I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, December 15, 2008

Al-Quran Palsu buatan Amerika

WASPADA !!!
Jangan abaikan ini, sebarkan ke semua muslim Al-Quran baru buatan amerika, berbahaya dan sedang didistribusikan di kuwait , berjudul "The True Furqan" isinya bertentangan sekali. Dibuat oleh 2 perusahaan percetakan; 'Omega 2001' dan 'Wine Press'. Judul lain buku ini 'The 21st Century Quran'! berisi lebih dari 366 halaman baik bahasa Arab dan Inggris, sekarang kabarnya didistribusikan kepada anak2/generasi muda di Kuwait di sekolah2 berbahasa Inggris disana. Bukunya sendiri memuat 77 surah, termasuk Alfatihah, Al-Jana and Al-Injil. Semuanya dimulai dengan sebuah versi panjang gabungan kepercayaan Kristen tentang tiga tuhan. Dan banyak sekali bertentangan dengan berbagai kepercayaan dalam Islam, seperti mempunyai lebih satu istri dianggap perbuatan Zina, perceraian itu dilarang, dikatakan juga bahwa Jihad adalah HARAM. Buku yang sangat menyesatkan. Jadi tolong sampaikan kepada semua muslim sedapat kita tentang pemberitaan ini semoga Allah melindungi kita semua dari orang2 Kafir yang jahat, mendustakan Agama Allah SWT. Kkalau mau lihat isinya silahkan kunjungi situs ini
http://www.islam- exposed.org/furqan/contents.html

Sunday, December 14, 2008

Satu Pergi, 10 menanti





Oleh Serimah Mohd Sallehuddin / Bharian / 121208



Seperti penonton program Gadis Melayu, Fahrin Ahmad juga mula pening kepala untuk memilih yang terbaikMEMILIKI wajah kacak adalah satu bonus untuk Fahrin Ahmad. Dia tidak perlu bimbang untuk mencari pengganti. Dan dengan nama yang dimiliki, Fahrin boleh mencari pengganti dengan mudah dan singkat. Ibarat satu pergi, 10 lagi wanita cantik sedia menanti. Bagaimanapun bukan pening memikirkan siapa pengganti tetapi barangkali yang lebih membuatkan Fahrin pening adalah untuk memilih satu yang terbaik di antara 10 wanita yang sedia menanti. Dikelilingi gadis Melayu yang cantik rupa parasnya dan tinggi budi pekertinya sememangnya menjadi idaman anak muda kelahiran Johor ini.
Fahrin memberitahu, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk mencari wanita berlainan bangsa dan agama untuk dijadikan suri hidupnya. Wanita Melayu tetap di hati, kelembutan serta kesantunan mereka sentiasa menarik perhatiannya. Namun, jangan pula menuduh dirinya sebagai ‘playboy’ hanya disebabkan dia didampingi 10 wanita cantik kerana mereka hanyalah peserta program Gadis Melayu yang kini rancak bersiaran di TV9, pada setiap Khamis. Tidak pernah terlintas di hati Fahrin untuk menawan hati salah seorang daripada gadis ini. Dia mengaku mengagumi mereka tetapi tidak lebih kerana kecantikan budi pekerti serta paras rupa mereka saja.
FAHRIN bersama 7 peserta Program Gadis Melayu.
Selaku orang yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan program ini, dia harus sentiasa mendekati mereka untuk mengenali peserta program itu dengan lebih mendalam. Fahrin menyifatkan pemilihannya sebagai hos sebagai peluang terbaik yang tidak mampu ditolak kerana diberi tanggungjawab mengacarakan sebuah program berbeza. “Jika mencari teman wanita, saya mahukan gadis Melayu. Dikelilingi 10 gadis Melayu bukanlah bermakna saya boleh mengambil kesempatan untuk menyunting salah seorang daripada mereka sebagai teman wanita. Sebagai hos, saya perlu mengenali mereka dengan lebih mendalam supaya mudah untuk saya mengendalikan program ini. “Saya suka dan senang bekerja dengan mereka. Bagi saya program ini sesuatu yang baik memandangkan selama ini kita sering disogokkan dengan rancangan ratu cantik bercorak moden. Namun berbeza dengan program Gadis Melayu yang bukan sekadar menunjukkan kecantikan semata-mata tetapi menilai kecantikan mereka dari sudut yang lebih kemelayuan.
“Cantik bagi saya terlalu subjektif dan sukar untuk ditafsirkan. Kecantikan itu datangnya daripada hati, ketulenan, tidak pura-pura atau hipokrit dan ini semua akan menyerlahkan kecantikan seorang wanita itu,” kata pelakon yang kini semakin intim dengan pelakon baru Scha. Tidak menyorokkan mengenai hubungan baiknya dengan Scha, bagi Fahrin terlalu klise andai dia menyatakan hubungannya dengan wanita itu tidak lebih sebagai teman. “Pengalaman banyak mengajar saya. Cuma masih terlalu awal untuk menafsir persahabatan kami ini, berilah kami masa. Memang kami berkawan tetapi saya tidak mahu memberi jawapan klise, saya hanya mengharapkan persahabatan kami bebas dari sebarang spekulasi dan tekanan,” kata Fahrin ketika sesi fotografi bersama peserta Gadis Melayu. Timba ilmu di program Gadis Melayu MEMBAWA imej Gadis Melayu yang menjadi contoh kepada wanita Melayu lain ternyata bukanlah tugas mudah yang perlu dipikul ke semua gadis ini. Program ini tidak hanya menyandarkan kepada kecantikan semata-mata sebaliknya mereka turut melalui pelbagai tugasan untuk menguji sejauh mana kemampuan dalam pelbagai sudut seperti protokol, seni mempertahankan diri dan paling utama dari sudut yang menggambarkan nilai kewanitaan. Perjalanan hidup ke semua 10 peserta itu kini berbeza sama sekali dengan kehidupan yang dijalani mereka sebelum ini. Kehidupan mereka dirakamkan setiap hari, pelbagai tugasan pula sudah sedia menanti untuk dilunaskan peserta. Mereka juga kini menjalani kehidupan dengan orang yang tidak pernah dikenali sebelum ini. Dengan misi yang sama iaitu merebut hadiah wang tunai RM10,000 serta pakej percutian, pastinya pelbagai cara dilakukan 10 Gadis Melayu ini untuk bergelar juara. Pertelingkahan, perebutan dan perasaan cemburu mungkin sebahagian asam garam yang perlu dilalui. Tetapi perkara itu dinafikan peserta berasal dari Johor Bahru, Ayu Nazliza Adnan, 24. Kata gadis yang juga seorang usahawan ini, setakat ini tidak pernah lagi timbul perselisihan di antara peserta sebaliknya mereka menjalani kehidupan seperti adik beradik. “Alhamdulillah setakat ini tidak timbul sebarang rasa tidak puas hati di kalangan peserta. Kami terlalu sibuk dengan pelbagai cabaran setiap minggu. Selama lebih sebulan dalam program ini, pelbagai perkara baru yang saya pelajari antaranya mengenai protokol, busana Melayu dan masakan. “Setakat ini saya seronok dengan cabaran yang diberikan. Saya juga melihat pembabitan dalam Gadis Melayu sebagai peluang untuk mengembangkan lagi perniagaan saya dalam pengurusan acara dan agensi model,” katanya. Bagi gadis yang berasal dari Kuantan, Pahang, Nurul Khusna Uma, 20, episod penyingkiran dalam program ini menjadikan mereka lebih bersemangat untuk melunaskan cabaran yang perlu mereka lalui setiap minggu. “Pada mulanya kami diberitahu tidak ada penyingkiran akan berlaku dalam program ini. Tetapi setelah program ini berjalan separuh, kami dikejutkan dengan berita penyingkiran. Berita mengenai penyingkiran itu membuatkan kami lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk melakukan tugasan diberikan. “Perasaan dengki langsung tidak timbul di hati. Sebaliknya saya menjadikan kejayaan rakan sebagai motivasi untuk menjadi seperti mereka,” katanya yang berminat untuk menceburi bidang pengacaraan. Mahu mencabar diri sendiri untuk berkomunikasi di khalayak ramai menjadi tujuan utama Wan Fariza Mustafah, 23, menyertai program ini. Bertugas sebagai seorang guru, wanita ini bagaimanapun terpaksa melepaskan tugasnya sebagai guru kontrak sejak tujuh bulan lalu kerana tidak dapat membahagikan masanya antara mengajar dan program ini. Percaya rezeki berada di mana-mana, Fariza sudah pun menerima tawaran kerja baru sebagai Pegawai Kaji Cuaca dan akan memulakan tugas barunya itu Januari nanti. “Di antara banyak tugasan yang diberikan, saya paling seronok dengan aktiviti marhaban yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini. Tugasan paling mencabar pula buat saya setakat ini ialah kelas silat. Saya tidak sangka silat sebenarnya susah hingga saya mengalami sakit badan,” katanya. Setiausaha di Universiti Sains Malaysia (USM), Siti Nurashikin Mohd Noor, 22, menyertai Gadis Melayu atas galakan ibu dan majikannya. Katanya, dia seronok kerana dapat berkenalan dan berjumpa dengan pelbagai jenis orang. Selain itu dapat berjumpa dengan rakan baru daripada pelbagai negeri. Selain keempat-empat mereka, program ini turut disertai Zehra Zambri (Selangor), Wan Hafizah Wan Abdullah (Kota Bharu, Kelantan), Khairul Noormaidah Zali (Rawang, Selangor), Noor Afzan Mohd Afzul Khan (Kota Kinabalu, Sabah), Efi Norfiani Aris Setiawan (Kajang, Selangor) dan Nur Aishah Zainal (Melaka).

Saturday, December 13, 2008

Mawi undang Ina , Suami


KUALA LUMPUR: Mawi merancang untuk mengundang bekas tunangannya, Nordiana Naim (Ina Naim), bagi meraikan hari bahagianya dengan Nora'Asikin Rahmat, 29, atau Ekin pada 20 Disember ini.Menurut Bintang Paling Popular itu, Ina Naim antara nama yang disenaraikan dalam jemputannya dan kad akan diedarkan tidak lama lagi.“Saya akan mengundang dia, suami dan anak, tetapi di majlis resepsi yang diadakan di Kuala Lumpur (Palace Of Golden Horses) pada 11 Januari 2009 kerana lebih mudah untuk mereka datang. Insya-Allah kad akan diedarkan tidak lama lagi,” katanya.Keikhlasan Mawi itu, jelas menunjukkan dia mahu melenyapkan segala sengketa yang pernah melanda mereka sebelum ini.
Apatah lagi, Ina kini sudah cukup bahagia melayari bahtera rumah tangga yang dibina bersama bekas ahli kumpulan In-Team, Mohd Shuhaimi Saad.
Hasil perkahwinan mereka yang melangkau usia dua tahun itu diserikan lagi dengan kehadiran cahaya mata, Ehmed Hadie Elfardie berusia lapan bulan.Pada temu bual sama, Mawi juga membayangkan destinasi bulan madunya dengan Ekin berkemungkinan di Syria atau Korea.“Syria sebuah negara indah disebabkan itu saya terpanggil untuk ke sana sekali lagi. Kami belum memutuskan destinasi berbulan madu itu.“Ekin pun menyerahkan sepenuhnya kepada saya membuat keputusan. Kalau tidak Syria saya mahu ke Korea. Selain dua negara itu, ada beberapa destinasi lain yang saya fikirkan,” katanya.


petikan ; Harian Metro / 121208

Friday, December 12, 2008

Kubur Terpanjang di Bumi


Oleh Azman Zakariaazmanz@bharian.com.my

Tembok Besar China dapat gelaran kerana ketika pembinaannya ramai pekerja terutama petani terkorban BANYAK sudah dikisahkan oleh ramai penulis mengenai tempat-tempat menarik di Beijing, China yang menyimpan pelbagai kisah sejarah silam. Tembok Besar China sebagai satu daripada tujuh keajaiban dunia sentiasa menggamit dan menarik pelancong ke negara itu yang kini mula muncul sebagai antara kuasa ekonomi dunia.
Kata orang, tidak lengkap kunjungan ke Beijing jika tidak ke Tembok Besar China. Justeru, ketika membuat liputan acara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyertai sidang kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) ketujuh, baru-baru ini, penulis berkesempatan menjejakkan kaki ke Tembok Besar China itu. Sebaik tiba, yang terlintas di hati ialah tempat itu amat mengagumkan kerana tembok setegap dan panjang itu dapat dibina merentasi beberapa wilayah negara terbabit mencakupi hutan tebal di puncak pergunungan. Akibat kesuntukan masa, penulis menaiki kereta kabel dari kaki pergunungan hingga ke kawasan pintu masuk ke Tembok Besar China di Mutianyu itu.
Ketika menjejakkan di Tembok Besar China, terbayang bagaimana bongkah batu yang begitu besar dan banyak di susun rapi dalam saiz yang hampir sama bagi membentuk tembok sepanjang 6,700 kilometer (km) itu. Indahnya pemandangan dari Tembok Besar itu. Meskipun dalam cuaca yang agak dingin itu, penulis berjalan beberapa ratus meter menikmati keunikan tembok itu. Penulis juga saya berkunjung pusat beli-belah untuk membeli ole-ole bagi dijadikan buah tangan apabila pulang nanti. Sedikit masa yang terluang hanya mengizinkan penulis ke pusat beli-belah di Silk Street, Chaoyang District yang jauhnya kira-kira satu kilometer dari hotel penginapan. Cuaca sejuk mengizinkan penulis berjalan kaki meskipun pada tengah hari.
Penulis ketika berada di Tembok Besar China.
Masalah yang dihadapi di pusat beli-belah ini yang menjual pelbagai barangan daripada pakaian, peralatan sukan, cenderahati, jam, mutiara dan barang elektronik termasuk telefon bimbit dan kamera, ialah tetap sama iaitu masalah bahasa. Dengan sebahagian besar jurujual hanya mengetahui beberapa patah perkataan Inggeris, mesin kira menjadi penghubung dalam urusan tawar menawar dan jual beli untuk menyatakan harga yang mahu dijual atau dibeli. Saya dimaklumkan penjual meletakkan harga permulaan yang tinggi terhadap semua barangan, dan pembeli harus memulakan proses tawar menawar pada harga 70 peratus lebih kurang daripada yang dinyatakan penjual. Umpama ayam dan itik, itulah ibarat pertuturan antara penjual dan pembeli. Jurujualnya juga agak agresif hingga ada yang menarik tangan pengunjung yang mahu beredar dari kedai, untuk memastikan pengunjung berkenaan membeli barangan yang sudah ditawar. Apapun, masalah bahasa tidak wajar dijadikan halangan ketika berada di Beijing. Bagi yang mahu berkunjung dan melawat ke pelbagai destinasi menarik di ibu kota China ini, mereka sewajarnya mendapatkan khidmat bantuan penterjemah. Jika bernasib baik, boleh mendapatkan khidmat pemandu teksi yang boleh berturut bahasa Inggeris meskipun ini sesuatu yang sukar. FAKTA: Tembok Besar China
Dikenali kubu China silam yang dibina sekitar 200 Sebelum Masihi (SM)
Diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, ketika Dinasti Ming, untuk melindungi China daripada serangan puak Mongol.
Panjang tembok kira-kira 6,700 kilometer (km), dari Shanhai Pass sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang.
Sebuah tembok pertahanan dibina di sempadan utara pada dinasti Qin dan dipelihara oleh dinasti-dinasti seterusnya. Lima pembinaan semula utama yang dicatatkan adalah seperti berikut:
208 SM (Dinasti Qin)
Abad ke-1 SM (Dinasti Han)
Abad ke-7 (Dinasti Sui)
1138 - 1198 (Zaman Lima Dinasti dan 10 Negara)
1368 - 1640 (Dari Maharaja Hongwu sehingga Maharaja Wanli pada Dinasti Ming)
Ia digelar 'kubur terpanjang di Bumi' kerana ramai yang mati terutama petani ketika membinanya.
Tembok Besar Dinasty Ming bermula di timur dari Kubu Shanhai, dekat Qinhuangdao di Wilayah Hebei
Ia melalui 9 wilayah, 100 daerah dan bahagian 500 km terakhir di barat sudah musnah sepenuhnya. Hujung di bahagian baratnya hari ini terletak di tempat bersejarah Jiayuguan (kubu Jiayu) di barat laut wilayah Gansu, pada hujung Jalan Sutera.
Kedudukannya kira-kira satu jam perjalanan dari Beijing.

Thursday, December 11, 2008

Shah Rukh Khan Terima Anugerah Datuk


Penampilan julung kali pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan, lengkap berpakaian baju Melayu hitam, bersongkok dan bersongket yang diikat dengan gaya Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, membuatkan kira-kira 1,000 tetamu terpukau melihatnya pada sesi khas Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Melaka kepada pelakon popular itu.

DATUK Shah Rukh Khan yang dikurniakan Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk mengaminkan doa selepas sesi khas Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Melaka kepada pelakon popular itu di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh hari ini.Sebaik tiba di pekarangan Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh iaitu tempat berlangsungnya istiadat itu pada pukul 10.55 pagi tadi, Shah Rukh Khan yang tidak putus-putus melemparkan senyuman sambil melambai-lambaikan tangannya kepada peminat, terus diiring memasuki dewan berkenaan.

Di samping menjadi tumpuan jurugambar media massa dalam dan luar negara, para tetamu turut tidak melepaskan peluang keemasan untuk merakamkan gambar pelakon itu menggunakan kamera dan ada yang tidak ketinggalan menggunakan kamera pada telefon bimbit, merakamkannya dari tempat duduk masing-masing. Shah Rukh Khan yang dilahirkan di New Delhi pada 1965, tiba di Melaka untuk menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk daripada Yang Dipertua Negeri, Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.
Shah Rukh Khan adalah antara 77 orang yang dianugerahkan darjah yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan hari lahir Mohd Khalil ke-70 pada 11 Oktober lepas.

Pelakon itu tidak dapat datang pada hari berkenaan atas urusan kerja yang tidak dapat dielakkan. Pelakon filem Kuch Kuch Hota Hai itu memulakan kariernya dengan muncul dalam satu siri televisyen pada 1988 dan muncul kali pertama dalam filem Dewana pada 1992 yang menjulang namanya di Bollywood. Pada sesi khas itu, busana Baju Melayu Cekak Musangnya ditaja oleh Sovereign Wear Sdn Bhd, sebuah syarikat butik di Kuala Lumpur manakala samping songket rasmi negeri Melaka bermotif bunga kesidang disumbangkan oleh Institut Seni Malaysia Melaka.

Hadir sama pada majlis itu ialah isteri Mohd Khalil, Toh Puan Zurina Kassim; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan isteri Datin Seri Asmah Abdul Rahman. Sebaik majlis itu berakhir, tetamu terutama pembesar negeri turut mengambil kesempatan untuk bergambar dengan Shah Rukh Khan. Pergerakan dalam dewan itu yang agak terhad membuatkan kebanyakan tetamu hanya berulang kali merakamkan gambar Shah Rukh Khan dari tempat duduk masing-masing. Ada ketikanya, keadaan dalam dewan agak riuh apabila mereka masing-masing meminta Shah Rukh Khan berpaling ke arah mereka untuk dirakamkan gambar. Shah Rukh Khan, yang merupakan bintang filem asing pertama dianugerahkan DMSM, telah menerima lebih 40 anugerah dalam industri hiburan dan perfileman di peringkat antarabangsa antaranya Screen Award, The Zee Cine Award, NDTV Award, International India Film Award dan lain-lain.
Shah Rukh Khan pernah berlakon dalam filem One 2 Ka 4 yang memaparkan kawasan menarik di Malaysia termasuk A’Famosa Resort di Alor Gajah dekat sini.

Sementara itu, pada sidang akhbar bersama Mohd Ali, Shah Rukh Khan berulang kali mengucapkan terima kasih kepada Mohd Khalil dan kerajaan negeri Melaka di atas penganugerahan darjah yang membawa gelaran Datuk kepadanya. “Terima kasih kepada kerajaan Melaka atas penghormatan ini. Saya bangga menerima anugerah ini dari sebuah negeri yang tidak faham bahasa saya,” katanya. Katanya, Melaka mempunyai banyak tempat yang indah dan beliau akan datang semula ke sini untuk membuat penggambaran pada masa depan. “Melaka mempunyai banyak kawasan yang mempunyai panorama yang indah dan saya akan memperkenal negeri ini kepada dunia,” katanya. Beliau juga berjanji untuk membantu kerajaan negeri untuk mewujudkan sebuah studio filem tertutup yang secara tidak langsung akan memajukan industri perfileman Malaysia. Shah Rukh berkata, sangat teruja untuk memakai baju Melayu lengkap bersamping untuk menerima anugerah itu. Bagaimanapun, beliau kesal kerana tidak dapat tinggal lebih lama di negeri itu dan bercadang untuk membawa keluarganya bercuti di negeri itu dalam kesempatan lain. BERNAMA

Sunday, December 07, 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha

Di kesempatan ini saya ambil untuk mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidil Adha
kepada muslimin & muslimat yang melusuri
Blog ini. Semoga pengorbanan kita selama ini
mendapat keredhaan Allah swt.

Saturday, December 06, 2008

Coke + Ajinomoto

Dear friends,
I received news about the recent tactic used to spike girls' drinks. It is a cheap and widely used method. This method was used in Canny Ong murder. Rapist uses this method: Coca-cola + ajinomoto/monosodium glutamate = a medicine which will cause drowsiness and excitement in the victim.This mixture is poisonous if used too often on the victim. Please send this to all your female friends, sisters, & your loved ones and ask them to beware.DO NOT accept coca-cola or any other drinks from stranger / even if it is your friend that you are not very close with.
Regards,
Hishamuddin Alias ( ASP )
Jabatan Siasatan Jenayah Berat
IPK Kuala Lumpur

Friday, December 05, 2008

Fadhilat Membaca Surah Al Ikhlas


Ketika Memulakan KerjaBacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja ker ana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada d ida lam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kep ana san.

Sebelum Masuk Ke Rumah Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki k ana n dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam ker ana malaikat rumah akan menyahut.


Amalkanlah bersolat ker ana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia t ida k akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) t ida k tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran ker ana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjal ana n. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang m ana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Thursday, December 04, 2008

Success Comes Hard


komen jefbuj
Sanggup ke kita menghantar anak-anak kita untuk disiksa begini demi untuk mendapat EMAS di Pertandingan Jimnastik peringkat antarabangsa?

Tuesday, December 02, 2008

Kami Tak Ketuk Duit Mawi - Ekin

Oleh NOR FADZILAH BAHARUDIN fadzilah.bahar@utusan.com.my

Semakin hampir dengan hari bahagia, pelbagai tohmahan yang dilemparkan terhadap Mawi dan Ekin.DIA tidak pernah bersalah dan tidak pernah menyakiti hati sesiapa. Namun gadis berusia 29 tahun ini sendiri tidak mengerti mengapa tidak sudah-sudah cerita-cerita peribadi mengenai dirinya ditelanjangkan.Apakah salah dan silap dirinya? Dia sudah tidak mampu berfikir dan tidak mahu memikirnya. Tetapi jauh di sudut kamar hatinya dia tahu salahnya hanya satu iaitu dicintai dan menyintai lelaki yang menjadi pujaan hati khalayak seantero Malaysia.Namun janganlah terus terusan menjadikan hidupnya satu permainan. Tidak puas-puaskah mereka di luar sana membuka pekung atau sisi gelap hidupnya.

Satu persatu kisah peribadinya dibongkar, dia masih boleh tersenyum. Diikuti kisah dia mengikis duit kekasih hatinya, turut bertebaran di awangan dia masih mampu bertahan.Tetapi semakin hampir dengan hari bahagianya, kisah keluarganya ditaja oleh Mawi semakin menjadi-jadi. Hinggakan ada pihak yang mendakwa rumah yang baru diduduki oleh keluarga Ekin di Johor Bahru juga merupakan sedekah amal jariah daripada bakal suaminya itu agak mencalar hati wanitanya. Tidak cukup dengan itu pelbagai lagi kisah dusta mengenai keluarga Ekin dijaja merata tempat.

Apakah motif dan tujuan cerita-cerita mengenai kehidupan keluarganya dijaja? Enggan mengambil tahu lebih lanjut hal remeh itu, tetapi pemilik nama sebenar Nora' Ashikin Rahmat ini menjelaskan, keluarganya masih mampu memiliki apa yang ada hari ini. “Keluarga saya tak sengkek dan kami tak ketuk duit Mawi. Malah kami tak pernah meminjam duit Mawi pun. Kami masih mampu menyara keluarga kami,” tutur Ekin dengan lembut menafikan perkara tersebut.Dalam pertemuan itu, Ekin masih boleh tersenyum meskipun riak wajahnya mencerminkan sedikit pengertian dan mengharapkan agar kisah dongeng keluarganya tidak sewenang-wenangnya dijadikan bahan bualan.

Menyambung bicara sambil senyuman yang masih berbaki kata Ekin: “Rumah di Johor Bahru baru siap dan menggunakan duit Ekin, Aein (kembar Ekin) dan abah. “Siapa yang pandai-pandai cakap abah Ekin tak ada pencen. Sedangkan abah Ekin bekerja sebagai operator tentera dahulu dan kini dah bersara serta mempunyai pencen. Duit pencen abah dan duit kami berdua kami kumpul dan bina rumah tersebut.” Akui Ekin, apa yang berlaku ini satu mainan emosi yang memerlukannya tabah, kuat dan memekakkan telinga selain menganggap pihak-pihak yang menyebarkan cerita itu mempunyai niat yang buruk terhadap diri dan keluarganya.

Liku-liku kehidupan
Cerita Ekin, walaupun pelbagai kata nista dan cacian yang tidak putus-putus dilemparkan padanya, ia sedikit pun tidak membuatkan dirinya lelah. Jauh sekali untuk duduk dan menyesal dengan apa yang telah berlaku.Persoalannya kini, apa yang membuatkan dia semakin kuat untuk berdepan dan mengharungi liku-liku kehidupan sebagai isteri kepada jejaka idaman Malaya kelak? “Alhamdulilah, saya berada di tempat yang benar jadi saya tak perlu takut. Saya berdiri di atas kaki sendiri dan bersyukur kerana Allah mengurniakan rezeki yang berlipat ganda kepada saya,” katanya lagi.
Mawi beria-ia
Tika dan saat ini pastinya cinta hati Mawi ini kini sedang sibuk dengan persiapan kahwin mereka. Kata si manis ini lagi: “Persiapan masih berjalan dan Alhamdulillah semua dalam keadaan yang baik. “Mawi yang paling beria-ia dalam persiapan ini dan tak mahu ada kekurangan atau masalah pada tarikh keramat kelak.” Dalam sibuk menyiapkan semuanya masih juga ada kata-kata belakang yang berbisik mengatakan pasangan tersebut tidak mengotakan kata-kata mereka. Jika sebelum ini kedua-duanya bersetuju mahu menyatukan cinta mereka dalam keadaan yang ringkas dan kecil tetapi apa yang dilihat sekarang berbeda dengan apa yang diperkatakan.

Menjawab persoalan itu, Ekin menegaskan: “Bukan kami yang nak buat besar-besaran, tapi orang lain. Kami sendiri tak menyangka perkahwinan kami akan jadi sebesar ini.
“Slot di Astro dan tajaan yang lain semuanya datang dari orang lain bukan kehendak kami. Apabila memikirkan Mawi mempunyai peminat yang ramai tak salah sekiranya kami terima kerana mahu menghargai peminat dia. Kalau ikutkan saya, saya lebih suka buat dalam keadaan sederhana sahaja.”

Tidak terjejas - Mawi
Sementara itu, bagi juara Akademi Fantasia musim ketiga ini, semakin dekat dengan hari penyatuan cintanya semakin banyak gelora yang dialaminya. Ia bagai air yang mengalir tiada henti, namun bagi Mawi semua itu tidak melemahkan atau membuatkan dia tertekan.“Saya anggap semua ini biasa sahaja. Terus-teruskan lagi untuk berkata-kata atau menyebarkan pelbagai cerita. Saya tak akan lemah,” katanya sambil tersenyum penuh makna. Menjelaskan isu itu, lelaki paling popular di Malaysia ini berkata: “Semuanya tak betul, dan saya tak menyara keluarga Ekin pun. Mereka masih mampu untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.”

Sehubungan itu, sebagai lelaki yang bakal memberi perlindungan kepada Ekin, Mawi tidak menafikan, jauh di sudut hati dia simpati melihat Ekin terus-terusan menjadi mangsa keadaan.