau kritik.
2.Ning - Ning bijak memainkan emosi pelajar & penonton seperti Paula Abdul dlm AI.
3.Adlin - Expectation too high! Mereka ni cuma pelajar, 5 hari tdk cukup untuk mendalami lagu yang diberikan. Kalau seorang Penyanyi, mereka akan berada berbulan2 di studio utk merakam lagu, itupun buat konsert belum tentu lagi. Budak2 ni baru belajar 5 hari terus buat konsert live di depan juri & penonton, lepas tu dikutuk tanpa mengira maruah pelajar. Bila Adlin kata Toi dibunuh berbelas kali tak mati2, professional ke? Lagi2 Si Adlin kutuk baju pelajar, taste dia bagus sangat?
Lagu bonus ;
Untuk lagu medley, biasa2 saja. Pelajar2 tdk membawa watak dalam lagu dengan baik. Ketiadaan kelas drama spt AF lepas menyebabkan mereka gagal menghayati watak dalam lagu.

Bagi lagu Music of The Night, persembahan mereka boleh dikira outstanding kalau dibandingkan dengan pengalaman mereka. Walaupun sesetengah blogger mengatakan ianya sebuah persembahan yang hancur, saya tidak bersetuju. Penyanyi yang sedia ada sekarangpun saya fikir tidak dapat memberi persembahan sebaik ini. Yang paling menyerlah adalah Stanly, Riz, Stacy & Nadia. Yang lain2 tu sebagai back up singer bolehlah!

Diharap konsert ke-8 minggu ini akan menjanjikan yang lebih istimewa dari konsert lepas.




** Alif jadi mangsa undian last minute ! ( gambar ihsan dari ASTRO )

Friday, May 02, 2008

SIAPA MENONJOL & SIAPA TERSINGKIR DI IB MALAM ESOK?




Saya rasa amat bersemangat untuk menonton Konsert ke-7 AF6 malam esok. Dari Diari sepanjang minggu ini, kita dapat lihat betapa bersungguh nya para pelajar membuat latihan. Kesian Nadia, asyik menangis bila di dalam kelas. Manakan tidaknya, beliau dilaga2kan dengan Stacy oleh Tenaga Pengajar & Pengetua. Mereka sepatutnya tidak membandingkan antara pelajar2 di akademi. Ini boleh mematahkan semangat mereka. Nadia & Stacy adalah 2 orang yang berbeza, baik dari latarbelakang, pengalaman, apa lagi jenis vokal yang mereka miliki. Ada satu segmen yang menunjukkan Pengetua mengatakan bahasa melayu Stanly kurang bagus dari segi sebutan. Pengetua sepatutnya tahu, Stanly adalah dari kaum Iban dan bahasa melayu bukan bahasa harian beliau. Seperti Stacy, loghat Sabahan nya lebih pekat dari loghat Sarawak si Stanly tapi Pengetua harus terima, dan ajar mereka cara sebutan yang betul.

Pendapat saya, malam esok adalah malam penentu antara Stanly & Toi. Saya rasa kedudukan mereka amat rapuh. Akan tetapi sekiranya malam esok Stanly memberi persembahan yang mantap dalam lagu Bonus yang lebih cenderung kepada muzik makanan Stanly, beliau akan selamat.

Persembahan Riz, Alif,Stacy & Nadia pasti ditunggu-tunggu. Begitu juga Nubhan yang dapat lagu yang kena dengan vokalnya yang husky! Sama-samalah kita lihat siapa yang menonjol & tersingkir malam esok!


** Kemunculan Stacy sentiasa ditunggu-tunggu! (gambar dari blog mr.manager)

C@15 merapu ?


Saya rasa memang ramai yang tengok c@15 setiap hari. Malah sejak dari AF musim ke-2 lagi (kalau tak silap) c@15 menjadi medan peperangan antara fanatik2 AF. Yang menjadi persoalan, kenapa ianya dihalalkan oleh pihak ASTRO? Saya tidak bermaksud tidak bersetuju dgn objektif channel tersebut diwujudkan, tetapi ianya harus dipantau oleh pihak ASTRO. Sepatutnya moderator memainkan peranan untuk menapis sms yang berbaur perkauman, kenegerian, kutukan melampau dan sebagainya.

Apa yang saya hiraukan, paparan tersebut dibaca oleh semua orang termasuk negara luar seperti Brunei. Cara chatters menulis amat memalukan. Ia menggambarkan betapa rendahnya mentaliti, maruah orang kita! Kutukan yang melampau, boleh mengaibkan pelajar AF dan kaum keluarga mereka.

Saya mendapat banyak komen dari teman2 yang berkunjung ke Malaysia terutama dari Brunei, Singapura dan Indonesia mengatakan kenapa chatters begitu biadap dan berani menghentam peserta sedemikan rupa! Sungguh menjengkelkan!

Bayangkan kalau terkena diri kita sendiri atau kaum keluarga kita, adakah kita akan berdiam diri?
Yang paling teruk kena bantai dlm c@15 tak lain tak bukan ialah MAWI. Sungguh kesian apabila beliau dituduh lupa diri, tinggal solat, makan dadah, mabuk, mengabaikan keluarga dan cacian2 yang tak perlu saya tuliskan di sini. Mereka seolah2 kenal dan bersama MAWI sepanjang masa. ASTRO patut memandang berat perkara ini. Jangan kerana imbalan dari sms yang di hantar, ASTRO lupa maruah orang yang telah dihina tanpa dibela!

Saya bukan mencadangkan ASTRO menghapuskan channel tersebut, tetapi, ASTRO wajib memantau dan menapis sms2 yang melampau demi menjaga reputasi ASTRO sebagai stesyen TV berbayar yang terulung di negara ini.

** Saida adalah diantara mangsa kutukan chatters di c@15 dalam AF6. ( gambar dipetik dari Berita Harian )


Wednesday, April 30, 2008

Konsert AF @ Istana Budaya




Gempak! Konsert ke-7 bakal diadakan di Istana Budaya minggu ini. Ingat! Penganjur telah memberi 'dress code' yang perlu anda pakai semasa ke IB. No jeans & selekeh2 please ! Kita hendaklah menghormati undang2 premis yang bertaraf antarabangsa itu.

Minggu ini, lagu2 agak berat sedikit. Ditambah lagi dengan 2 lagu bonus. Apa2pun think positif, saya yakin mereka boleh bawa tugasan yang diamanahkan.

LAGU KONSERT KE-7

1. Nubhan - Dealova (Once)
2. Riz - Memburu Impian (Kaza)
3. Stanly - Footloose (Kenny Loggins)
4. Toi - Shakilla (Rahim Maarof)
5. Alif - Rozana (Search)
6. Nadia - One Nite Only (Dreamgirls)
7. Stacy - Hati ( Dato' Siti Norhaliza )

Lagu Bonus

1. The Music of the Night - Phantom of The Opera (Barbra Streisand)
2. Medley (Nasi Goreng,Apek & Marjiana,Terbang burung terbang,Si kechik keboom & lagenda)
Diharap mereka akan memberi lebih energy dalam persembahan mereka. Agak tertarik juga apabila Datuk Ahmad Nawab memberi komen di dalam akhbar mengenai barisan Juri AF yang seolah2 tahu segala2nya; sedangkan mereka tidak benar2 faham apa yang mereka kritik. Adalah tidak relevan apabila pengkritik mengkritik penampilan lebih daripada teknik vokal. Sekiranya mereka kata salah, mereka seharusnya menunjuk ajar pelajar bagaimana sebetulnya. Bukan main hentam saja.

Dalam Metro Ahad baru-baru ini, Seniman Negara 2006 yang juga pemuzik veteran, Datuk Ahmad Nawab menegur dan mengkritik kredibiliti juri Akademi Fantasia (AF). Katanya, juri dalam AF hanya pandai cakap saja, tetapi mereka sendiri tidak tahu atau kurang faham dengan butir-butir yang dikeluarkannya. Kita sendiri selalu mendengar juri dalam AF cakap mengenai ‘pitching’, ‘bar’, ‘bridge’, ‘tone’ dan sebagainya. Tetapi pada masa sama mereka tidak memberitahu atau menunjukkan apa itu ‘pitching’. Kalau pelajar dalam AF itu dikatakan ‘picthing’ salah, tunjukkan di mana kesalahan itu, dan macam hendak perbetulkan. Jangan bagi teguran macam hendak marah atau nak tunjuk garang tidak tentu pasal. Akhirnya, silap gaya semua juri dalam AF itu nanti boleh disamakan dengan perumpamaan ketam mengajar anaknya berjalan betul sedangkan dirinya pun masih berjalan senget. Kata Ahmad Nawab lagi, dalam hal ini, pelajar yang menjadi mangsa dalam mengejar populariti sesebuah program seperti AF.
( petikan akhbar Berita Harian 30/4/08 )
Diharap Juri2 dapat mengambil komen Datuk secara positif.

Cuba lihat bagaimana barisan Juri AMERICAN IDOL , mereka begitu santai dan tidak emosional. Bukan macam Juri AF, apa yang dibuat semuanya tak kena. Pejam mata salah, angkat tangan salah, tak tengok kamera salah, ekspressi muka salah dan semua salah. Ini lah punca pelajar jadi bingung, nervous, dan mental block bila naik pentas. Pelajar2 dah teragak-agak nak buat apa di atas pentas. Bila kita tengok Diari, Cikgu dah ajar apa yang betul, malangnya apabila berdepan dengan Juri, mereka kata salah, ini lah yang buat pelajar2 jadi confused!

** Kesian Mama Rina tersingkir! Adakah penyingkirannya kerana faktor umur?
( gambar ehsan dari mr.manager.blogspot.com)


Monday, April 28, 2008

Contohi Juri AF Indonesia


Saya rasa, ramai orang bersependapat bahawa konsert ke-6 ada peningkatan yang ketara walaupun ada 2, 3 orang peserta yang lupa lirik. Mungkin lagu2 yang dibawa adalah mesra-telinga menyebabkan konsert tersebut tidak sehambar sebelum ini. Kritikan Juri pun berpada dan saya amat suka dengan kritikan Adnan yang begitu praktikal. Ini lah yang kita mahukan, bukan kritikan yang mengaibkan pelajar.


Saya pernah menonton Konsert AF Indonesia, bukan sahaja pelajarnya terdiri dari pelajar2 universiti yang mengambil jurusan Jurutera, doktor dsbnya, malah mereka mempunyai vokal yang begitu mantap sekali. Semasa konsert, para Juri begitu peka dengan teknik vokal bukan mengkritik benda yang bukan2 sebagai contoh, kesesuaian baju. Kenapa harus kritik baju? Bukan pelajar yang memilih baju tersebut. Kalau hendak mengkritik baju elok terus kepada Astro bukan semasa konsert berlangsung. Ini membuang masa. Apa yang pelajar hendak tahu ialah kelemahan persembahan mereka. Selain itu Juri banyak mengkritik gaya persembahan, posture badan dan cara berinteraksi. Itu semua telah dipelajari semasa di Akademi. AF Indonesia seperti yg dinyatakan tadi kebanyakan Juri menegur baris2 yang sumbang, dan terus mengajar teknik yg sepatutnya diaplikasikan. Sebab itu ketika Hetty Koes Endang menggunakan masa yg lebih semasa mengkritik, malangnya disekat oleh AC. Inilah kelemahan yang patut Astro beri perhatian.




Berikut adalah penilaian dari kacamata saya sebagai pemerhati.
Carta Pilihan Jefbuj :
1. STACY ( 8/10 )
Mantap, power & bijak mencari kelebihan diri & ditonjolkan melalui persembahan.

2. RIZ ( 7.5/10 )
Penuh keyakinan walaupun terkucil sedikit dibahagian tinggi, suara gemersik.

3. NADIA ( 7/10 )
Banyak energy dan pandai mengawal vokal.

4. ALIF ( 6/10 )
Persembahan terbaik berbanding minggu2 lepas, tapi nampak kekok berduet dgn Farah.

5. STANLY ( 5.5/10 )
Persembahan lebih baik dari konsert sebelum ini. Stanly harus belajar melenggokkan suara.

6. MAMA RINA ( 5/10 )
Tiada masalah dari segi vokal, mungkin disebabkan faktor usia beliau tidak popular.

7. TOI ( 3/10 )
Toi sudah nampak seperti tidak bersemangat utk meneruskan perjuangan. Nampak dari riak muka.
8. NUBHAN ( 3/10 )
Over confident menyebabkan tempo lari dan kadang2 pitching ke laut.

Saya tetap menjangkakan Stacy, Nadia & Riz bakal ke final. Alif & Nubhan kena kerja keras lagi. Stanly & Toi harus berhati2 kerana populariti mereka tergugat disebabkan tidak ada konsistensi.

Persandingan Khai & Rosma di awal konsert, sedikit sebanyak memberi impak kepada konsert kali ini. Kesian Stanly bila kain sampinnya terlondeh semasa menari. Sepatutnya Stanly berlagak selamba & betulkan sampin itu. Baru nampak professional. Kesimpulannya, konsert ke 6 telah menunjukkan sedikit kematangan. Semoga konsert yang bakal diadakan di Istana Budaya minggu ini memberi suntikan baru kepada semua pelajar.

** gambar ihsan dari mr.manager.blogspot.com