
Tuesday, April 21, 2009
Monday, April 20, 2009
Hafiz - I believe I can fly 2006
Hafiz sememangnya berbakat. Hafiz menyanyi semenjak dari bangku sekolah lagi. Video ni di ambil ( pakai handfon je ) semasa persembahan Hafiz di Hari Guru tahun 2006 di Sekolah St.Joseph Kuching. Masa ni Hafiz tingkatan lima, nampak kiut pakai baju uniform, kurus sikit & rambut pun tak kembang sangat macam sekarang. Nikmatilah suara bakal Juara AF7 tahun ni..
Sunday, April 19, 2009
Ulasan Konsert ke-6 AF7

Qhaud Pelajar Cemerlang Tetapi Tersingkir !!!!
Itulah realitinya, Qhaud yang menunjukkan persembahan yang paling mantap semalam telah menjadi mangsa tidak professional pengundi yang buta seni, sama seperti nasib Rubisa & Zizi. Sebaliknya Yazid yang yang KONSISTEN SUMBANG di sepanjang 6 konsert AF7 sentiasa mendapat sokongan padu pengundi-pengundi ini. Bilakah transformasi Yazid akan menjadi realiti? Adakah fanclub Yazid akan berjuang berhabis-habisan dengan wang ringgit untuk menJUARAkan Yazid di AF 7?
Yang akan menjadi mangsanya adalah Yazid sendiri. Saya amat faham dengan perasaan Yazid, sebab itulah Yazid rasa DOWN sepanjang 2 minggu ini kerana dia sedar, dia adalah pelajar yang paling lemah di dalam fakulti. Tetapi sifat lurus bendul Yazid telah memancing undi diluar jangka. Walaupun menyanyi dengan tiada emosi, off pitch, pitching out dan kelemahan2 lain tetapi sebaliknya ini tidak menjadi kelemahan di telinga penyokong fanatik Yazid. Mereka tetap mengundi.
Mengapa saya berkata ia akan memalukan Yazid ? Bayangkan kalau Yazid di angkat menjadi juara, bagaimana Yazid hendak menghadapi realiti industri hiburan yang amat mencabar di luar sana? Pastinya Yazid akan menjadi kutukan di media kerana tidak berjaya memberikan persembahan yang baik apabila diundang di mana-mana majlis atau konsert. Akhirnya nasibnya akan seperti juara sebelum ini yang hilang entah kemana kerana atas undi kasihan!! Sepatutnya Yazid yang keluar semalam bukan Qhaud.
Well, nasi telah menjadi bubur, Qhaud tidak sepopular Yazid dan mungkin tidak menonjol dari segi personaliti walaupun mempunyai vokal yang mantap dan tidak pekak nada. Lepas ni siapa pulak yang menjadi mangsa? Mungkin Aishah dan Claudia ! Kita tunggu dan lihat.
LAGU BONUS ( I Want To Break Free / Queen & What I've Done / Linkin Park )
Saya rasa sepanjang konsert berlangsung semalam, ada sesuatu yang tidak kena pada sistem bunyi. Bunyi macam tenggelam timbul dan seolah2 microphone tidak berfungsi dengan baik. Semasa lagu bonus, bunyi muzik lebih nyaring dari vokal pelajar. Pada saya tiada apa yang menarik dengan lagu bonus ini. Nampak masing2 berusaha namun suara mereka tidak blend dengan muzik.
LAWAK JOZAN
Keletah Johan dan Azizan amat mencuit hati. Ini gimik yang terbaik sepanjang konsert AF7. Mereka ni gila, selamba, poyo tapi brilliant ! Mereka benar2 pandai memanfaatkan masa yang singkat tapi memberi lawak yang padat dengan unsur komidi. Tahniah JOZAN !
PENILAIAN PERSEMBAHAN PELAJAR :
AKIM ( Aurora / Estranged )
Kenapa dengan Akim? Semasa sesi latihan di akademi persembahan Akim amat bagus sekali. Tetapi persembahan semalam boleh dikatakan kurang menyerlah sebab suara Akim langsung tidak blend dengan muzik. Key yang Akim guna tidak sama dengan key muzik yang dimainkan. Akim nampak terlalu bersungguh-sungguh tetapi tidak memberi hasil yang diharapkan. Dari segi persembahan amat bagus sebab Akim bijak menggunakan ruang pentas, malangnya tahap persembahan Akim jauh ketinggalan dengan standart konsert ke-6 ini. Malah persembahan Akim dalam konsert2 sebelum ini jauh lebih baik.
5.5/10
ARIL ( Yang Pernah / Estranged )
Persembahan memang tip top! Energetic, pandai berinteraksi dengan penonton di dewan tetapi tidak kepada penonton di rumah. Aksi slide, terbaring, terlentang, mengereng memang VASS tapi OVER DOING! Ia tidak sesuai untuk dilakukan di pertandingan sebegini. Bila tenaga terlalu banyak digunakan lama kelamaan Aril jadi PANCIT dan telah mengganggu vokal Aril. Projection suara Aril tidak begitu kuat dan tidak stabil. Kalaulah Aril pandai menjaga stamina dengan tidak terlalu fokus dengan gerak tari mungkin Aril boleh memberi lebih baik dari semalam.
6/10
HAFIZ ( Pak Belalang / Kristal )
Persembahan Hafiz tidak sehebat persembahan sebelum ini. Mungkin lagu ini kurang mesra telinga dan tidak sebagus lagu2 pelajar lain. Masalah micophone menyebabkan low note Hafiz kurang kedengaran. Persembahan tetap mantap dan Hafiz boleh dikatakan pandai menari. Gesture serta pergerakan tubuh badan selari dengan muzik dan gabungan suara Hafiz dengan Lan vokalis Kristal agak serasi. Satu yang istimewanya pasal Hafiz ialah suara Hafiz tidak pernah sumbang baik semasa membawakan lagu rancak atau perlahan.
7/10
CLAUDIA ( Keindahan Pantai / Kristal )
Transformasi penampilan Claudia jelas kelihatan. Dengan gigi yang baru serta gaya rambut yang ranggi telah mengubah diri Claudia lebih matang dan berimej penghibur. Sebuah persembahan yang bertenaga, kawalan suara yang bagus serta komunikasi yang baik dengan audience. Paduan suara Claudia dengan Lan juga serasi. Peleknya Juri Edry kata dia tidak suka VISUALLY apabila melihat Claudia. Tak cantik ke? Sekali lagi Edry cuba membuat kontroversi!
6.5/10
ISMA (Salah /Cokelat )
Isma sememangnya tidak sesuai dengan konsep band sebegini. Isma macam terlalu mencuba untuk menjadi part of the band menyebabkan dia tidak natural. Suara gemersik Isma lebih sesuai untuk slow number. Tapi tak apa sekurang2nya Isma mencuba dan percubaannya agak menjadi. Sebuah persembahan yang mudah dilupakan.
6/10
AISHAH (Segitiga /Cokelat )
Lontaran suara Aishah amat jelas. Penampilan baru Aishah terutama rambut amat menarik. Cuma saya lebih suka gigi Aishah yang lama yang lebih cute! Tahu tak kos transformasi GIGI Aishah dan Claudia adalah RM 30 ribu seorang??? Terkejut kan? Berbaloi ke kalau Aishah & Claudia tersingkir dan tidak dapat beraksi di final nanti? Tapi takpe ASTRO kan byk duit! Hahaha Cuma saya rasa lebih baik kalau “transformasi Mewah” sebegini dihadiahkan apabila pelajar layak ke final! Betul tak? Kesian Isma, gigi Isma pun perlu ditransformasikan! Berbalik kepada penilaian persembahan Aishah, bagi saya satu persembahan yang agak baik kerana Aishah sudah berani untuk menari dengan rancak dan komunikasinya dengan band boys & Kikan vokalis Cokelat juga bagus.
6.5/10
YAZID ( Aku Di Halaman Rindu / Lefthanded )
Sayang seribu kali sayang, tone suara yang sedap milik Yazid tidak digunakan sebaik-baiknya. Ramai yang memiliki suara yang bagus tetapi tidak terpilih menjadi pelajar AF7. Yazid sepatutnya berterima kasih dan menggunakan peluang semaksima yang boleh. Jangan jadikan alasan gagap, susah dapat feel, tidak boleh fokus seperti yang dinyatakan Yazid di dalam diari, sebaliknya jadikannya sebagai cabaran untuk berjaya. Kita semua tahu Yazid memberi komitmen yang tinggi di dalam kelas namun masalah dalam diri Yazid menyekat Yazid untuk memberi yang terbaik. Lagu Nash ini memang susah, baik dari segi turun naik note yang tinggi dan rendah, ia juga memerlukan ketajaman vokal yang jitu. Sebenarnya Yazid agak berjaya menjiwai lagu ini namun masalah sumbang masih menghantui Yazid. Apa-apapun, saya harap Yazid lebih yakin untuk konsert ke 7 nanti.
4.5/10
QHAUD (Seruan /Lefthanded )
Alangkah kecewanya saya apabila Qhaud tersingkir! Qhaud merupakan salah seorang pelajar favorite saya. Sungguh malang bagi Qhaud apabila persembahan cemerlang beliau semalam tidak membawa apa2 makna. Ini adalah persembahan terbaik Qhaud. Voice control, showmanship, penghayatan, mimik muka semua nya bagus. Tapi kebangkitan Qhaud begitu lambat menyebabkan pengundi sudah tidak berminat untuk menunggu kecemerlangan persembahan Qhaud. Akhirnya Qhaud terpaksa berundur cara terhormat. Insyallah Qhaud boleh berjaya di luar sana. Kita akan ‘miss’ Qhaud di dalam diari kerana Qhaud antara pelajar yang ada karektor yang dapat menghidupkan suasana akademi setiap hari! Qhaud adalah pelajar pilihan saya untuk minggu ini.
7.5/10
BARISAN JURI
Saya masih kurang senang dengan kehadiran juri Edry dan Dato Khatijah. Kedua-duanya saya rasa kurang layak untuk menjadi Juri Tetap AF7. Setakat Juri Jemputan bolehlah. Mereka seolah-olah sudah hilang perkataan atau ayat untuk memberi komen. Tiap2 minggu sama sahaja komen yang diberi, tidak ada pembaharuan. Kalau setakat komen ; very good peformance, do more, good luck, skirt tak cantik, malu2, tak ada movement dll, tak payahlah jadi pengkritik tetap. Apa yang kita mahu biar pelajar dikritik secara technical seperti Shafinaz, Adibah Noor, Paul Moss, Ajai, Hetty Koesendang dan beberapa lagi juri yang bagus2 di musim2 yang lepas. Tetapi untuk Adlin, keep up the good work. Tanpa Adlin tak bernyawalah AF!
A.C Mizal
Dari musim lepas, kekurangan beliau boleh diterima. Namun bila melihat persembahan AC tahun ni, macam tak ada transformasi. Skrip AC begitu lemah. Lawak2 yang tak menjadi memburukkan lagi keadaan. Yang paling saya tak suka apabila AC kata AKADEMI ?? Lepas tu penonton jawab FANTASIA !!! Boring lah! Macam tagline AC Di mana??? ACDC ni! Bukan nak membandingkan beliau dengan Aznil tapi AC patut lebih bijak menukar cara berinteraksi untuk setiap konsert. Harap2 AC dapat improve hingga menjelang konsert akhir!
CARTA SEBELUM KONSERT
Isma 28%
Hafiz 19%
Yazid 13%
Claudia 11%
Aril 10%
Aishah 8%
Akim 8%
Qhaud 4%
CARTA SELEPAS KONSERT
Hafiz 20%
Isma 19%
Akim 11%
Aril 11%
Yazid 10%
Claudia 10%
Aishah 10%
Qhaud 9% Tersingkir
CARTA PILIHAN JEFBUJ
Qhaud 7.5/10
Hafiz 7/10
Claudia 6.5/10
Aishah 6.5/10
Aril 6/10
Isma 6/10
Akim 5.5/10
Yazid 4.5/10
Saturday, April 18, 2009
Benarkah Hafiz Dianaktirikan?
.jpg)
Monday, April 13, 2009
ULASAN KONSERT AF KE-5
Itulah yang boleh saya katakan untuk konsert ke-5 ini. Mungkin lagu yang bagus dan pasangan yang serasi membuatkan persembahan Airil begitu menonjol sekali. Walaupun saya kurang suka dengan vokal Airil namun lagu ini amat sesuai dengan vokal Airil. Tahniah Airil. Orang yang turut membantu Airil untuk kecemerlangan ini semestinya Marsha! Lagu sebegini memang makanan Marsha. Kedua-duanya saling membantu sama lain membuatkan lagu ini seolah2 milik mereka.
Walaubagaimanapun kecemerlangan Airil masih tidak dapat menenggelamkan kecemerlangan Hafiz buat kali ke-5. Ketiga-tiga Juri tetap berpihak kepada Hafiz! Mungkin antara Hafiz dan Mila kurang ada keserasian namun ini tidak menghalang Hafiz untuk cover line apabila ada sesetengah part verse Mila yang ke laut sedikit bak kata Juri Adibah Nor. Hafiz tidak terpengaruh dengan kelemahan pasangannya. Tahniah sekali lagi Hafiz.
Di dalam c@15 ramai yan perasan tenaga pengajar lebih teruja dengan Airil hingga membuatkan cikgu2 terlompat2 dan bersorak apabila mendapat pujian dari para juri, tetapi tidak pada Hafiz. Mereka kata nampak sangat cikgu2 tu bias atau prejudice dengan pelajar. Sejak minggu lepas apabila Airil dikritik teruk hinggakan cikgu sanggup sambar microphone untuk membidas juri. Perbuatan sebegini harus dielakkan. Apakah perasaan pelajar2 lain apabila melihat gelagat cikgu mereka yang begitu ghairah terhadap pelajar favorite mereka?
Well, ini lah drama yang AF buat sesuai dengan rancangan ini yang penuh dengan kezutan dan kontroversi. Inilah juga rencah2 serta resepi yang menyebabkan rancangan Akademi Fantasia merupakan rancangan yang paling popular di Malaysia. Demam AF memang tidak pernah kebah. Malah di dalam laporan Majalah Aksi menyatakan penonton AF telah mencecah 1 juta penonton!!! Tahniah Astro! Siapa kata AF telah hilang taring?
Selepas menonton konsert saya telah menunggu keputusan sms sehingga pukul 11.45 malam dan ini adalah keputusannya ;
AIRIL 25% HAFIZ 23% AISHAH 15% AKIM 12% QHAUD 9% CLAUDIA 9% YAZID 4% DAN ISMA 2%.
Terkejutkan? Selama ini Isma yang mengungguli carta tetapi untuk konsert ke-5 Isma jadi tercorot! Kenapa ya? Adakah disebabkan perbuatan “sumbang’ di atas pentas bersama suami? Kalau kita lihat di c@15 berpuluh2 sms masuk mengutuk perbuatan tersebut. Bagi saya ini bukan salah Isma tetapi si suami yang begitu rakus dan cuba menunjuk perasaan yang begitu mendambakan sang isteri yang lebih sebulan telah ditinggalkan. Malangnya Isma pulak yang menjadi tempiasnya. Kesiankan! Bagi saya tak ada masalah, lain orang lain pandangannya. For me its natural! Tak ada apa2 yang perlu saya komen.
Kadang2. kita harus faham. chatters selalunya amat sensitif. Silap sedikit mereka akan menghukum pelajar. Macam kes Claudia dalam diari, apabila diusik anak si kutip tu yang Claudia suka Qhaud, terus Claudia dituduh GEDIK, gatal, mengada2, tak sedar diri dah beranak bersuami dan macam2 lagi. Adilkah untuk Claudia digelar sebegitu? Yang sebenarnya tiada apa2 yang berlaku cuma gurauan semata2. Hopefully pihak produksi harus bertindak lebih bijak, jangan semata2 untuk menaikkan rating AF, pelajar yang menjadi mangsa.
Ulasan persembahan :
ISMA / ZUL 2BY2
Ini lagi satu contoh lagu yang kurang sesuai dipertandingkan untuk level Akademi Fantasia. Kalau Pertandingan Bintang Klasik atau Pertandingan nyanyian lagu era 70-80an bolehlah. Bagaimana Isma hendak bersaing dengan lagu duet berhantu yang meletup2 di radio di era 2000 ini? Mungkin pakcik & makcik suka tetapi bagi anak muda mereka lebih teruja dengan lagu yang berentak masa kini. Vokal Isma bagus tetapi tiada kelainan dalam setiap konsert. Saya kurang setuju dengan Juri Adibah Nor mengatakan suara Isma tidak ada mirip Dato Siti. Cuba pejamkan mata dan bukakan telinga, pasti terdetik di hati suara siti kah itu? Memang tidak dapat dinafikan suara Isma mirip suara Dato Siti. Bila menyanyikan lagu milik Dato Siti ni, memang sah suara mereka sama. Saya harap lain kali jangan memberikan lagu Dato Siti kepada Isma kerana Isma harus mempunyai identiti suara tersendiri. Contohnya Claudia, saban minggu tone suara Dayang seolah2 telah hilang dari Claudia.
5/10
AKIM / FARAH
Kemunculan Akim sememangnya dinanti2kan oleh peminat Akim. Suara sorakan untuk Akim menggamatkan dewan. Akim bermula dengan baik. Suara Akim penuh keyakinan. Kemunculan Farah amat membantu persembahan Akim dan gandingan suara mereka agak serasi. Seperti kata juri pergerakan Akim tidak natural, nampak sangat Akim terlalu berhati2 takut2 geraktarinya tidak selari dengan Farah. Saya amat berpuas hati dengan persembahan Akim yang nampak ada peningkatan.
6/10
QHAUD / HELIZA
Ini bukanlah lagu favorite saya, jadi bila Qhaud dan Heliza gagal membawanya dengan baik, lagilah saya tak suka lagu ini. Dari sesi latihan di diari lagi saya boleh nampak kedua2 mereka memang tidak ada keserasian. Muka selamba Qhaud semasa menyambut Heliza datang sudah memberi clue gandingan mereka tidak akan berjaya. Semasa konsert, Qhaud nampak bersungguh2 sangat untuk membawakan lagu ini, sementara Heliza pula gagal membawa lagu ini dengan baik. Hasilnya persembahan mereka hambar dan tidak menarik perhatian penonton lebih2 lagi barisan juri. Saya rasa agak terkilan dengan Juri Adibah Nor yang menyatakan nyanyian Heliza sumbang dan sepatutnya ini tidak harus berlaku. Adibah sepatutnya memberi komen kepada pelajar sahaja bukan penyanyi jemputan. Adibah perlu professional. Adibah juga memberi komen yang sama kepada Mila. Saya rasa persembahan Qhaud yang palng teruk semasa konsert ke-5 ini namun undi menyebelahi Qhaud dan dia terselamat dari disingkirkan.
3.5/10
HAFIZ / MILA
Hafiz memang nak menang dalam pertandingan ini. Lihatlah di Diari, jarang kita lihat si Hafiz tidur ke, makan ke, main2 ke atau bergurau dengan kamera yang membingitkan telinga tu. Tapi peleknya tak jadi pelajar pilihan tenaga pengajar untuk pelajar cemerlang pulak ye??? Sebaliknya yang main2, terlompat sana sini, usik2 orang, bagus pulak di mata cikgu. Biarlah… yang penting bagi saya PELAJAR CEMERLANG PILIHAN JURI! Kalau tiada undian SMS atau Jari Menjadi Juri pasti Hafiz dah bawak balik hadiah2 tu! Menyentuh pasal vokal Hafiz, ya, sungguh mantap dan penuh versatility! Sayang lagu ini tidak banyak high note, sebaliknya note2 yang mendatar sahaja. Terdengar juga ada juga verse2 yang Mila bawakan sumbang tetapi Hafiz amat bijak cover dan menyebabkan kelemahan Mila tenggelam begitu sahaja. Kejayaan duet ini juga diperkuatkan lagi dengan lakonan walaupun ringkas namun memenuhi kehendak feel lagu ini. Untuk konsert kali ini Hafiz tetap juga menjadi pilihan Juri disamping Airil.
8/10
CLAUDIA / VINCE
Inilah yang dinamakan keserasian atau chemistry. Paduan suara mereka amat manis sekali. Keyakinan Claudia di pentas memang tidak dapat dinafikan. Aksi Claudia seolah2 dai menghibur penonton di rancangannya sendiri. Tidak banyak masalah pada persembahan Claudia. Cuma yang dapat saya rasakan ialah kemunculan Claudia tidak begitu menonjol seperti rakan2 lain terutamanya Airil,Akim & Hafiz. Saya tidak terkejut bila Claudia tidak akan ke final sama nasib seperti Rosma AF1, Ayu AF3, Yazer AF3, Aizat AF 5 dan beberapa orang pelajar lagi yang mempunyai kualiti suara yang bagus tetapi tidak ada wow factor untuk memancing undi.
6.5/10
AISHAH / ALIF AZIZ
Sangkaan saya meleset. Saya begitu teruja menunggu kemunculan Dafi, tuan punya lagu tersebut. Tetapi yang muncul adalah penyanyi popular dari Singapura yang terkenal dengan lagu sayang,sayang,sayang Alif Aziz ( Juara Realiti TV ANUGERAH di Singapura ). Bagus sekali drama yang dirancang di mana Alif selaku peminat dari bawah yang ingin berduet dengan Aishah! Pemberian loket dan menyuapkan cheese tart kepada Aishah sungguh romantis! Dari segi persembahan bagi saya sederhana sahaja. Lagu ini langsung tidak memberi impak apa2 kepada Aishah. Lagu ini terlalu santai dan tidak menguji tahap vokal Aishah. Berbanding dengan lagu pelajar lain, lagu Aishahlah yang paling tidak sesuai untuk dipertandingkan. Walaupun Aishah membawanya dengan baik namun tidak ada apa2 yang istimewa untuk menampilkan muzik Aishah. Fakulti seharusnya menyahut seruan Juri untuk memberi lagu yang benar2 mencabar pelajar. Lagipun ini adalah konsert ke-5! Lagu ini lebih layak untuk lagu bonus pelajar!
5/10
YAZID / YAZER
Hancur! Itulah yang dapat saya katakan. Suara mereka tidak ada keserasian. Ini lagu pop rock tetapi Yazid bawa style balada. Cikgu Syafi dan Cikgu Siti Hajar telah beberapa kali menegur Yazid supaya jangan melenggokkan lagu cara balada tapi tetap keluar jugak lenggok tu masa konsert. Energy & stamina kurang menyebabkan Yazid agak siksa untuk menarik suaranya. Mungkin juga aksi yang Yazid yang ‘terlebih sudah’ menyebabkan Yazid hilang fokus. Nasib baik ada Yazer yang menjadi penyelamat. Yang peleknya setiap konsert Yazid mendapat komen negatif dari Juri tetapi Yazid tetap menjadi favorite dan sentiasa berada dalam top 5! Saya pasti kalau inilah keadaannya tidak mustahil Yazid bakal ke final nanti. Kes Yazid ni sama seperti Toi AF6 dan Aswad AF5. Mana mereka sekarang ekk???
4.5/10

AIRIL / MARSHA
Bagus Wokkkkkkk! Inilah contohnya paduan suara yang serasi dan memberi impak kepada semua. Walaupun Airil nampak ‘melampau’ dengan aksi2 yang berahi dengan Marsha tapi ia amat sesuai dengan lirik lagu ini. Saya tahu ramai yang menyampah dengan aksi si Airil tapi bagi saya itulah sepatutnya yang Airil lakukan untuk menghidupkan karektor dalam lagu ini. Tahniah Airil. Pun begitu, komen Juri cara Airil membawa lagu ini terikut2 dengan penyanyi asal. Tak kesahlah… janji penonton suka, betol tak wok??? Tapi kalau Adibah jadi pasangan Airil malam tu, Airil buat juga aksi tu ke ??? ( pk pk lah sendiri! )
8.5/10
SIDI / ZAHID
Zahid adalah penyelamat bagi persembahan terakhir dari Sidi. Tanpa Zahid tak taulah bagaimana Sidi nak menarik hati pengundi dengan persembahan yang sentiasa mendapat komen pedas dari Juri. Walaupun Zahid berjaya menyelamatkan Sidi namun Sidi tetap tidak selamat dari penyingkiran. Seperti yang pernah saya nyatakan dalam posting saya yang lepas2, AF ni bukan gelanggang untuk Sidi. Gelanggang untuk Sidi adalah Bintang RTM. Di dalam Bintang RTM faktor yang paling penting adalah mutu vokal bukan populariti. Sidi merupakan antara vokal lelaki terbaik di dalam AF malah jauh lebih baik dari Yazid, Isma dan Airil yang sentiasa mengungguli carta. Malangnya Sidi tidak ada wow factor atau X factor untuk menarik pengundi yang terdiri dari remaja belasan tahun. Saya harap Sidi akan berjaya diluar sana dan Sidi harus ingat, Sidi keluar dengan maruah dan jangan toleh ke belakang, teruskan cita-cita Sidi untuk menjadi penyanyi rakaman di suatu masa nanti.
4/10
Carta Selepas Konsert
1.Isma-18%
2.Hafiz-17%
3.Yazid-15%
Carta Jefbuj
1. Airil 8.5/10
2. Hafiz 8/10
3. Claudia 6.5/10
4. Akim 6 /10
5. Isma 5/10
6. Aishah 5/10
7. Yazid 4.5/10
8. Sidi 4.5/10
9. Qhaud 4/10
Tuesday, April 07, 2009
TENAGA PENGAJAR NAIK ANGIN ?
Itulah gunanya slot Diari Harian, Diari EXT & Diari INT sebagai saluran tenaga pengajar untuk menunjukkan rasa tidak puas hati dengan komen juri, bukan mencelah semasa konsert.
Berbalik kepada komen Cikgu Fatty & Cikgu Siti Hajar. Ya, memang ini bukan pertandingan vokal, tapi kalau setakat persembahan sahaja mantap tapi pitching asyik ke laut, tak ada dinamik, tak ada versatility boleh ke? Graduan AF juga yang jadi mangsa nanti. Tujuan juri menyerang (komen) pelajar adalah to educate pengundi untuk mengundi yang betul2 layak diundi. Kita lihat contoh si Yazid, Akim dan Airil. Komen ke atas mereka panas2 tapi penonton still juga mengundi mereka. Suara sebaik Rubisa, Claudia, Sidi dan Zizi, pengundi tak appreciate! Yelah, mereka ni kurang dari segi penampilan tapi tidak bemakna mereka ini tidak layak diundi.
Itulah tahap mentality orang Malaysia ( walaupun saya faham 80% pengundi adalah budak mentah ) rupa paras masih juga jadi ukuran. Kalau kita lihat sahaja American Idol, berbeza pulak persepsi orang barat. Yang juara dahlah gelap, gemuk, bibir tebal, botak, tapi mereka tetap mendapat undi. Itulah sebabnya juara American Idol tidak ada yang gagal malah jadi jutawan dalam sekelip mata.
Lain pulak senarionya di Malaysia. C@15 dijadikan forum untuk mencaci, mengejek, menyumpah pelajar. Kita sedar di industri pelancongan, orang Malaysia ni terkenal dgn keramahannya, sopan santunnya, baik budi dan bla bla bla tapi bila orang luar membaca komen2 ‘gila’ di c@15 berbaloi ke Malaysia dicap sebagai negara yang penuh dgn adab sopan?
Saya tak salahkan 100% chatters di c@15 tapi pihak Astro harus memandang serius perkara ini. Moderator patut memainkan peranan. Sms yang masuk harus dipantau. Jangan kira untung perniagaan sahaja. Ini tidak, moderator sendiri pun teruja dan memberikan topik2 hangat untuk diperdebatkan! Kalau di internet tak apa tapi bukan di kaca televisyen. Secara tidak langsung ini boleh melibatkan pergaduhan dan sikap kenegerian! Sejak kesemua 6 orang pelajar Sabah disingkirkan dari konsert prelude hingga ke konsert ke- 4 , pengundi dari negeri lain siap mencemuh orang2 Sabah, pandai menyanyi tapi tak ada aura, suara katak, tak boleh bertahan dan macam2 lagi! Apa ni? Ini satu provokasi!
Tidak dinafikan orang-orang Sabah mempunyai tone suara yang sedap. Telah saya nyatakan dalam posting saya yang lepas. Ini mungkin suara mereka mirip kepada suara orang Indonesia dan Philippines kerana kepulauan Borneo bersempadan dengan kedua-dua negara tersebut. Segelintir orang Sabah yang kahwin dengan orang Philipines & Indonesia, dan hasilnya anak2 mereka mempunyai tone suara yang versatile. Ini fakta.
Malah kalau kita lihat semua pertandingan nyanyian di Malaysia, rata-ratanya dipelopori oleh orang Sabah. Ini diakui sendiri oleh barisan juri dalam setiap audition. Cuma mungkin mereka2 yang berbakat ini tidak banyak peluang untuk mengembangkan bakat mereka di Semenanjung. Persaingan, sokongan, sikap prejudis tetap ada. Walaubagaimanapun telah ramai penyanyi dari Sabah yang berjaya masakini di Malaysia. Sekadar menyebut beberapa nama seperti Adam, Azharina, Stacy, Pija, Fiq, One Nation MC dll Sabah patut berbangga dengan bakat seni warganya. Tidak ketinggalan dari Sarawak seperti Dayang, Hujan, OAG, Camelia, Sh.Zarina, Bob, Deja Moss, Saiful dll semuanya berjaya dalam industri hiburan tanah air.
Kesimpulannya, saya harap penonton semua membuka minda, lebih bersikap professional, lebih berpengetahuan, lebih peka kalau hendak industri hiburan di tanahair kita berjaya, seiring dengan negara lain dan contoh yang paling dekat Indonesia. Barulah kita boleh berbangga mempunyai penyanyi yang benar2 berbakat yang boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa!
Monday, April 06, 2009
ULASAN KONSERT AF KE-4
Cemerlang buat kali ke-4 tidak bermakna Hafiz boleh mendabik dada. Riak muka Hafiz yang sentiasa tenang dan bersyukur menyebabkan ramai orang menyukainya. Cemerlang di konsert tidak menjanjikan beliau menjadi pelajar cemerlang di kaca mata tenaga pengajar. Pelekkan? Itulah yang disuarakan chatters di C@15. Sebaliknya Akim yang mempunyai attitude problem dan mencetuskan kontroversi pulak yang meraih kejayaan!
Kita tinggalkan dulu episod Akim vs Hafiz tu. Sekarang kita cerita pasal penyingkiran pelajar malam itu. Zizi? Rubisa? Inilah yang bermain dibenak otak saya malam itu. Malah muka tenaga pengajar & Principal pun nampak macam kejutan letrik ! Kenapa mereka? Kenapa tidak Qhaud & Sidi? Jelas sangat bila jari menjadi juri ini lah akibatnya. Walaubagaimanapun mereka keluar dengan MARUAH! Kedua-duanya memberi yang terbaik semalam terutama Zizi, lagaknya macam penyanyi rock wanita tersohor! Dgn stamina yang bagus dan confidence level yang tinggi beliau berjaya menawan dan memecahkan dewan! Tapi, orang suka ke? Terutama yang buta seni, hati, perasaan & pancaindera bukan itu yang mereka cari! Yang mereka cari ialah yang handsome, cute, seksi, stylo… suara ke laut, itu semua ‘ tarak kesah punye’. Nama pun rancangan realiti, inilah hasilnya. Zizi, Rubisa jangan risau, percaya pada bakat yang ada pada anda berdua. Tak semua yang finalist tu berjaya kat luar sana tu. Lihat Aizat, walaupun ‘drop-out’ tapi tengoklah kejayaannya sekarang.
Ulasan persembahan :
Pembukaan konsert dimulakan dengan persembahan Aishah! Eh... Aishah ke ni? Jadi Minah Rock pulak, walaupun lembut, kecik, namun bakat dan suaranya BESAR! Tahniah Aishah. Tak adillah kalau kita nak komen Aishah “tak rock’’ namun transformasinya amat boleh dibanggakan. Silapnya Aishah tidak bergerak lebih, nampak terkongkong walaupun dah tak pakai kasut tumit tinggi. Kalaulah Aishah benar-benar LAYAN betul2 muzik rock tu dgn aksi lebih berani sudah tentu ia dapat mmberi impak yang berlainan!
6/10
CLAUDIA
Saya rasa aksi duduk di atas lantai ni dah KOMAN kata orang! Tiap2 minggu mesti ada yang buat aksi sebegitu! Tak payah lah buat repeatition. Saya rasa lebih baik Claudia berdiri tegak dan focus ( cara Shiela Majid) barulah dapat memberi impak yang besar. Suara not bad, dah semakin jauh dari suara Dayang! Still corak persembahan Claudia sudah dapat diagak! Tiada kelainan, Cuma voice control beliau begitu bagus sekali. Suara serak basah sebegini memang sesuai dengan lagu slow rock.
6/10QHAUD
Walaupun Qhaud pandai mengaji dan melenggokan suara namun tidak semestinya berjaya membawa lagu sebegini. Lagu Dato Siti terlalu besar untuk beliau. Qhaud nampak tercungap2 menghabiskan verse2 lagu tersebut. Lenggoknya masih keras dan Qhaud seolah2 teragak-agak untuk melontarkan vokalnya. Sepatutnya apabila memberi persembahan ke-2 dengan lagu yang sama, Qhaud harus memberi yang lebih baik tapi sebaliknya yang berlaku. Tertinggal tempo, lupa lirik, salah masok dan akhirnya merosakkan persembahan nya. Yang peliknya seteruk2 begini tetap lulus di mata pengundi!
4.5/5ARIL
Ya, memang comel, energetic walau dah terseliuh kaki! Bagi saya memang persembahan nya mantap namun suara Aril belum sampai tahap untuk dibanggakan. Walaupun tone sedap tapi tetap suara KEPIT ( meminjam kata2 Kudsia ). Aril ni ibarat ADAM AF2 lah. Salah sikit takpe… tetap final punye! Janji muka comel, ada attitude pengundi tetap suka terutama nya gadis2 dan budak2 sekolah. Airil should buat sesuatu yang boleh meninggalkan kesan di hati penonton. Ingat tak si Kefli AF3 dulu? Semua konsert kira suam2 kuku namun persembahannya di Putra Jaya amat meninggalkan kesan! Airil kena cari X-factor yang ada padanya. Kita tak mahu cari Juara yang setakat cukup2 pakej sahaja tapi kita nak Juara yang mempunyai tahap vokal yang boleh di jual dipertandingan peringkat antarabangsa seperti Jacklyn Victor & Mila!
6.5/10YAZID
Saya dah mula muak dengan si Yazid ni. Bukan salah dia, tapi juru kamera yang begitu suka fokus kepada Yazid di dalam diari. Kenape ek? Suara memang KAU tapi bila time konsert takde apa-apa pun yang boleh membuatkan kita terpaku! Sayang Yazid tidak pandai menggunakan KELEBIHANnya itu. Dah masuk hari ke – 6 pun Yazid boleh kata tak tak sure dgn melodi! Mana taknya Cikgu Acis marah. Takkan dah minggu ke empat payah sangat nak cari FEEL lagu! Persembahan Yazid kira OK lah. Cuma kelemahan Yazid suara selalu OFF KEY & suara tak selari dgn muzik! Dengen kelemahan sebegini Yazid still boleh cantas kedudukan Hafiz dan Airil ,menjadikan beliau tempat kedua selepas Isma. :P
5/10AKIM
Persembahan Akim boleh dikatakan memukau minggu ini! Imej rambut Akim memberi kesan dalam persembahannya! Akim begitu yakin, lontaran suara bagus, dan memang terserlah tone suara Akim yang husky & sexy tu! Ha inilah baru dikatakan satu transformasi yang berjaya! Tahniah Akim, Cuma saya harap Akim perlu bersikap lebih matang dan jangan layan sangat sikap PANAS BARAN tu kerana ia akan membunuh kareer Akim nanti.
7/10
ISMA
Astarghfirullah!!! Isma ke tu? Isma ibu muda, sopan, lembut, keibuan jadi BRUTAL macam tu? Tahniah Isma, Isma memang versatile, walaupun agak janggal dan ‘berlakon’ dengan watak minah rock namun Isma berjaya membawa wataknya dengan baik. Walaupun suara tak sesuai, macam kena paksa namun Isma berjaya melunaskan tugasnya dengan baik!
6.5/10
RUBISA
Seperti biasa tahap vocal Rubisa memang kelas tapi tiada peningkatan yang ketara. Part ‘jerit’ tetap ada dan Rubisa perlu lebih berusaha untuk control suara. Stage present bagus, pandai berkomunikasi dengan penonton dan bermain dengan lensa kamera. Cuma mungkin Rubisa tidak ada X-factor menyebabkan bakat besar Rubisa tidak disedari atau tenggelam kalau dibandingkan dengan pelajar lain.
6.5/10
HAFIZ
Berilah apa sahaja genre lagu pada Hafiz, percayalah, Hafiz bisa saja membawanya dengan baik. Itulah dia Hafiz, anak emak yang masih remaja, rambut kembang, muka comel dan berbakat besar. Kalau Dato Ct dah bagi compliment sebegitu tinggi di tambah pula dengan komen2 semua juri sejak minggu pertama lagi, Hafiz telah berada di kelompok atau level yang lain dari pelajar lain. Tidak ada dalam sejarah AF dari musim ke-1 hingga ke–4 seorang pelajar yang memdapat pujian setiap minggu! Ingat kata Dato Ct, jgn lupa diri, kekalkan attitude baik yang ada pada diri Hafiz dan semua kualiti telah ada pada Hafiz. So…. ??? Hafiz jgn leka, teruslah berusaha hingga ke FINAL!
Amat menyentuh hati apabila selesai persembahan Hafiz, AC telah membenarkan Hafiz & Akim memeluk keluarga mereka! Dari ciuman dan pelukan erat Hafiz dgn mamanya dapat kita lihat betapa Hafiz ni anak yang manja & cukup rapat dgn keluarga.
8/10
SIDI
Kesian Sidi, payah benar untuk menyesuaikan diri dengan warga AF. Mungkin Sidi dah kawin dan kekok untuk bergaul dgn budak2 tu. Sifat rendah diri ini lah yang memusnahkan Sidi. Tidak dinafikan suara Sidi antara yang terbaik, fizikal sidi yang tegap, tampan pun boleh menjadi bonus kepada Sidi. Mungkin AF bukan gelanggang untuk Sidi. Sidi lebih sesuai masuk ke gelanggang Bintang RTM. Barulah boleh menyerlah. Persembahan Sidi malam tu biasa2 sahaja, still nampak muka Sidi teragak2. Bila sampai korus baru ada sedikit impak. Lepas tu.. hilang begitu saja. Saya jangkakan Sidi yang terkeluar, tapi bila saya lihat carta selepas konsert Sidi berjaya memintas pelajar lain ?!?!? Pelik bin ajaib!
4.5/10
ZIZI
Inlah baru boleh dikatakan penghibur! Suara, cara, taria, semua melambangkan seorang ROCKER! Zizi... YOU ROCK the dewan malam tu. Inilah genre lagu Zizi. Tapi sayang, baru nak menunjukkan belang dan identiti sebenar Zizi, dia dah tersingkir!!! Zalimmmmm betul. Tapi bagi saya Zizi keluar dengan MARUAH!
7.5/10
LAGU BONUS
Sesuatu yang amat sempurna apabila setiap pelajar menunjukan vokal yang mantap terutama di bahagian high note. Memang tidak dapat dinafikan masing2 mempunyai kelebihan tersendiri.
Carta Jefbuj
1. Hafiz 8/10
2. Zizi 7.5/10
3. Akim 7 /10
4. Airil 6.5/10
5. Isma 6.5/10
6. Rubisa 6.5/10
7. Aishah 6/10
8. Claudia 6/10
9. Yazid 5/10
10. Qhaud 4.5/10
11. Sidi 4.5/10
pelajar sebelum konsert bermula:PELAJAR dan PERATUSAN (%)
ISMA - 21
YAZID - 16
HAFIZ - 10
SIDI - 8
ARIL - 8
AISHAH - 8
ZIZI - 7
CLAUDIA - 6
AKIM - 6
RUBISA - 5
QHAUD - 5
Kedudukan pelajar selepas undian ditutup:PELAJAR dan PERATUSAN (%)
ISMA - 16
HAFIZ - 14
YAZID - 12
QHAUD - 9
AKIM - 9
AISHAH - 8
ARIL - 8
CLAUDIA - 7
SIDI - 7
ZIZI - 6
RUBISA - 5
Thursday, April 02, 2009
Gandingan Mahathir, Abdullah, Najib simbol kebangkitan UMNO
KUALA LUMPUR 29 Mac - Gandingan dua negarawan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai penasihat UMNO pada era kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak kelak akan menjadi simbol kepada kebangkitan semula parti dalam membela masyarakat Melayu.Ahli veteran UMNO, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, nasihat kedua-dua negarawan tersebut akan mengembalikan keyakinan rakyat negara ini terhadap UMNO dan memastikan parti itu terus relevan dalam perjuangan memajukan orang Melayu pada masa depan.
"Hal tersinggung atau perbezaan pendapat atas sesuatu isu dan tindakan tertentu adalah perkara biasa di mana-mana sahaja dan perkara seperti ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
"Apa yang penting sekarang ialah Abdullah dan Dr. Mahathir saling bermaaf-maafan dan melupakan pergeseran sebelum ini kerana masanya sudah tiba untuk kedua-dua tokoh ini mencurahkan pengalaman dan idea demi kemajuan negara," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sementara itu, seorang lagi veteran UMNO, Tan Sri Sabaruddin Chik berkata, beliau melihat pertemuan Abdullah dan Dr. Mahathir itu sebagai permulaan yang baik ke arah pelantikan kedua-dua tokoh berkenaan sebagai penasihat UMNO yang sememangnya memerlukan nasihat pemimpin terdahulu.
"Namun, adalah lebih baik jika UMNO mempunyai sebuah majlis yang terdiri daripada lebih dua penasihat dan mereka yang menjadi penasihat ini mestilah tidak mempunyai sebarang kepentingan seperti mahu merebut jawatan tertentu," jelasnya.
Seorang lagi veteran UMNO, Tan Sri Zaleha Ismail mengibaratkan kedua-dua negarawan itu sebagai 'bapa yang menjadi rujukan anak-anak' apabila berhadapan banyak cabaran.
pengarang@utusan.com.my
Wednesday, April 01, 2009
Fikir Jauh Ke Depan - Tiara
Panasnya apabila pengetua wanita pertama Akademi Fantasia musim ke tujuh (AF7), Datin Seri Tiara Jacquelina, 41, dipersoalkan kewibawaannya mengemudi rancangan realiti itu. Tiara dikatakan tidak serius membentuk para peserta untuk menjadi penyanyi lebih berkualiti seperti yang diharapkan. Malah kononnya beliau sebagai pengetua senang “dibuli” oleh para pelajar kerana tidak tegas.Akibatnya ada pihak cuba membandingkan beliau dengan pengetua-pengetua sebelum ini seperti Freddie Fernandez, Ramli Sarip, Ramli M.S dan M.Nasir yang dilihat mempunyai karisma seorang pengetua.
Lebih daripada itu, kredibilitinya dipersoalkan. “Tak ada pengetahuan dalam bidang muzik, ada hati nak ajar orang jadi penyanyi.” Begitulah bunyi cakap-cakap orang. Tetapi tak ramai tahu Tiara sebenarnya boleh menyanyi. Beliau pernah merakamkan single berjudul Asmaradana untuk filem Puteri Gunung Ledang.
“Saya ada cara sendiri. Jangan samakan saya dengan orang lain. Sindiran mengatakan saya tak tahu muzik tak betul kerana saya pernah menyanyi dan belajar muzik di luar negara. Tahukah orang yang saya sebenarnya boleh bermain gitar?,” soal Tiara menepis cakap-cakap tak berasas yang dilemparkan terhadapnya.
Kepada wartawan NIEZAM ABDULLAH, Tiara merungkai transformasi yang cuba beliau bawa dalam AF7 kali ini selain menjelaskan kenapa beliau terpilih menjadi pengetua rancangan itu.
Sudah tiga minggu AF7 disiarkan. Dalam tempoh itu Tiara menerima tamparan negatif mengenai transformasi yang hendak dibawa. Apakah transformasi itu?
Sebelum itu saya nak jelaskan yang kita perlu berani untuk berfikiran lebih jauh. Kalau tak ada pemikiran macam tu, sampai bila-bila pun kita tak akan ada wawasan. Begitu juga dalam industri ini agar kita tak berada di takuk lama. Kalau tak ada penanda aras itu, bila kita bertanding, kita akan kalah.
Mudah saja. Sebab itu saya letakkan AF7 ini pada satu penanda aras yang tinggi iaitu sebuah transformasi. Sebagai contoh kalau saya nak buat filem, teater, saya nak pencapaiannya lebih jauh daripada apa yang pernah saya capai sebelum ini. Begitu juga dalam AF! Saya mahu budak-budak dalam AF7 lebih bagus dari AF yang lepas-lepas.
Saya tahu selama ini saya selalu dapat yang manis-manis saja. Tetapi kena ingat, teater atau filem saya sebelum ini saya yang kontrol sendiri. Tapi tidak dalam AF. Sebab itu saya letakkan penanda aras tinggi. Kalau budak-budak tak boleh capai 100 peratus, dia orang dapat 7 peratus kejayaan itu pun dah cukup. Tengok sajalah dalam PGL (Puteri Gunung Ledang). Saya bekerja keras nak filem itu masuk dalam Academy Awards. Alhamdulillah, tak menang pun ia tersenarai peringkat akhir (tempat ke 49, filem bahasa asing terbaik Academy Awards 2004) cukuplah. Itu yang saya mahu di dalam AF7 ini. Apa-apa pun kita sahut dulu cabaran dulu.
Semua orang tengok pada minggu pertama pun dia orang dah tunjuk motivasi nak jadi ikon dalam industri. Mereka memang berbakat. Tapi kali ini fokus kita bukan saja nak cari penyanyi tapi penghibur serba boleh. Kadang-kadang orang tak faham sebab apa saya dibawa masuk? Orang persoalkan kenapa saya tetapi dia orang tak tahu saya ada latihan formal sebagai penyanyi cuma saya kembangkan bakat dalam bidang lakonan. Sebab itu ada Ida Nerina juga kali ini. Dia akan membantu melahirkan orang yang ada bakat serba boleh.
Kita tengok artis-artis AF bila habis AF, mereka keluar bukan saja jadi penyanyi tetapi berlakon. Ramai budak AF yang lepas-lepas berlakon. Sebab itulah dalam AF7 ini Astro mahu para pelajar menjadi artis yang serba boleh supaya mudah dia orang nak pilih bidang masing-masing selepas tamat AF nanti.
Tipulah kalau saya kata tak ada. Kerusi pengetua AF ni satu kerusi yang panas. Kita kena menghadapi macam-macam ujian. Tapi saya tahu arah yang hendak saya bawa. Setiap minggu ada fokus tersendiri selain perancangan yang sistematik. Bakat yang saya ada selama ini saya gunakan untuk menjadi ketua yang baik. Yalah... dah 20 tahun saya terlibat dalam bidang seni. Bakat saya ini akan menjadi pendorong kepada pelajar untuk berjaya.
Saya besarkan anak-anak tak pernah tengking mereka tetapi mereka tahu saya serius. Saya bukan jenis kalau tak puas hati baling pen, tunjukkan tangan atas kepala orang. Bukan macam itu. Setiap individu itu ada cara dia tersendiri. Saya jenis yang tak suka marah orang. Takkan dalam AF saya nak berlakon marah pula?
Saya pernah menyanyi di pentas muzikal yang ditonton ribuan orang selama 23 malam berturut-turut. Orang juga tak tahu yang saya ada kemahiran muzik. Percaya atau tak saya boleh baca nota muzik? Masa saya di Australia, saya belajar muzik klasik. Saya pun boleh main gitar. Tapi berapa kerat sangat yang tahu? Sebaliknya mereka buat tuduhan tanpa ada asasnya kepada saya. Cuma diri saya ni lebih menonjol dalam bidang lakonan dan teater. Tak ramai tahu saya juga ada single sebelum ini. Tapi tak apalah saya anggap komen-komen itu pembakar semangat untuk saya lebih berjaya. Saya tak hirau sangat apa orang nak kata kerana tumpuan saya untuk melahirkan pelajar AF7 yang lebih baik.


