I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, June 22, 2009

MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT

Pesan la kat isteri,suami & anak, baby sitters, sedara2. jgn main taram je beli jajan. contoh apollo, cadbury etc. print code ni simpan dlm wallet atauhenset. refer bila nak beli. smoga Allah menghancurkan kaum2 yg zalim & musyrikin yg cuba menghancurkan Islam. wallahu a'lam
MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT

1E100 16E280 31E434 46E482 2E110 17E300 32E435 47E483 3E120 18E301 33E436 48E491 4E140 19E325 34E440 49E492 5E141 20E326 35E441 50E493 6E153 21E327 36E470 51E494 7E160 22E334 37E471 52E495 23E335 38E472 53E542 9E210 24E336 39E473
54E570 10E213 25E337 40E474 55E572 11E214 26E422 41E475 56E631 12E216 27E430 42E476 57E635 13E234 28E431 43E477 58E904 14E252 29E432 44E478 59E920 15E270 30E433 45E481

Yg jelas nye...pringles pun ader gak lemak menatang ni...kl xcaya tgk ader E471 kt ingredients nya tu...mmg patut lah Allah turunkan bala virus influenza tu.... Xheran lah kl skg ni ramai sgt samseng, yg muda, yg tua..laki..pompuan....sama jer....solat yg wajib main tinggal jer..doa pun byk yg tak termakbul ekoran makanan2 seperti ni yg jadi darah daging...nauzubillah.. caner nak lahirkan lebih ramai islam yg betul2 'muslim'... dari kecik dah disuapkan dgn makanan2 mengarut ni... yg heran nya caner leh ader tanda HALAL bg makanan2 tersebut? Bijaknya org2 kafir memperdayakan org2 islam hanya dgn makanan....Kebijaksanaan mereka xkan kekal lama... Tp...ingatlah suatu masa yg telah ditetapkan oleh Allah swt, org2 mukmin akan bangkit jua...

Sunday, June 21, 2009

SELAMAT HARI BAPA

Walaupun ayah telah kembali ke rahmatullah 5 tahun lalu, namun memori bersama ayah tidak pernah padam. Tanpa ayah, saya tidak akan berada di dalam tahap sekarang.
Kesempatan ini saya ambil untuk mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua bapa2 di dunia ini. Sayangilah bapa anada sementara mereka masih ada.
Al Fatihah untuk ayahanda Hj.Bujang Soleiman Siong.

Saturday, June 20, 2009

KEDONDONG CAN CURE CANCER


In Malay it is known as buah kedondong. It is known as Ambla in Penang. Amla fruit, often referred to as Indian gooseberry, is one of the richest known sources of vitamin C it contains 30 times the amount found in oranges making it useful for treating throat and respiratory tract infections.. It is regarded as sacred by Indian and Tibetan healers who believe it has special anti-ageing and immune enhancing properties. Traditionally, healers have used the dried fruit to help overcome a wide range of problems like indigestion, fever, liver problems and anaemia. Not only is amla fruit revered by Ayurvedic (ancient Indian) practitioners, extensive research is revealing that it is beneficial in preventing and treating many conditions including stress, hay fever, arthritis, cataracts, and even cancer. Amla is proving a useful tool in the fight against cancer Chinese researchers have discovered that amla fruit is a rich source of therapeutic chemicals, including quercetin (which is also found in apples), gallic and ellagic acids (found in green tea), and other less well-known ones such as chebulinic acid, chebulagic acid, corilagin, and isostrictiniin (Zhongguo Zhong Yao Za Zhi. 2003 Oct;28(10):940-3). All of these chemicals are powerful antioxidants, which help protect you from harmful free radicals that can increase the risk of a wide range of serious diseases including cancer.

Friday, June 19, 2009

HIKMAH SUJUD

Sujud lega sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahansetiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika
bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya.

Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir
dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan danmengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempatasalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut(convulsions).
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di
hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran
darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkanmentality seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Thursday, June 18, 2009

Pengalaman Melancong ke Kuching



BANDARAYA KUCHING, ibu negeri Sarawak ialah antara bandaraya paling bersih di dunia dan pernah memenangi Healthy Cities 2004 oleh WHO. Di mana-mana bandar kecil pun di Sarawak yang pernah saya kunjungi seperti Miri, Bintulu, Sri Aman, Sibu, Serian, Sarikei dan lain-lain lagi, memang tidak dinafikan Sarawak adalah negeri yang paling bersih di Malaysia. Malahan, jika dibandingkan dengan KL dan lain-lain bandar di Malaysia, Kuching adalah jauh lebih bersih.
Penerbangan dari KLIA ke KIA (Kuching International Airport) mengambil masa 1 jam 40 min dengan pesawat Boeing (tetapi 1 jam 20 min dengan pesawat Airbus MAS). Dari KIA ke pusat bandar (lebih kurang 11 km) tambang teksi adalah RM17.50 (teksi di Kuching adalah antara yang paling mahal di Malaysia - RM4 bagi 1km pertama).
Jika anda berkunjung ke Kuching, banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Kuching Waterfront adalah antara tarikan utama yang terdapat di Kuching. Selain keindahan Sungai Sarawak, kita boleh menikmati pemandangan bot-bot kecil (dan boleh dinaiki dengan tambang yang sangat murah) di situ serta melihat aliran air sungai yang bersih (walaupun tidaklah begitu jernih airnya). Kuching Waterfront juga adalah tempat tumpuan penduduk tempatan berkumpul untuk riadah bersama keluarga. Namun, anda perlu berhati-hati di sini terutamanya pada waktu malam kerana banyak penyeluk saku berkeliaran.
Bersetentangan dengan Kuching Waterfront itu, terdapat banyak deretan kedai yang menjual pelbagai jenis kraf yang saya pasti anda akan rambang mata untuk memilihnya. Daripada tikar Sarawak yang popular kepada hasil temikar yang beraneka bentuk seperti pasu, patung kucing dan sebagainya, semuanya ada ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Begitu juga dengan hasil-hasil kraf lain seperti hasil ukiran yang berbentuk budaya aninisma penduduk tempatan seperti kaum Dayak dan Iban juga banyak dijual di sini. Hotel Hilton, Crowne Plaza dan Holiday Inn adalah pilihan yang paling tepat jika anda ingin menikmati suasana pemandangan yang sangat menarik di samping untuk membeli-belah.

Wednesday, June 17, 2009

KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN & KHIDMAT PELANGGAN @ LUNDU








Semalam, saya telah mendapat jemputan dari MAJLIS DAERAH LUNDU untuk memberi kursus di pekan Lundu kira-kira 75 KM dari bandaraya Kuching.

Perjalanan kursus bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan Iban menghadiri kursus tersebut. Kursus ini adalah wajib untuk semua pengendali makanan terutama yang menjalankan perniagaan gerai makan dan restoran.


Antara tajuk yang dibentangkan adalah :

1. Food Poisoning & Food Contamination

2. Food Protection

3. Personal Hygiene

4. Food Preparation & Storage

5. Work Ethics & Laws

6. Food Quality Control

7. Customer Service.


Di akhir kursus tersebut semua peserta diberikan sijil untuk membuktikan mereka telah lulus kursus tersebut dan layak untuk menjalankan perniagaan makanan.


** Maaf gambar kurang baik & insyallah setelah saya mendapatkan shot-shot terbaik dari Majlis Daerah akan saya kongsikan bersama.



Tuesday, June 16, 2009

KENTUT

1. Dari mana asal kentut?
Dari gas dalam usus. Gas dalam usus berasal dari udara yg kita telan, gas yang menerobos ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia dan gas dari bakteria dalam perut.

2. Apa komposisi kentut?
Bervariasi. Makin banyak udara anda telan, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dari udara diaserap oleh tubuh sebelum sampai di usus). Adanya bakteria serta reaksi kimia antara asam perut dan cairan usus menghasilkan karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan metana dan hidrogen. Propors masing-masing gas tergantung apa yang anda makan, berapa banyak udara tertelan, jenis bakteria dalam usus, berapa lama kita menahan kentut. Makin lama menahan kentut, makin besar proporsi nitrogen, kerana gas-gas lain terserap oleh darah melalui dinding usus. Orang yang makannya tergesa-gesa kadar oksigen dalam kentut lebih banyak kerana tubuhnya tidak sempat menyerap oksigen.

3. Kenapa kentut berbau busuk?
Bau kentut kerana kandungan hidrogen sulfida & merkaptan. Kedua bahan ini mengandung sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin banyak sulfida & merkaptan diproduksi oleh bakteri dalam perut & makin busuklah kentut anda.. Telur & daging mempunyai peranan besar dalam memproduksi bau busuk kentut. Kacang-kacang berperanan dalam memproduksi volume kentut bukan dalam kebusukannya.

4. Kenapa kentut menimbulkan bunyi?
Kerana adanya vibrasi lubang `anus` saat kentut diproduksi. Kerasnya bunyi bergantung pada kecepatan gas.

5. Kenapa kentut yg busuk itu hangat & tidak berbunyi?
Salah satu sumber kentut adalah bakteria. Fermentasi bakteria & proses pencernaan memproduksi panas, hasil sampingannya adalah gas busuk. Ukuran gelembung gas lebih kecil dan hangat dengan produk metabolisme bakteria yg berbau busuk. Ini kemudiannya menjadi kentut, walau hanya kecil volumenya,tapi SBD (Silent But Deadly)

6. Berapa banyak kentut diproduksi sehari?
Rata-rata setengah liter sehari dalam 14 kali kentut.

7. Mengapa kentut keluar melalui lubang dubur?
Kerana density-nya lebih ringan, kenapa gas kentut tidak melakukan perjalanan ke atas? Tidak demikian. Gerak peristaltik usus mendorong isinya ke arah bawah. Tekanan di sekitar `anus` lebih rendah. Gerak peristaltik usus menjadikan ruang mempunyai tekanan, sehingga memaksa isi usus, termasuk gas-nya untuk bergerak ke kawasan yang bertekanan lebih rendah, iaitu sekitar `anus`. Dalam perjalanan ke arah `anus` gelembung-gelembung kecil bergabung jadi gelembung besar. Kalau tidak ada gerak peristaltik, gelembung gasakan menerobos ke atas lagi, tapi tidak terlalu jauh, kerana bentuk usus yg rumit & berbelit-belit.

8. Berapa waktu yang diperlukan oleh kentut untuk melakukan perjalanan ke hidung orang lain? Bergantung kepada kondisi udara, seperti kelembaban, suhu, kecepatan & arah angin, berat molekul gas kentut, jarak antara 'transmitter' dengan 'receiver'. Begitu meninggalkan sumbernya, gas kentut menyebar & konsentrasinya berkurang. Kalau kentut tidak dikesan dalam beberapa detik, bererti ianya mengalami pengcernaan di udara & hilang ditelan udara selama-lamanya. Kecuali kalau anda kentut di ruang sempit, seperti lift, kereta, konsentrasinya lebih banyak, sehingga baunya akan berlegar dalam waktu yang agak lama sampai akhirnya diserap dinding.

9. Apakah setiap orang kentut?
Sudah pasti, kalau masih hidup. Sesaat setelah meninggalpun orang masih boleh kentut.

10. Betulkah lelaki kentut lebih kerap daripada perempuan?
Tidak ada kaitannya dengan gender... Kalau benar, bererti perempuan menahan kentutnya, & apabla mahu kentut, banyak sekali jumlah yg dikeluarkan.

11. Saat apa biasanya orang kentut?
Pagi hari di toilet. yang disebut "morning thunder". Kalau resonansinya bagus, boleh didengar di seluruh penjuru rumah.

12.. Mengapa makan kekacang menyebabkan banyak kentut?
Kekacang mengandung zat gula yg tidak boleh dicerna tubuh. Gula tersebut (raffinose, stachiose, verbascose) jika sampai di usus, bakteria di usus berpesta & membuat banyak gas. Jagung, kubis, susu juga penyebab banyak kentut (bukan baunya!).

13. Selain makanan, apa lagi penyebab kentut?
Udara yang tertelan, makan terburu-buru, makan tanpa dikunyah, minum `soft drink`, naik pesawat udara (kerana tekanan udara lebih rendah, sehingga gas di dalam usus mengalami ekspansi & muncul sebagai kentut).

14. Apakah kentut sama dengan sendawa, tapi muncul dari lain lubang?
Tidak... sendawa muncul dari perut, komposisi kimianya lain dengan kentut. Sendawa mengandung udara lebih banyak, kentut mengandung gas yang diproduksi oleh bakteria lebih banyak.

15. Kemana perginya gas kentut kalau ditahan tidak dikeluarkan?
Bukan..tetapi diserap oleh darah, bukan hilang kerana bocor..Tapi bermigrasi ke bahagian atas menuju usus & pada gilirannya akan keluar juga.. Jadi bukan lenyap, tapi hanya mengalami penundaan.

16. Mungkinkah kentut terbakar?
Boleh saja. Kentut mengandung metana, hidrogen yg combustible (gas alam mengandung komponen ini juga). Kalau terbakar, nyala-nya berwarna biru kerana kandungan unsur hidrogen.

17. Bolehkah menyalakan mancis dengan kentut?
Jangan mengada-ada... konsistensinya lain.. Juga suhunya tidak cukup panas untuk memulakan pembakaran.

18. Mengapa kentut anjing & kucing lebih busuk?
Kerana anjing & kucing adalah karnivor (pemakan daging). Daging kaya dengan protein. Protein mengandung banyak sulfur, jadi bau kentut binatang ini lebih busuk. Lain dengan herbivor seperti kambing, kuda, gajah, yang memproduksi kentut lebih banyak, lebih lama, lebih kuat bunyinya, tapi relatif tidak berbau.

19. Betulkah pening kepala kalau mencium bau kentut 2-3 kali berturut-turut?
Kentut mengandung sedikit oksigen, mungkin sedikit saja anda mengalami pening kepala kalau mencium bau kentut terlalu banyak.

20. Apakah warna kentut?
Tidak berwarna.

21. Apakah kentut itu asid atau neutral?
Asid, kerana mengandung karbondioksisa (CO2) & hidrogen sulfida (H2S).

22. Apa yang terjadi kalau seseorang kentut di planet Venus?
Planet Venus sudah banyak mengandungi sulfur (belerang) di lapisan udaranya, jadi kentut di sana tidak ada kesannya.

Monday, June 15, 2009

Bananas..... eat the ripe ones!

More stuff on bananas you may not know...

The fully ripe banana produces a substance called TNF which has the ability to combat abnormal cells. As the banana ripens, it develops dark spots or patches on the skin. The more dark patches it has, the higher will be its immunity enhancement quality. Hence the Japanese love bananas for a good reason.


According to a Japanese scientific research, banana contains TNF which has anti-cancer properties. The degree of anti-cancer effect corresponds to the degree of ripeness of the fruit, ie the riper the banana, the better the anti-cancer quality.

In an animal experiment carried out by a professor in Tokyo University comparing the various health benefits of different fruits, using banana, grape, apple, water melon, pineapple, pear and persimmon, it was found that bananas gave the best results. It increased the number of white blood cells, enhanced the immunity of the body and produced anti-cancer substance TNF.

The recommendation is to eat 1 to 2 bananas a day to increase your body immunity to diseases like cold, flu and others. According to the Japanese professor, yellow skin bananas with dark spots on it are 8 times more effective in enhancing the property of white blood cells than the green skin version.

Sunday, June 14, 2009

Cuti Panjang!!!!

Maaf kerana lebih 2 minggu saya menyepikan diri, iaitu sejak dari cuti Gawai lagi saya telah bercuti ke Sibu untuk bersama-sama dengan anak saya Daniel dan keluarga. Semasa bercuti tentu sekali saya tidak mahu privacy saya terganggu. Rasanya sepanjang cuti tu saya tak bukapun laptop ni. Relakkkkkk je kat rumah dan bermain dgn anak saya.
Balik aje dari Sibu, saya teramat sibuk menyediakan bahan2 untuk sesi ceramah saya sepanjang bulan Jun dan Julai nanti. Mulalah mengadap komputer semula! Apa2pun saya puas dengan percutian saya dan sekarang perjalanan hidup kembali normal....
Bagi yang bertanya kemana hilangnya saya di persada siber ni, maaf ya... saya hargai segala keperihatinan semua, insyallah saya akan sedaya upaya meng'up date'kan blog ini walaupun masa saya amat terhad. Assalamualaikum.

Monday, June 01, 2009

SELAMAT HARI GAWAI !!


a

Kepada pembaca setia blog yang menyambut Hari Gawai, saya
mengambil kesempatan untuk mengucapkan

SELAMAT HARI GAWAI

Gayu Guru Gerai Nyamai
Semuga berbahagia di hari yang penuh
kemeriahan bersama keluarga!!!