Thursday, November 06, 2008
OBAMA Presiden Kulit Hitam Pertama AS
BARACK Obama bersama isteri dan dua anak perempuannya melambai ke arah penyokong semasa perhimpunan raksasa di Grant Park, Chicago, lllinois sejurus selepas memenangi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat malam tadi.– AFPObama, 47, yang mewakili Parti Demokrat mengetepikan pencabar kuat daripada Parti Republikan, John McCain dengan membolot 349 undi Badan Perwakilan Pemilih (BPP) di seluruh negara melepasi undi minimum sebanyak 270 undi BPP bagi melayakkan seseorang calon untuk diisytihar menang bagi menduduki White House.
Kemenangan Obama banyak disumbang oleh pengundi wanita, kulit hitam dan mereka yang berketurunan Hispanik, selain pengundi bebas. berita penuh di utusan malaysia
FOOD AS MEDICINE
HEADACHE? EAT FISH!
Wednesday, November 05, 2008
Potensi kulit durian rawat kanser
Kejayaan yang dicapai oleh Penyelidik Fakulti Teknologi Industri USM, Profesor Madya Azhar Mat Easa memang membanggakan kerana berjaya menukar pangsa durian kepada bahan yang mampu merawat kanser.
Pangsa durian kini boleh diproses menjadi serbuk atau modified Durian Rind Pectin (mDRP) dan boleh bertindak membuang logam berat dalam tubuh manusia.
Namun begitu, satu kajian yang lebih mendalam perlu dilakukan untuk membuktikan keupayaan mDRP itu sebagai agen membasmi kanser tetapi melalui petanda awal yang berjaya diperoleh, ia tidak mustahil untuk dilakukan.
"Kajian yang kita jalan selama dua tahun ini berjaya mendapatkan serbuk daripada pangsa durian itu yang mampu mengasingkan logam berat daripada tubuh manusia.
"Serbuk yang dicipta itu akan mengikat logam berat seperti raksa, arsenik dan plumbum yang ada dalam tubuh dan ia akan dikeluarkan dari tubuh sebagai najis," katanya pada sidang media di USM semalam.
Logam berat yang mengancam tubuh kita biasanya diterima daripada pelbagai punca seperti cat, ubat-ubatan tradisional, bateri, gam dan banyak lagi melalui sedutan, sentuhan atau makanan.
Antara ancaman logam berat itu kepada tubuh manusia ialah kegagalan untuk berfungsi pada buah pinggang, hati, otak, sistem saraf tunjang serta sistem pembiakan.
Tidur Mawi Terganggu

Katanya, menghadiri kursus kahwin anjuran Astro Oasis itu banyak membantunya mengingat kembali apa yang pernah dipelajari dulu.
“Segalanya sudah diketahui sejak sekolah rendah. Saya sudah belajar (pengisian program kursus kahwin)...seingat saya pada usia 11 dan 12 tahun.“Saya sudah belajar bab munakahat (kahwin) ini. Jadi, insya-Allah saya tiada masalah daripada aspek keyakinan.“Cuma, boleh dikatakan tidur malam terganggu kerana memikirkan pengisiannya. Namun, apabila sudah mengikutinya rasa seronok pula kerana banyak ilmu mengenai perkahwinan diperoleh,” katanya ketika ditemui selepas kursus itu.Dia tidak menafikan kerisauan menunggu hari pernikahannya kerana sukar membayangkan apa akan berlaku.“Soal nikah bukan perkara mudah,” katanya.Bagi Ekin pula, ceramah Ustazah Zawiah Hassan dalam kursus itu sangat menarik perhatiannya.Katanya, ia menyeronokkan, malah dapat menimba pengalaman baru yang cukup bermakna.“Ustazah Zawiah bijak berceramah. Jadi, tidak membuatkan saya serta peserta lain mengantuk. Keceriaan dibawa amat dirasai hingga tidak sedar masa ceramah sudah tamat. Tahu-tahu saja sudah habis,” katanya.
Listing of Names in your HP !!!!
Tuesday, November 04, 2008
Abby Abadi Gagal Fail Tuntutan Cerai Norman Hakim Kahwin Lain?

Abby Abadi cakap perceraian adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut gelora rumahtangganya bersama Norman Hakim. Dah tak de jalan lain dah. Kena cerai jugak.
Rentetan peristiwa hari ini:
* Abby menitiskan air mata ketika menemui wartawan di mahkamah.
* Kemudian meninggalkan kawasan mahkamah dengan dokuman,
* Menemui Norman di lokasi penggambaran,
* Menyerahkan dokumen,
* Pasangan Abby-Norman berjalan untuk mengadakan perbincangan 45 minit dan kedua-dua mereka berdepan dengan wartawan.
Di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur sekitar pukul 11.30 pagi tadi, Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan gagal memfailkan tuntutan cerai terhadap Norman setelah dokumen yang dikemukakan tidak lengkap, antaranya termasuklah alamat tempat tinggal Norman bagi memudahkan urusan surat-menyurat mahkamah. selanjutnya....
Monday, November 03, 2008
Kenapa Manusia Sanggup Buang Anak???
What were you think?
.
.
.
.
.
.M&M's of course. They melt in your mouth, not in your hand.
What were YOU thinking?? ( Aiyooooo so DIRTY minded! )





