I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, December 04, 2009

KURSUS HOMESTAY BERJAYA @ ROM'S HOMESTAY. KUCHING










Kursus Homestay Berjaya

  • 24-25 November 2009
  • 35 orang peserta dari Kota Samarahan, Spaoh, Igan dan Kuching termasuk pelajar2 dari ICATS.
  • Anjuran Jabatan Ketua Menteri, PPKS & MUDT.
  • Kursus pengenalan untuk mereka yang berminat untuk menjalankan perniagaan Homestay.
  • Kelas memasak semestinya mendapat sambutan hebat. Menu hari itu Sup jagung berketam, Udang Berlada dan Ayam Kerisek.
  • Kak Romlah atau Kak Rom tuan punya Rom's Homestay merupakan seorang usahanita berjaya juga sahabat baik saya telah sama-sama memberi ceramah pada hari tersebut.
  • 3 lagi kursus serupa yang sepatutnya diadakan di Limbang, Bario dan Lawas terpaksa saya tolak kerana jadual yang bertindih dengan kursus yang telah saya confirmkan dengan penganjur yang lain.
  • Bagi peserta dari bandar berkenaan, sabar ye, kita akan cuba buat pada tahun hadapan.

Thursday, December 03, 2009

PENYAMPAIAN SIJIL KEPADA PESERTA @ TANAHMAS HOTEL, SIBU










KURSUS PEMANTAPAN HOMESTAY @ HOTEL TANAHMAS SIBU















  • Kursus dijalankan pada 18-21 November bertempat di Hotel Tanahmas, Sibu
  • 25 orang peserta
  • Anjuran Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak
  • Kursus adalah untuk peserta2 yang telah menjalankan perniagaan Homestay.
  • Peserta juga terdiri dari ahli-ahli Dewan Usahawan Bumiputra Sarawak.
  • Salah seorang peserta adalah Saudara Nai bekas vokalis kumpulan Dinamik yang popular dengan lagu 'lelengau' yang top pada tahun 80an & 90an dulu.
  • 9 buah modul telah dibentangkan.
  • Kursus Pemantapan seterusnya akan diadakan di Bintulu & Mukah.

Raya Haji @ Sibu

Satu keluarga bahagia!!!!
Shahira, Syasya, Shikin, Aqila & Eisha

Anak saya si Daniel, anak saudara Azri ( belajar Engineering kat Penang & Azwan ( tengah tunggu keputusan PMR, boleh ekot result abg azri tak 8A ??? )


Selamat Hari Raya Aidiladha, walaupun agak terlambat. Lama sangat dah tak up date blog. Sibuk memang sibuk ye lah siri ceramah belum habis dari bulan Oktober lagi. Hujung bulan Januari depan baru boleh rehat. Masalah sebenarnya Laptop ni yang meragam. Dah berumurlah tu... kalau tak silap dah hampir 5 tahun. Bila laptop meragam nak upload semua gambar2 dari folder semua tak boleh. Tu yang membuatkan saya tak boleh nak posting apa-apa dalam blog. Maaf ye!

Bila dah hantar reformat kat kedai, talian Celcom pulak meragam sepanjang 2 minggu lepas. Broadband pun kurang berfungsi! Takpelah.... semua tu dah berlalu. Sekarang bolehlah nak sambung tulis blog lagi.

Raya Haji lepas, best sangat! Mana tidaknya, semua kami adik beradik balik Sibu. My sister kat Labuan & KL balik beraya. Meriahlah rumah dengan anak saudara.

Selepas beraya di Sibu kami beraya pulak di rumah saudara di Sarikei yang kebetulan cousin saya naik rumah baru. Buat kendurilah! Tau tak, kita tak jemput sesiapapun cuma Tuan Imam baca doa, selebihnya saudara sendiri yang cecah hingga 40 orang! Bestnya sekali sekala begini.

Gambar di atas adalah gambar masa raya haji lepas. Kebetulan pulak camera saya lowbat dan terus takleh nak ambil gambar byk2. Yang sempat 4-5 keping je... tu pun gambar blur!!
So saya letak sinilah untuk tatapan semua.

Jumpa lagi!

Tuesday, November 10, 2009

ROADTOUR - Ceramah & Kursus Jefbuj

Nampaknya mulai minggu hadapan saya akan sibuk membuat ceramah dan kursus di serata Sarawak. Terdapat beberapa organisasi telah menjemput saya menjadi penceramah mereka. Antaranya Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, KL, Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak, Jabatan Ketua Menteri Sarawak, SCORE dan Kementerian Pembangunan Bandar & Pelancongan. Sila rujuk kepada jadual di bawah :
1. Tanah Mas Hotel, Sibu [ 18-21 November 2009 ]
2. The Regency, Bintulu [ 23 - 25 November 2009 ]
3. Mega Hotel, Miri [ 6 - 9 Disember 2009 ]
4. Kingwood Resort, Mukah [ 10 - 13 Disember 2009 ]
5. Homestay Bukit Siol, Kuching [ 21 - 24 Disember 2009 ]
6. The Regency, Bintulu [ 12 - 13 Januari 2010 ]
7. RH Hotel, Sibu [ 19-20 Januari 2010 ]
8. Kingwood Resort, Mukah [ 26 - 27 Januari 2010 ]
9. The Regency, Bintulu [ 12 - 13 April 2010 ]
10. RH Hotel, Sibu [ 19 - 20 April 2010 ]
11. Kingwood Resort, Mukah [ 26 - 27 April 2010 ]
Sebenarnya ada beberapa lagi esiri ceramah yang belum CONFIRM lagi kerana tarikh ceramah2 tersebut telah bertindih dengan tarikh di atas dan pihak penganjur telah meminda tarikh2 yang telah dicadangkan.
Bagi kengkawan lama yang tinggal di bandar2 tersebut jumpa saya di sana !!!!!!

Tuesday, October 20, 2009

BA'KALALAN PENUH KEJUTAN !

Saya minta maaf sebab dah seminggu lebih tak update blog ni sebab saya telah ke Ba'kalalan iaitu sebuah penempatan Kaum Lun Bawang ia itu salah satu dari 20 lebih kaum ethnik Sarawak. Ba'kalalan yang terletak di utara Sarawak iaitu di Lawas terletak lebih 3000m dari paras laut dan semestinya Ba'kalalan mempunyai cuaca yang dingin di bawah 20C.
Saya telah dijemput untuk memberi kursus Homestay kepada lebih 30 orang penduduk Ba'kalalan. Dari Kuching kami berangkat ke Miri dan bermalam di Miri. Di Miri saya telah membeli barang keperluan dapur untuk kelas masakan saya. Saya telah diberitahu yang barangan di Ba'kalalan begitu tinggi. Ye lah semua barangan di angkut menggunakan pesawat Fire Flies dan semestinya kos pengangkutan amat tinggi.
Saya difahamkan untuk mengisi tangki gas untuk memasak adalah RM120.00 !!! Akan tetapi baru-baru ini atas subsidi kerajaan ia telah menurun kepada RM75.00. Ini pun mahal kalau nak dibandingkan di Kuching yang hanya RM 24.50 sahaja. Kalau harga gas mahal, bayangkan pulak harga barangan makanan lain.
Maaf sebab sekarang saya berada di Cyber Cafe so tak dapat nak sertakan gambar2 menarik untuk tatapan pembaca. Insyallah, saya akan kongsikan shot-shot menarik untuk kita berkongsi bersama betapa negara kita kaya dengan khazanah alam semulajadi!
Antara bahan cerita yang akan saya ceritakan adalah :
  • Ladang epal & strawberry
  • Kursus Homestay
  • Kursus masakan
  • Kuda di Ba'kalalan
  • Berjalan di RUNWAY lapangan terbang! Boleh ke?
  • Sambutan meriah pihak sekolah dengan menumbangkan seekor kerbau!
  • Merarap Hotspring
  • Meredah jalan balak selama 8 jam
  • Makan malam di Seafood Kota Kinabalu

dan banyak lagi... jadi...... tunggu lah catitan saya akan datang!

Friday, October 09, 2009

ULTRAMAN VS ULTRA BOY


Penat seharian bermain Ultraman, anak saudara saya Farish atau I'ish kepenatan dan tertidur di bilik saya. Hai...... tak kan lah tidur-tidurpun nak berULTRAMAN !!! So saya namakan shot ini sebagai ULTRABOY !!!

Thursday, October 08, 2009

BANDAR SRI AMAN





Semasa menghantar emak dan daniel balik ke Sibu minggu lepas, kami sempat singgah ke Bandar Sri Aman kira-kira 3 jam perjalanan dari Kuching. Sebelum ini Sri Aman dikenali dengan nama Simanggang. Pada tahun 70an Simanggang banyak pengganas iaitu Komunis, tetapi apabila pihak komunis telah di sapu bersih oleh askar kita masa tu, Simanggang telah menjadi aman tenteram. Bagi merayakan kemenangan itu maka nama Simanggang telah di tukar kepada nama Sri Aman hinggalah sekarang.
Setelah hampir 9 tahun saya tidak singgah di Bandar Sri Aman, arus pembangunan telah membanjiri bandar itu. Banyak bangunan rumah kedai dan juga taman2 perumahan yang tumbuh bagai cendawan lepas hujan.
Saya amat tertarik dengan monumen atau tugu yang terletak di Bulatan bandar Sri Aman yang berbentuk replika Burung Merpati yang melambangkan keamanan. Bila melihatnya terasa sangat aman di hati!! Daniel tak melepas peluang untuk bergambar di monumen tersebut.


Wednesday, October 07, 2009

Bangunan DUN di malam Aidilfitri






Di malam aidilfitri lepas, kami sempat juga ke Waterfront untuk bergambar berlatarbelakangkan Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang baru dirasmikan pada penghujung bulan Ogos lepas. Memang menakjubkan pemandangannya! Bangunan yang berharga jutaan ringgit itu telah menjadi IKON atau Landmark terkini di Bandaraya Kuching.
Bersebelahan dengan Bangunan DUN adalah ASTANA Negeri Sarawak atau Fort Margaretha yang menempatkan Rajah Brooke semasa zaman penjajahan British dahulu.

Monday, October 05, 2009

KUIH LAPIS SARAWAK


Kalau tak ada Kek Lapis Sarawak, tak berayalah namanya. Walaupun mahal kena beli jugak lah. Nak buat tak reti, so kena beli je lah dengan teman-teman.
Antara Kek Lapis yang saya hidangkan untuk tetamu ialah, Kek Lapis Mint, Kel Lapis Hand draft, Kek Lapis Blueberry, Kek Hati Pari dan Kek Lumut. Rasanya ???? Hmmmm sedap giler!
Dalam pada itu, saya turut hidangkan Kuih Cincin yang dibeli di Kota Kinabalu, agak berbeza rasanya dengan Kuih Cincin dari Sarawak. Yang dari KK lebih rangup & lembut. Sagu dan Sesar Ujur [ udang kering ] makanan tradisi kaum Melanaupun turut terhidang. Kerepek ubi dan Biskut Bawang dari Banting pun ada , adik saya Ija dari Selangor yang kirim.
Wah kira meriahlah kuih muih atas meja saya. Temanya 'hidangan integrasi nasional 1 Malaysia'!