I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, January 29, 2010

BIODATA RASULULLAH SAW

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

BIODATA RASULULLAH SAW ·

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. ·
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Ab rahah yang menyerang kota Kaabah). · Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah. ·
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. ·
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf. ·
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW). ·
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab). ·
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN · Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN · Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). · Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN · Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. · Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun). · Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.. · Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN · Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. · Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN · Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. · Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. · Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. · Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN · Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. · Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. · Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul- Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN · Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN · Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. · Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN · Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
§ Khadijah Binti Khuwailid. § Saudah Binti Zam'ah. § Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar). § Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab). § Ummi Habibah Binti Abu Sufyan. § Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah). § Zainab Binti Jahsy. § Maimunah Binti Harith. § Safiyah Binti Huyai bin Akhtab. § Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin)..

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim 2. Abdullah 3.. Ibrahim 4. Zainab 5. Ruqaiyah 6. Ummi Kalthum 7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN 1. Thuwaibah 1. Hamzah 2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN 1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib 2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza 3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza 4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH

(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith 2. Muqawwam 3. Zubair 4. Hamzah *** 5. Al-Abbas *** 6. Abu Talib 7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza) 8. Abdul Ka ' bah 9. Hijl 10. Dhirar 11. Umaimah 12. Al-Bidha (Ummu Hakim) 13. Atiqah ## 14. Arwa ## 15. Umaimah 16. Barrah 17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam)

*** *** Sempat masuk Islam. ## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )


اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Saturday, January 16, 2010

MEMORI DI RIHGA ROYAL HOTEL MIRI

Lela, Sue & saya
Bersama Jeda, budak KL, tapi kerja kat Miri, tapi sekarang dah tinggal kat Australia.

Masa bekerja di RIHGA Royal Hotel . Saya yang buat PEACE tu...


Gambar ni dikirim oleh Staff lama semasa saya bekerja di RIHGA ROYAL HOTEL, MIRI . Gambar ni kalau tak silap diambil pada tahun 1997 & 1995. Wah slim giler saya masa tu! Yelah masa muda-muda gitu! Apa-apapun terima kasih pada Mariani & Suhana kerana memberi gambar yang penuh kenangan ini!

Friday, January 15, 2010

KURSUS BUDAYA KETRAMPILAN DIRI @ RH HOTEL, SIBU

Sibu Town Square

Sibu Town
Wisma Sanyan
RH Hotel

Room 1102
Banner
Bilik Seminar
Table Setting Public Speaking

Customer Service
Grooming
Muazzan - Best Speaker [ public speaking ]
Peserta SCORE 2010
Setelah mengadakan kursus di Bintulu minggu lepas, saya telah ke Sibu untuk mengajar kursus yang sama di RH Hotel. Kalau di Bintulu saya hanya mempunyai 20 orang peserta yang terdiri daripada Usahawan, di Sibu saya mempunyai lebih ramai peserta iaitu seramai 60 orang. Mereka terdiri dari lepasan sekolah, belia yang masih belum mempunyai kerja tetap dan usahawan. Mereka datang dari beberapa daerah kecil di Bahagian Sibu iaitu Mukah, Oya, Belawai, Matu & Bruit.
Antara Modul yang saya ajar adalah :
  • Self Image
  • Grooming
  • Table Manner
  • Public Speaking
  • How to Attend Interview
  • Customer Service
  • Communication
  • Public Relation

Semasa berkursus, banyak pekara yang mereka pelajari seperti membentuk personaliti diri, cara berjalan & duduk dengan betul, etika berpakaian, etika di meja makan, cara berkomunikasi dengan betul dan sebagainya.

Di akhir kursus mereka telah diuji untuk berucap di hadapan semua peserta. Walaupun sesetengah peserta kurang berpengalaman, namun mereka semua telah berjaya membuang sifat gugup dan pemalu yang sentiasa membelenggu diri mereka selama ini. Salah seorang peserta dari Oya iaitu Saudara Muazzan telah berjaya menjadi peserta terbaik kerana begitu yakin dengan diri, petah bercakap dan pandai mengusik hati semua peserta.

Kursus peringkat ke dua akan diadakan pada bulan April nanti untuk peserta-peserta yang lain pula.


JANGAN! JANGAN! JANGAN!

Jangan, jangan dan jangan
Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Tuesday, January 12, 2010

KREATIVITI


Apabila anda bosan di KFC sorang-sorang samada tunggu member yang tak sampai-sampai atau tunggu anak yang bz main , apa kata anda bermain-main dengan tulang ayam KFC tu. Pastu jangan lupa basuh tangan pakai sabun.

Saturday, January 09, 2010

KURSUS SCORE @ PARKCITY EVERLY HOTEL, BINTULU
















Tanggal 6-8 Januari 2010 , saya telah ditawarkan untuk mengajar kursus Budaya Keterampilan Diri untuk usahawan-usahawan Bumiputera di Parkcity Everly Hotel, Bintulu. Kursus ini adalah anjuran bersama LKIM & SIRIM di bawah projek SCORE SARAWAK.
Antara Modul-modul yang saya ajar adalah :
1. Keterampilan Diri
2. Etika Berpakaian
3. Etika di Meja Makan
4. Etika Temuduga
5. Pengucapan Awam
6. Perkhidmatan Pelanggan
7. Komunikasi
8. Perhubungan Awam

Kursus ini bertujuan untuk memberi kesedaran yang tinggi serta membangkitkan kekuatan personaliti seseorang dan menaikkan tahap produktiviti seseorang pekerja. Antara objektif kursus ini adalah :

1. Memahami kepentingan aspek keterampilan diri.
2. Mempelajari cara membina imej yang professional.
3. Memahami etika di meja makan.
4. Memahami cara memilih pakaian yang sesuai mengikut kesesuaian tempat dan acara.
5. Mengetahui tips penting apabila menghadapi temuduga
6. Mempelajari tips untuk pengucapan awam yang baik.
7. Mempelajari cara berkomunikasi dengan betul.
8. Menanam sikap jati diri pada diri masing-masing.

Sepanjang kursus berlangsung, banyak aktiviti telah dijalankan, antaranya :

- Cara berpakaian dgn betul, cara mengikat tali leher, cara duduk, berjalan, bercakap dll

- Menyediakan meja makan mengikut etika barat. Cara makan dengan betul turut diajar.

- Latihan mendengar dan melihat dengan teliti. Praktikal ditemuduga secara professional.

- Bahasa badan

Di akhir kursus, peserta telah diuji untuk membuat pengucapan awan [ public speaking ]selama 3 - 5 minit dengan tajuk ' Saya Yang Baru - 2010 '. Saya amat terharu apabila hampir semua peserta telah berjaya melakukannya dengan baik. Malah ada sesetengah peserta yang menangis kerana terharu kerana dapat melawan rasa malu dan kurang keyakinan diri.

Pandangan saya, walaupun mereka hanya belajar selama 2 hari, sekurang-kurangnya mereka telah berjaya mengatasi perasaan kurang yakin dan gugup yang membelenggu mereka selama ini apabila berhadapan dengan orang ramai yang terdiri dari pelbagai latarbelakang.

Harapan saya, selepas ini mereka akan lebih bersedia dan mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menjadi seorang Usahawan yang berjaya!

Friday, January 01, 2010

HAPPY BIRTHDAY WAWAN 010110


Uncle ucapkan Selamat Hari Jadi yang ke 15 tahun buat Wawan... semuga panjang umur dan murah rezeki! Tahniah juga atas pencapaian cemerlang Wawan mendapat 8A dalam PMR tahun lepas!

Fesyen Rambut 2010





WOW ! Best nya rambut anak saya si Daniel ni! Fesyen tahun baru ke? Tapi tak boleh bawak pergi sekolah tau! Nanti kena tenyeh jambul punk dengan cikgu.
Rambut ni Uncle Moss yang dandan ( Abang Moasili ) alah pembaca berita RTM 1 tu! Bukan main lagi Uncle Moss dia mendandan rambut si daniel tu!
Amacam? OK tak????




Thursday, December 31, 2009

BYE BYE 2009 WELCOME 2010






Saya ucapkan Selamat Tahun Baru untuk semua pembaca blog ini. Apa azam u all semua? Bagi diri saya, saya berharap agar impian untuk memiliki perniagaan sendiri akan tercapai. Buat masa ini nak fokus dengan kerjaya sebagai Penceramah Bebas. Buat duit dulu baru pk pasal bzness. Apa kah bentuk bzness tu saya tak nak cerita dulu...... nantilah kalau dah beroperasi baru saya bagitahu.
Okay...... semuga anda semua berbahagia , dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki... AMIN!

Friday, December 25, 2009

MERRY CHRISTMAS 2009

To All My Christians Friends

May the good times and treasures of the present become the golden memories of tomorrow. Wish you lots of love, joy and happiness. MERRY CHRISTMAS.