I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, January 09, 2010

KURSUS SCORE @ PARKCITY EVERLY HOTEL, BINTULU
















Tanggal 6-8 Januari 2010 , saya telah ditawarkan untuk mengajar kursus Budaya Keterampilan Diri untuk usahawan-usahawan Bumiputera di Parkcity Everly Hotel, Bintulu. Kursus ini adalah anjuran bersama LKIM & SIRIM di bawah projek SCORE SARAWAK.
Antara Modul-modul yang saya ajar adalah :
1. Keterampilan Diri
2. Etika Berpakaian
3. Etika di Meja Makan
4. Etika Temuduga
5. Pengucapan Awam
6. Perkhidmatan Pelanggan
7. Komunikasi
8. Perhubungan Awam

Kursus ini bertujuan untuk memberi kesedaran yang tinggi serta membangkitkan kekuatan personaliti seseorang dan menaikkan tahap produktiviti seseorang pekerja. Antara objektif kursus ini adalah :

1. Memahami kepentingan aspek keterampilan diri.
2. Mempelajari cara membina imej yang professional.
3. Memahami etika di meja makan.
4. Memahami cara memilih pakaian yang sesuai mengikut kesesuaian tempat dan acara.
5. Mengetahui tips penting apabila menghadapi temuduga
6. Mempelajari tips untuk pengucapan awam yang baik.
7. Mempelajari cara berkomunikasi dengan betul.
8. Menanam sikap jati diri pada diri masing-masing.

Sepanjang kursus berlangsung, banyak aktiviti telah dijalankan, antaranya :

- Cara berpakaian dgn betul, cara mengikat tali leher, cara duduk, berjalan, bercakap dll

- Menyediakan meja makan mengikut etika barat. Cara makan dengan betul turut diajar.

- Latihan mendengar dan melihat dengan teliti. Praktikal ditemuduga secara professional.

- Bahasa badan

Di akhir kursus, peserta telah diuji untuk membuat pengucapan awan [ public speaking ]selama 3 - 5 minit dengan tajuk ' Saya Yang Baru - 2010 '. Saya amat terharu apabila hampir semua peserta telah berjaya melakukannya dengan baik. Malah ada sesetengah peserta yang menangis kerana terharu kerana dapat melawan rasa malu dan kurang keyakinan diri.

Pandangan saya, walaupun mereka hanya belajar selama 2 hari, sekurang-kurangnya mereka telah berjaya mengatasi perasaan kurang yakin dan gugup yang membelenggu mereka selama ini apabila berhadapan dengan orang ramai yang terdiri dari pelbagai latarbelakang.

Harapan saya, selepas ini mereka akan lebih bersedia dan mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menjadi seorang Usahawan yang berjaya!

2 comments:

  1. Terima kasih atas tunjuk ajar ktk cikgu...insyallah ilmu yg bermanafaat itu akan dpt keberkahan dr allah Amin.

    ReplyDelete
  2. Sama-samalah kita mendidik anak bangsa kita dengan ilmu yang ada di dada sebagai amal jariah dan bekalan kita nanti.... insyallah!

    ReplyDelete