Saya rasa tahun ini konsert AF akan menjadi lebih exciting dan lebih adil. Kalau sebelum ini penyingkiran dilakukan pada saat akhir konsert tetapi tidak pada AF8. Format lama sememangnya kurang adil untuk peserta terakhir. Kita kesuntukan masa untuk mengundi, akibatnya peserta akhir selalu mendapat tempat yang tercorot dan kalau tidak bernasib baik mereka akan tersingkir walaupun persembahan mereka hebat, contohnya IDAYU AF3, AIZAT AF5, RICH AF 4 dan ramai lagi yang tak sepatutnya tersingkir begitu awal.
Harapan saya dengan format baru ini pelajar yang berkualiti tidak akan menjadi mangsa kejam juri sms. Cuma satu cadangan saya kalau boleh, untuk pelajar yang berada di bottom 3, BARISAN JURI yang sepatutnya menyingkirkan mereka seperti format Mystarz Lg baru-baru ini. Ini barulah adil kerana biasanya pelajar yang berada di dalam kelompok bottom 3 adalah pelajar yang kurang popular bukan pelajar lemah. Walaupun mereka memberi persembahan terbaik namun tidak menjamin mereka untuk berada di carta teratas. Apa komen saudara?
Ikutilah artikel format baru ini di budiey.com...
gambar dipetik dari utusan malaysia
No comments:
Post a Comment