I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, July 31, 2008

Kursus Asas Homestay Sarawak

Puan Jamilah menerima sijil daripada Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Bandar & Pelancongan ( MUDT ) iaitu En.Akit Sebli

Saya sedang menerangkan sesuatu semasa penyediaan kertas kerja .

Peserta diajar bagaimana cara mengemas katil yang betul. Kelihatan Pn.Julia sedang bertanya sesuatu kepada ahli kumpulan beliau.

Para peserta sedang berbincang sebelum membentang kertas kerja.

Saya bersama-sama sebahagian daripada peserta.


Kursus Asas Homestay

Tempat : Penview Inn, Kuching
Tarikh : 29 & 30 Julai 2008
Peserta : 45 orang

Baru-baru ini saya telah dijemput untuk menjadi facilitator untuk Kursus Asas Homestay anjuran Kementerian Pembangunan Bandar & Pelancongan ( MUDT ), Sarawak. Kursus selama 2 hari itu adalah untuk Penggerak/ Koordinator & peserta projek Homestay di kawasan Bahagian Pertama Sarawak. Peserta harus mengikuti kursus ini untuk melayakkan mereka mengusahakan perniagaan homestay di kampung masing-masing.

Saya telah menjadi facilitator sejak dari tahun 2000 lagi. Sepanjang penglibatan saya di dalam projek ini, saya telah menjelajah ke serata negeri Sarawak untuk mencurahkan segala ilmu yang ada. Saya rasa bertuah kerana dapat berjumpa dengan masyarakat yang berbilang kaum.

Perbezaan antara homestay di Sarawak dengan Semenanjung adalah, di sini homestay terdiri daripada kampung yang terdiri dari pelbagai kaum seperti kaum melayu, melanau, iban, bidayuh, selako, orang ulu dll. Jadi pilihan nya lebih banyak. Kita boleh melihat pelbagai cara hidup kaum-kaum asli di Sarawak. Sesungguhnya ia begitu unik dan banyak yang akan kita pelajari.

Homestay yang merupakan pelancongan alternatif telah menarik ramai pelancong baik pelancong domestik ataupun antarabangsa. Dengan kepelbagaian kaum,budaya dan cara hidup yang berbeza, ia memberi pengalaman yang amat unik.

Semasa kursus tersebut, peserta telah diajar 8 buah modul yang merangkumi khidmat pelanggan, cara pengendalian & operasi serta cara pemasaran. Setelah menghadiri kursus, sekumpulan panel dari Kementerian Pelancongan akan membuat tinjauan di kampung-kampung mereka sebelum mendapat kelulusan dan mendapat pentauliahan.

Di Sarawak terdapat 14 buah kampung yang telah mendapat pentauliahan. Hasil dari pengamatan saya, kampung-kampung tersebut telah menerima ramai tetamu dari merata tempat. Sehubungan itu pihak Kementerian Pelancongan telah memperuntukkan lebih banyak bajet untuk memperbanyakkan lagi projek homestay di seluruh Sarawak.

Untuk mengetahui lebih banyak info sila layari laman web www.right.sarawak.gov.my/homestay

Sekiranya kampung anda berminat untuk menyertai projek homestay, sila hantar permohonan kepada :

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN BANDAR DAN PELANCONGAN SARAWAK
Tingkat 2 bangunan MASJA, Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak
( pegawai utk dihubungi : En. Akoi Ejau ) Tel : 082 319313 Fax : 441277

Wednesday, July 30, 2008

Lagi gambar-gambar semasa kursus


Saya sedang khusyuk mendengar ucapan penutupan dari En.Akit. Ada gaya YB tak? hehehe
Saya sedang menjadi 'pengkritik' semasa sesi pembentangan kertas kerja.
Lauk yang dihidangkan oleh Penview Inn sungguh 'yummy' !
Salah seorang peserta; Puan Rom sedang membentang kertas kerja.



Peserta turut di ajar macamana hendak sediakan meja makan untuk pelancong di rumah mereka.Pelajar dari UUM - Iwan yg membuat latihan praktikal di MUDT turut sama mempelajari cara mengemas katil bersama Pn. Jamilah - tuan punya Butik Anggun Collection.


One for the album - Para peserta bergambar kenang-kenangan bersama-sama En.Akit, En.Akoi & En.Borhan dari MUDT di hari penutupan kursus.

Monday, July 28, 2008

ANUGERAH BERBEZA


ANUGERAH yang baru diterima daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyuntik semangat baru buat penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 29. Anugerah Kecemerlangan Balai Ikhtisas Malaysia (BIM) 2008 itu diberikan kepada golongan profesional tidak kira dalam apa jua bidang.

Siti Nurhaliza menerima anugerah berkenaan bagi kategori Artis Profesional Malaysia sekali gus meletakkan dirinya sebaris dengan profesional lain seperti Datuk Mohd Hassan Marican, Tan Sri Dr Yahya Awang serta ramai lagi. Ketika dihubungi, Siti melafazkan kesyukuran kerana golongan seni turut mendapat pengiktirafan setanding golongan profesional lain. Pengiktirafan itu amat berbeza daripada anugerah yang pernah dikecapi sebelum ini. “Siti bersyukur apabila profesion sebagai artis, karyawan dan seniman juga boleh mendapat pengiktirafan seperti ini dan dianggap sebagai golongan profesional. Siti dipilih sebagai mewakili golongan artis dan bagi Siti pengiktirafan ini amat berbeza daripada anugerah yang pernah Siti dapat yang mana kebanyakannya datang daripada anugerah berkaitan dengan seni juga.

“Anugerah ini sememangnya satu penghargaan yang amat bernilai untuk Siti. Selain itu, ia menyuntik semangat Siti untuk terus menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat. Siti tidak mahu menjadi artis yang sekadar menyanyi saja tetapi Siti mahu melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk masyarakat contohnya menerusi Yayasan Nurjiwa,” katanya yang bakal meraikan ulang tahun kedua perkahwinannya bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos depan. Perjalanan dua tahun melayari bahtera rumah tangga berlalu dengan cukup pantas. Sedar tidak sedar, sudah dua tahun penyanyi kesayangan ramai itu bergelar isteri kepada usahawan tersohor dari utara tanah air. Dua tahun menyulam kasih, tiada apa yang diharapkan penyanyi yang pernah popular dengan lagu Aku Cinta Padamu itu melainkan rumah tangga yang terus aman dan harmoni. “Walaupun perjalanan Siti dalam melayari alam rumah tangga masih lagi jauh, namun Siti bersyukur tahun pertama dan kedua perkahwinan berjalan dengan baik. Insya-Allah, selagi suami isteri menerapkan rasa sabar serta sama-sama berkomunikasi dengan baik, rumah tangga akan aman bahagia.

“Siti juga perlu tahu tanggungjawab sebagai seorang isteri dan suami juga tahu tanggungjawabnya sebagai suami. Selain itu juga, suami isteri perlu belajar untuk memperbaiki diri masing-masing. Siti juga sentiasa memanjatkan doa kepada Allah semoga terus memberkati perkahwinan kami,” katanya yang masih belum mempunyai sebarang perancangan mengenai sambutan ulang tahun keduanya nanti. Kemungkinan kata penyanyi itu, ia akan diraikan secara kecil-kecilan bersama keluarga terdekat. Sekiranya diadakan secara meriah, dia tidak lupa untuk mengundang rakan-rakan untuk sama-sama meraikan hari bahagianya. Tidak dapat hadir majlis MTV SEMENTARA itu, ditanya mengenai desas-desus bahawa dia tidak akan hadir ke Anugerah MTV Asia yang akan diadakan di Genting Highlands, 2 Ogos depan. Penyanyi itu tidak menafikannya kerana katanya dia mempunyai urusan peribadi yang perlu dibereskan. “Siti tidak dapat pergi kerana ada komitmen lain yang perlu dilunaskan. Kalau boleh memang Siti teringin untuk menyertai tetapi tarikhnya jatuh pada hari yang sama dengan hal peribadi Siti, jadi Siti terpaksa pilih salah satu daripadanya. “Bukan Siti sengaja tidak mahu pergi. Lagipun sebelum ini Siti tidak pernah ketinggalan untuk bersama-sama dengan MTV Asia, hanya kali ini saja. Hal Siti nanti lebih kepada perkara peribadi, Siti tidak ke mana-mana cuma hal dalam negara saja,” katanya.

INFO: Siti Nurhaliza
*Menerima Anugerah Artis Profesional Malaysia anjuran Balai Ikhtisas Malaysia (BIM) 2008 pada Rabu lalu. Anugerah disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
*Bakal meraikan ulang tahun kedua perkahwinannya pada 21 Ogos ini. Perkahwinan Siti dan Khalid sebelum ini menjadi ‘ Wedding of The Year’. Siti menerima hantaran RM30,000 dan mas kahwin RM22,222.22.
*Pernah menerima Anugerah Artis Pilihan Malaysia untuk Anugerah MTV Asia dari 2002 hingga 2005.
*Enam kali dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

petikan: BH/280708

Why Malaysian Government insists on using English or Math & Science??


This is because the whole world uses the language as an information and/or technology language. How dangerous it will be if we try to use Bahasa, especially in school. See example below:-

Hardware = barangkeras

Software = baranglembut

Joystick = batang gembira

Plug and Play = cucuk dan main

Port = lubang

Server = pelayan

Client = pelanggan

Try to translate this:

ENGLISH:
That server gives a plug and play service to the client using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client.

Now in BAHASA:
Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan menggunakan batang gembira jenis keras atau lembut. Batang gembira itu akan dimasukkan ke dalam lubang pelanggan.



Now you know...WHY...

Friday, July 25, 2008

Star Fruit Can Kill !!!!!


We were advised to have a few servings of fruits a day in order to rep the benefits of fruits right?

But obviously this is one big no-no fruit to be excluded from your fruity feast!In Shenzen, more than 10 people who consumes the star fruit had died.And now a 66-year-old, Malaysian who has been suffering from kidney ailment fell into coma after eating the star fruits. Yes, all it takes is onefruit or 100ml of its juice and the ordinarily harmless star fruittransforms poison in a matter of hours for kidney patients. So doesthis mean, people without kidney problems should be fine with starfruit! Universiti Malaya Medical Centre consultant nephrologist said that starfruits contain a neurotoxin which is not present in other fruits. Itaffects the brain and nerves. In healthy persons, the kidneys filterit out. But for those with kidney problems, this potent toxin cannot beremoved and will worsen the consumers' conditions.


The symptoms of star fruit poisoning include:

~Hiccups

~Numbness and weakness

~Feeling confused~Agitation

~Epileptic fist


The risk of death is high if you are having kidney ailments! Buthealthy individuals should beware of this fruit's potential toxin too.It could also cripple your vitality if you are not lucky. So don't take it forgranted. It's better to avoid them. Please pass this news to others .

Hati Mawi







Petikan : BH / 250708 /Farihad Shalla Mahmud

Selama ini mulutnya bagaikan dikunci untuk berbicara soal hati dan perasaan. Tanyalah dan selidiklah walau dengan apa cara sekalipun, jejaka bernama Asmawi Ani atau lebih akrab disapa Mawi ini tetap tidak akan mendedahkan kisah cintanya yang terjalin bersama pelakon Nora’sikin Rahmat atau Ikin. Bagi Mawi, biarlah kisah peribadinya itu disimpan kemas dalam hati tanpa perlu dikongsi sesiapa. Bagaimanapun, sekali air bah, sekali pantai berubah. Tanpa dipaksa, jejaka berusia 27 tahun ini dengan sukarela membuat pengakuan mengenai perjalanan kisah cintanya yang selama ini disimpul rapi menjadi rahsia peribadi.

Pun begitu, tidak semua yang disampaikan Mawi itu boleh dijadikan tatapan umum. Ada ketika Mawi meminta supaya apa yang kami bualkan itu menjadi rahsia atas alasan ingin menjaga hati pelbagai pihak. Selama mengenali Mawi, jarang penulis melihat dia bersikap terlalu terbuka seperti itu. Entah kerana ada kuasa ajaib yang membantu ataupun tuah penulis sendiri, Mawi yang ditemui sewaktu menjalani penggambaran klip video di Rebak Island Resort, Langkawi - A Taj Hotel hujung minggu lalu rela untuk berkongsi kisah suka dukanya sepanjang bergelar kekasih kepada gadis yang berasal dari Johor Bahru itu. Ibarat membaca sebuah novel, helaian demi helaian lembaran percintaan mereka disingkap Mawi. Tuturnya, tidak pernah dia menyangka perkenalan singkat membawa hubungan mereka sejauh ini. Namun itulah yang dikatakan jodoh.

Pun begitu laluan mereka untuk sampai ke tahap ini tidaklah semudah yang disangka. Adat orang bercinta, tidak lengkap andai tidak melalui ujian getir yang hampir saja menggugat keharmonian hubungan mereka. “Sejak kami bercinta, ada saja dugaan yang mendatang. Paling hebat apabila ada insan yang sering menaburkan cerita buruk terhadap kami berdua. Dengan saya, mereka memburukkan Ikin dan dengan Ikin pula macam-macam mereka cucuk sehingga membuatkan hubungan kami hampir berantakan. “Setiap kali membicarakan hal ini, ia berkesudahan dengan pergaduhan. Saya tahu ada orang yang tidak senang melihat kami bahagia. Justeru, kami sudah berjanji, apa saja cerita yang didengar, biarlah diselidik terlebih dulu kebenarannya. “Yang pasti hubungan kami berlandaskan kepercayaan. Pun begitu, saya akui apabila berlaku hal seperti ini, cinta kami berdua makin kuat,” ujar Mawi tenang, setenang wajahnya malam itu.

Menjawab persoalan mereka yang masih ragu-ragu dengan keputusannya untuk menjadikan Ikin sebagai suri hidupnya, Mawi menegaskan isu itu tidak sepatutnya ditimbulkan. “Apapun yang berlaku saya akan pastikan perkara (perkahwinan) ini akan diteruskan juga. Jangan menuduh Ikin yang bukan-bukan kerana saya lebih kenal siapa dirinya yang sebenar. Dia tidaklah seburuk seperti yang disangkakan. “Mengenali Ikin, dia seorang yang sentiasa mengambil berat pasal diri saya dan ikhlas berkawan dengan saya. Dia menerima saya sebagai Asmawi Ani dan bukannya Mawi. “Malahan, dia selalu telefon saya untuk bertanyakan khabar dan dia cukup bersederhana dari segala segi. Lagipun kami sama-sama terbabit dalam dunia seni jadi sedikit sebanyak kami memahami antara satu sama lain,” ujar pelantun Langit Biru sambil memberitahu hubungan mereka itu sememangnya mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak.

DITANYA bagaimanakah mereka berdua memadu kasih memandangkan statusnya sebagai penyanyi popular yang sentiasa menjadi perhatian orang, Mawi berkata perkara itu tidak pernah menjadi masalah buat mereka. “Selalunya kami dating di kedai mamak. Lazimnya kalau kami ingin keluar makan, saya akan ditemani pembantu saya, Ali dan selepas itu barulah Ali akan tinggalkan kami berdua. “Kalau hendak diikutkan, kami memang jarang berjumpa. Seminggu sekali, itupun bergantung kepada jadual saya. Mujurlah telefon dan SMS menjadi penghubung kami berdua,” cerita Mawi yang mengakui dirinya bukanlah seorang yang romantik. Dalam pada tidak mengaku romantik, Mawi sempat juga memberi kejutan kepada gadis kesayangannya itu. Cuma dia agak keberatan untuk menjelaskan dengan lebih lanjut apakah kejutan yang dilakukannya itu. Bersembang dengan Mawi tidak lengkap rasanya andai perbualan itu tidak menyelitkan pertanyaan bilakah Bintang Paling Popular ini akan mendirikan rumah tangga. Apatah lagi ketika ini spekulasi mengenai tarikh perkahwinan mereka semakin hangat disebarkan. Seperti yang dijangka, tidak ada kenyataan rasmi yang keluar dari mulut lelaki ini. “Tunggulah, kami memang sedang menuju ke arah itu. Tapi bilakah masanya, akan saya umumkan kerana saya mahu berlaku adil kepada semua pihak. “Mengenai majlis perkahwinan kami, kalau boleh saya mahukan seringkas yang boleh. Buat apa yang wajib saja. Tapi, saya sedar status saya sebagai selebriti menyukarkan impian seperti itu untuk dilaksanakan,” ujar Mawi yang teringin untuk mengadakan majlis perkahwinannya di kampungnya sendiri iaitu Felda Taib Andak, Kulai Johor .

Ikin Satu Dalam Seribu

KEPUTUSANNYA ini barangkali bakal mengundang kontroversi namun bagi Mawi kontroversi bukanlah sesuatu yang asing buatnya. Malah, sejak keluar dari sangkar emas Akademi Fantasia lagi, Mawi sudah sinonim dengan kontroversi. Justeru, apabila Mawi bersetuju untuk mengundang Ikin menjadi model video klip lagu Satu Dalam Seribu, dia sudah bersedia untuk berdepan dengan pelbagai tanggapan negatif masyarakat. “Apabila dimaklumkan pihak syarikat rakaman yang saya akan digandingkan dengan Ikin untuk video klip lagu ini, saya terus saja bersetuju. Pada saya itu bukanlah satu kesalahan kerana ia juga mendapat sokongan rakan media. “Lagipun, Ikin juga seorang pelakon dan kebetulan dia sekarang tidak terikat dengan mana-mana penggambaran. Malah, hubungan yang terjalin antara kami juga membuatkan saya selesa untuk digandingkan bersamanya,” tegas Mawi. Ditanya tidakkah nanti Ikin akan dituduh cuba menumpang popularitinya apabila muncul dalam video klip arahan Saifullizam Mohd Shah itu, Mawi berkata dia sudah lali dengan tanggapan itu. “Sebelum ini pun saya pernah digandingkan dengan ramai artis ternama seperti Datuk Siti Nurhaliza, M Nasir dan Jamal Abdillah dan orang tetap juga mengatakan yang mereka menumpang populariti saya. “Jadi saya tak kisah pun dengan perkara itu sebab ia bukan datang dari mulut saya,” tutur Mawi lembut. Mengakui sedikit segan kerana itulah kali pertama dia bergandingan dengan pujaan hati, Mawi berkata dia sedaya upaya untuk melakukan tugas itu dengan baik. “Tak dapat dinafikan perasaan malu, janggal dan gementar itu tetap ada. Tapi, kami bersikap profesional. Harap-harap klip video ini akan meletup apabila siapa dihasilkan,” seloroh Mawi sambil ketawa.

Wednesday, July 23, 2008

Jawablah!: Cabar tuan hantu raya bersemuka

Chef Wan mahu rungkai apa yang terbuku di hati pihak yang berdendam DUA tahun hidupnya menderita gara-gara perbuatan individu yang cemburu terhadap kejayaan yang diraihnya. Dibelenggu ilmu hitam sepanjang tempoh itu menjadikan kehidupan tukang masak selebriti terkenal, Redzuawan Ismail atau lebih akrab disapa Chef Wan bagaikan tidak keruan. Saban malam tidurnya diganggu dengan bunyi pelik dan menyeramkan seperti bunyi orang merangkak dan mencakar di siling rumahnya. Malah, gangguan itu melarat-larat hingga membabitkan kecederaan fizikal apabila badan pengacara program Ole Ole Chef Wan ini dijangkiti gatal-gatal sekali gus membengkak.

Puas dibawa berubat, jawapannya tetap sama apabila kebanyakan doktor yang ditemui mengatakan dia sebenarnya normal serta tidak menghidapi sebarang penyakit berbahaya. Tanda tanya mengenai penyakitnya itu akhirnya terjawab juga apabila ustaz yang merawatnya itu mengesahkan yang dia menjadi mangsa perbuatan sihir seseorang. Biarpun terluka kerana mengetahui orang yang menganiayanya itu seseorang yang amat dikenali namun jelas Chef Wan kepada Hip, bukanlah menjadi sifatnya untuk membalas dendam. Tegasnya, biarlah perbuatan individu itu dibalas Tuhan di akhirat kelak. Apa yang pasti, menurut Chef Wan kehidupan akan tetap diteruskan dan dia juga tidak akan mengalah kerana dia percaya Tuhan maha adil dan sentiasa melindungi mereka yang berada di pihak yang benar.


Hip: Apa sebenarnya yang berlaku kepada Chef Wan?
Chef Wan: Kejadian ini sebenarnya sudah lama berlaku dan sejak kebelakangan ini ia makin serius sehingga mengganggu kerjaya saya. Selama terkena sihir itu, hidup saya tidak lagi normal. Siang dan malam sentiasa diburu ketakutan. Mana tidaknya, setiap kali malam menjelma tidur saya akan diganggu dengan bunyi-bunyian yang menyeramkan seperti ada benda yang merangkak dan mencakar di atas siling rumah. Kadang-kadang saya dengar ada benda terjatuh. Malah, pernah juga saya melihat ada bayangan putih terapung-apung di balkoni rumah sehingga membuatkan saya ketakutan dan tidak boleh tidur sepanjang malam. Bukan itu saja, saya juga diserang penyakit gatal-gatal di seluruh badan. Berminggu-minggu lamanya sehinggakan seluruh badan menjadi bintat dan membengkak. Kaki pula bagai dicucuk jarum. Selera makan mula hilang dan saya akui keadaan ini amat menyeksakan sehingga mengganggu fikiran dan tumpuan pada kerja mula berkurangan. Bayangkan, bagaimana kita hendak bersemangat membuat kerja apabila badan letih dan tidak cukup tidur. Akibatnya, banyak tawaran kerja dan projek yang datang terpaksa ditolak.

Hip: Bagaimana Chef Wan tahu yang penyakit itu gara-gara ilmu hitam?
Chef Wan: Saya sudah bertemu dengan ramai doktor dan setiap kali menjalani rawatan mereka mengatakan semuanya normal. Saya tidak mengidap sebarang penyakit sedangkan hakikatnya saya sendiri merasainya. Jadi apabila doktor sendiri gagal mengesan puncanya, jadi saya pun beralih ke perubatan tradisional. Hasil rawatan ustaz terbabit, saya diberitahu yang saya menjadi mangsa ilmu sihir seseorang yang tidak senang dengan saya. Dan setiap kali apabila saya menjalani rawatan, kebanyakan bomoh dan ustaz yang ditemui semua mengatakan benda yang sama. Mungkin dia yang bomohkan saya itu tak puas hati melihat kesenangan dan kejayaan yang saya raih sebelum ini. Jadi apabila ini berlaku, puaslah hati dia dan tercapailah hajatnya untuk menutup periuk nasi saya.

Hip: Sebagai orang yang berpendidikan tinggi, Chef Wan percaya dengan perkara seperti ini (ilmu hitam)?
Chef Wan: Tak percaya macam mana pula apabila perkara ini menimpa diri kita sendiri. Apa lagi yang perlu dijelaskan apabila saya berjumpa dengan doktor, mereka gagal mengesan penyakit saya walhal badan saya gatal-gatal dan membengkak. Lagipun saya percaya akan kewujudan jin dan syaitan kerana perkara itu sendiri sudah termaktub di dalam al-Quran.

Hip: Mungkin bukan kerana dengki tetapi orang yang bomohkan Chef Wan itu sebenarnya berdendam gara-gara mulut laser Chef Wan sendiri?
Chef Wan: Selama ini semua orang sudah sedia maklum siapakah Chef Wan sebenarnya. Saya bukan jenis orang yang cakap belakang. Jika ada perkara yang tak kena di mata saya, saya akan tegur orang itu secara berdepan. Biasalah, kebenaran ada kala pahit untuk ditelan. Lagipun, saya bukanlah jenis orang yang suka mengambil tahu serta mengacau hal peribadi orang lain. Malah, kebanyakan masa saya dihabiskan di luar negeri kerana menjalani pelbagai penggambaran program masakan. Jadi bila masanya saya nak bergaduh dengan orang lain? Saya percaya orang yang buat saya itu memang dengki dengan saya dan mahu melihat saya jatuh dalam bidang ini. Itulah juga kenyataan yang dikeluarkan ustaz yang merawat saya.

Hip: Tidak mahu ambil apa-apa tindakan sementelah Chef Wan kenal individu itu?
Chef Wan: Bukanlah sifat saya untuk membalas dendam atau memulangkan balik apa yang dihantarnya kepada saya itu. Bagi saya biar Allah saja menghukum dia di akhirat kelak. Saya pasrah dengan apa yang berlaku dan saya tahu saya juga akan menjadi sepertinya kalau saya berniat untuk membalas dendam. Saya percaya Tuhan akan menolong insan yang teraniaya. Tapi harus diingat, selagi nyawa di kandung badan, saya tidak akan mengaku kalah. Perjuangan akan tetap diteruskan sampai bila-bila. Saya tidak akan berhenti dari melakukan apa yang saya lakukan ketika ini. Malah, ia seolah-olah menjadikan semangat saya lebih kuat. Cuma di sini saya ingin mencabar dia supaya tampil berdepan kalau benar dia yang membomohkan saya kerana saya sendiri hendak tahu apa salah saya terhadapnya.

Hip: Serik untuk mempercayai sesiapa selepas ini?
Chef Wan: Kejadian ini bagaikan petanda supaya saya lebih berhati-hati dalam mempercayai sesiapa saja. Tapi mujurlah semua rakan-rakan, peminat memberi sokongan tidak berbelah bagi serta melahirkan simpati mereka terhadap apa yang berlaku. Malah mereka juga mendoakan kesejahteraan saya sehingga ke akhir hayat. Dan semangat mereka itulah yang menjadikan saya kuat untuk berdepan semua ini.


Oleh Farihad Shalla Mahmud/ BH/230708
KOMEN JEFBUJ
Perkara bomoh membomoh ni berlaku sejak dulu lagi malah berleluasa hingga kini. Hasad dengki manusia memang tidak boleh diubat. Selagi org itu tidak jatuh selagi itulah mereka berusaha.
Macam kes Chef Wan, beliau adalah seorang selebriti & jutawan, maka tidak hairanlah ramai org yang dengki. Sekiranya Chef Wan memang tahu siapa yang membomohkan dia, sepatutnya Chef Wan cepat bertindak. Jangan bila sudah terlantar baru nak berubat. Nasihat saya, Chef Wan harus bersemuka dengan org itu dan menyelesaikan segala masalah. Chef Wan sendiri mungkin tidak tahu kemungkinan beliau tersalah cakap atau membuat sesuatu yang menyinggung perasaan org. Biasanya seseorang itu berbuat sesuatu dengan bersebab. Apa-apapun terserahlah kepada empunya badan!

Tuesday, July 22, 2008

Sama tak serupa - Persona dua jejaka

Sekali pandang wajah Fahrin Ahmad dan Kamal Adli nampak seiras bagaikan adik-beradik

MEREKA hadir dengan pakej hebat dan mantap, kacak dan mempunyai persona tersendiri. Pastinya aura Fahrin Ahmad, 29, dan Kamal Adli, 22, sebagai lelaki sejati yang ditampilkan sentiasa membuatkan gadis seakan terpana sekali gus menagih cinta. Sekali pandang wajah mereka nampak seiras dan bagaikan adik-beradik. Fahrin kini sudah kembali solo tanpa sebarang ikatan atau hubungan ‘teman tapi mesra’ dengan mana-mana wanita. Tapi maaf ya, Kamal khabarnya sudah berpunya.

Mereka mula mengukir nama sebagai pengacara dan kemudiannya melebarkan empayar seni dengan berlakon. Fahrin mula mendapat perhatian sejak lima tahun lalu apabila mengacarakan program XY di Astro Ria, kemudiannya mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan melalui drama sulung lakonannya, Salina. Kamal Adli pula mula menerjah persada seni sejak ditabalkan sebagai Hero Remaja 2007/2008 dan dilamar sebagai hos Rentak Juara, Rhythm Of Champions dan Pandanganku Ceritaku. Rezeki terus melekat apabila ditawar berlakon drama Sunsilk Impian yang dulunya dikenali sebagai Impian Illyana, biarpun usianya di dalam liga seni tidak sampai pun setahun. Kebelakangan ini nama Fahrin semakin menjadi sebutan apabila ‘episod cintanya’ dengan penyampai radio Era, Linda Onn dikatakan sudah ternoktah. Masing-masing dilihat berlawan-lawan memberi kenyataan balas, namun Fahrin masih tenang menghadapi kehidupannya kini. Fahrin masih sibuk memenuhi tawaran berlakon. Begitu tegar jiwa lelakinya dan dia menafikan rona ‘cinta’ yang terjalin antaranya dengan Linda menjunamkan popularitinya.

“Saya tidak melihat apa juga yang sudah saya lalui selama ini dengan dia sebagai sesuatu yang mampu memberi impak. Apa yang terjadi sudah terjadi dan ia datang dengan keputusan sendiri. Saya berpijak di bumi nyata dan tidak melihat kerjaya seni saya sebagai kerjaya sepanjang hayat. Selepas ini, saya kena pertimbangkan dan mula memikirkan hal lain termasuk perancangan menceburi bidang perniagaan dan berkeluarga (berkahwin). “Saya tidak mengatakan populariti itu tidak penting. Tapi kita kena bijak merancang dalam kehidupan dan pada satu peringkat masa, saya sedar perlu memperlahankan kerjaya seni bagi memberi fokus pada hal lain,” tegas Fahrin yang mengakui belum punya kekasih hati. Tambah Fahrin lagi, kalau ada jodoh semestinya dia akan mempertimbangkan hal itu dan membuat solat istiqharah. Walau apa juga yang telah melanda hidupnya, Fahrin mengakui dia masih Fahrin yang sama seperti dulu. “Umur saya bukannya semakin menurun, soal cinta Insya-Allah akan datang tanpa diduga. Saya percaya pada sesebuah ikatan perkahwinan itu akan lebih memperbaiki diri dan mendekatkan diri kita dengan Tuhan. Tapi saya bersyukur kerana keluarga saya tidak pernah mendesak atau memaksa saya berhubung hal perkahwinan. Mereka relaks dan 'cool'," kata Fahrin yang mengakui ada menerima beberapa tawaran berlakon filem tapi masih belum ada hitam putih.

Menyentuh kembali 'kemelut' yang dihadapinya rentetan kisahnya dengan Linda Onn yang hebat dicanang dalam media, Fahrin masih mampu tersenyum mengatakan dia semakin matang untuk menangani situasi ini. Mungkin Fahrin cuba menyembunyikan apa juga gelodak perasaannya kerana hati menangis siapa yang tahu bukan? Jelas Fahrin lagi, tiada apa yang silap antara mereka dan mengakui gadis tinggi lampai itu sangat baik orangnya. Supaya tidak bercanggah dan mengeruhkan keadaan, Fahrin lebih suka merujuk kepada kenyataannya sebelum ini. “Semua ok dan sudah besar panjang untuk menghadapi segala-gala. Kematangan mampu membuatkan kita lebih tenang untuk menangani situasi. Saya meletakkan hormat yang tinggi kepada pihak yang satu lagi (Linda Onn). Buat apa nak bermusuh atau berdendam, kita boleh menilai sesuatu hal dengan matang dan bijaksana. Manusia yang berdendam dan bermusuh, tidak akan reda hidupnya. “Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang telah terjadi. Antara prinsip saya dalam hidup, tak akan pernah rugi orang yang berbuat baik. Kita manusia tidak pernah sempurna dan boleh lari daripada melakukan kesilapan,” ungkap Fahrin penuh makna, sambil menafikan pelakon, Rima Melati dari Singapura sebagai penyebab 'perpisahan'nya dengan Linda Onn.
Mahu elak gosip jerat diri BAGI Kamal Adli atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, demi tumpuannya kepada bidang seni, dia terpaksa menangguh dulu baki pengajiannya di sebuah institut. Situasi Kamal Adli mungkin tidak sehebat Fahrin yang berdepan dengan gosip yang ada kalanya memeritkan. Saat ini anak ketiga daripada tujuh beradik ini masih kalis gosip dan dia lebih selesa dengan keadaan itu. Menurutnya, lebih baik jika peminat dan penggemar bidang seni meminatinya atas dasar kerja tapi tidak mustahil beberapa tahun lagi andai tersalah percaturan, namanya mungkin bakal dihinggap gosip. “Kamal harus berterima kasih kerana biarpun tidak sampai setahun jagung berada dalam industri, Kamal menerima respon yang sangat positif semasa melakukan pengacaraan dan berlakon. Setakat ini tak adalah yang sampai suruh saya ‘gulung tikar’. Mungkin juga orang masih mempercayai bakat dan khidmat Kamal. Insya-Allah, Kamal akan terus komited dan kekal berjuang dalam arena seni. “Kalau Kamal sekadar mahu main-main di dalam industri, lebih baik Kamal menarik diri di peringkat awal. Ada orang cakap, artis itu boleh naik kerana gosip tapi semuanya terpulang kepada cara gosip itu diterjemah dan diterima. Jika baik pendekatannya maka baiklah kesannya, jika sebaliknya ada kala ia mampu menjerat diri,” kata Kamal Adli yang tinggal bersama keluarganya di Bandar Baru Bangi. Peluang berdamping dengan Fahrin untuk satu sesi fotografi bersama Hip, menjadi momen bermakna buat diri Kamal kerana dia menjadikan Fahrin sebagai contoh bagi memacu kerjaya seninya. “Kamal suka gaya dia berlakon, muka dia memang muka hero Melayu. Gaya pengacaraan juga hebat dan saya menjadikannya sebagai contoh dan idola dalam dua bidang yang kami ceburi,” kata Kamal ringkas.


Info Fahrin Ahmad
Berasal dari Johor Bahru dan dilahirkan pada 9 Mei 1979
Profesionnya sebagai usahawan, pengacara, pelakon dan model.
Drama pertama lakonannya ialah Salina dan filem pula ialah Qaisy & Laila.
Nasihatnya kepada bakat baru, Kamal Adli ialah untuk terus menjadi diri sendiri dan jangan berfikiran apabila sudah jadi artis kena menjadi hipokrit.
Bergandingan dengan Ziana Zain untuk dua buah telefilem iaitu Tetamu Allah dan Nur Kasih Di Jabal Rahmah terbitan Rumah Karya Citra milik Erma Fatima. Selain itu Fahrin bakal muncul dengan telefilem Kau Mencipta Dosaku, Qasidah Buat Laila dan Tasbih Cinta.
Pernah berlakon filem Persona Non Grata dan Puaka Tebing Biru.
Antara drama lakonannya ialah Simbiosis, Villa Cinta Daddy, Graduan, Elit dan Dalam Hati Ada Cinta.
Pernah mengacarakan Sehati Berdansa bersama Linda Onn bagi musim pertama. Menurut Fahrin, jika kena pada waktu dan kesempatan, Fahrin tidak akan menolak untuk mengacarakan kembali Sehati Berdansa pada musim kedua.
Emel: fahrinahmad@yahoo.com
Busana tajaan: Lord's Tailor.


Info Kamal Adli
Dilahirkan pada 16 April 1986.
Masih sibuk menghabiskan baki rakaman drama Sunsilk Impian yang disiarkan di TV3. Drama itu disiarkan berdurasi 15 minit setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 3.30 petang dan siaran ulangan pada hari Sabtu, jam 12 tengah hari selama setengah jam.
Pernah bergandingan dengan Zed Zaidi, Emelda Rosmila dan Dia Fadila sewaktu mengendalikan Rentak Juara, Rhythm Of Champions.
Pandanganku Ceritaku disiarkan di Astro Ria pada setiap Isnin jam 5 petang dan ulangannya pada 10.30 malam.
Mengakui terpaksa menolak tawaran lain kerana terbabit dengan penggambaran drama Sunsilk Impian dan mengacarakan Pandangku Ceritaku.
petikan: BH/22/07/08

Ayam Marsala ( 3 )


Bahan-bahannya :
1 ekor Ayam di potong 14

BAHAN A
Cili Merah, BawangMerah, Bawang Putih & Halia ( di kisar )
¼ cawan Susu Ideal, Garam, Gula, 3 sudu Sos Tomato, & perahan sebiji limau nipis.
Gaul rata semua Bahan A untuk memerap Ayam. Perap selama 20 ke 30 minit.

BAHAN B
Rempah Tumis ( Bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, cengkeh )
Air Rempah ( Sedikit serbuk Ketumbar, Jintan Manis, Jintan Putih, Kunyit dan gaul dalam ½ gelas air )
3 Kiub Ayam Maggi
2 sudu pes cili kering
2 sudu serbuk lada hitam
3 biji Bawang Besar di belah 4
Minyak untuk menumis
2 keping Asam Keping ( Asam Gelugor )
1 Tin Susu Ideal

Cara-cara :

1. Panaskan minyak dan gorengkan Bawang Besar dan angkat & ketepikan.
2. Tumiskan pes cilikering hingga garing dan masukkan Rempah Tumis.
3. Masukkan air rempah dan tumis sampai naik bau kemudian masukkan serbuk lada hitam.
4. Masukkan ayam yang telah diperap tadi dan masak hingga empuk.
5. Masukkan lebihan Susu Ideal dan Asam Keping. Masukkan kiub ayam Maggi. Tambahkan gula & garam secukup rasa.
6. Masukkan Bawang Besar yang di goreng tadi.
7. Setelah masak, angkat & hidangkan.

Tips menghidang

1. Hiaskan dengan cili merah berbentuk bunga dan taburan bawang goreng dan daun sup.
2. Sesuai dimakan dengan nasi putih, ketupat atau roti.

Monday, July 21, 2008

NUBHAN - AKU UNTUK MU


Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran

Tanpa manis madah
Janji yang puitis
Tuk persembahan
Hanya ketulusan
Sekeping hati suci

Aku…Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku…Berikan cintaUntuk membahagiakan hari mu
Aku…Sayang dirimuBiarpun nafas ku sampai terhenti
Akan ku kota janji kita
Mendirikan Tajmahal cintaSeteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya.. oo..

Terasa indah pabila berdua
Semakin tiba saat bahagia
Merai cinta kita
Aku..Berikan kasihKalau itu yang kau mahu dari ku
Aku..Berikan cintaUntuk membahagiakan hari mu
Aku..Sayang padamu
Biarpun nafas ku sampai terhenti
Akanku kota janji kita
Mendirikan Taj mahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya





ulasan jebuj

Sepertimana yang pernah saya komen semasa konsert akhir AF6 yang lalu, tekaan saya tepat apabila lagu ini bakal menjadi killer song! Nah.... setiap hari lagu ini berkumandang di corong-corong radio, diputarkan almost every stations kat Malaysia! Malah lagu ini telah menjadi juara di 2 buah station terulung di Malaysia iaitu Radio Era & Hot FM minggu lepas! Tahniah Nubhan. Nubhan pun telah dilamar oleh Ning Baizura untuk menjadi artis pertama bernaung dibawah syarikat nya; Artiste United Records.

BUSTARD !!!!!!

GIRL: Ihave sinned. I called my boyfriend a BASTARD.
PSYCHIATRIST: Wellnow, that's not a nice thing to call anyone, so what did he do to deservethat?
GIRL: Well, he kissedme.
PSYCHIATRIST :Youmean like this? The psychiatrist kissed the girl
GIRL: ...... Yes!
PSYCHIATRIST: Wellthat's no reason to call him a BASTARD.
GIRL: But, he puthis hand in my top.
PSYCHIATRIST: Youmean like this? The psychiatrist put his hand in the girl's top
GIRL: Yes!
PSYCHIATRIST: Wellthat's no reason to call him a BASTARD.
GIRL: But, he tookmy clothes off.
PSYCHIATRIST: Youmean like this? The psychiatrist took off the girl's clothes
GIRL: Yes!
PSYCHIATRIST: Wellthat's no reason to call him a BASTARD.
GIRL: But, he hadsex with me!
PSYCHIATRIST: Youmean like this? The psychiatrist had sex with the girl
GIRL: .Yes!
PSYCHIATRIST: Wellthat's no reason to call him a BASTARD.
GIRL: But, then hetold me he has AIDS .
PSYCHIATRIST: BASTARD!!!!!

Sunday, July 20, 2008

Kecil & Terampil - Gaya Harajuku




Oleh Zaidi Mohamad / BH-21/07/08


Bergaya fesyen Harajuku yang sinonim dengan remaja Jepun menyerlahkan aura Nadia sebagai model 'petite' ORANGNYA genit tetapi bersuara besar penuh memukau. Demikian serba sedikit perihal penyandang tempat kelima Akademi Fantasia musim keenam (AF6), Nadia Haswani Hasnan atau Nadia, 18. Nadia mungkin bagaikan simbolik saiz Berita Harian yang kompak dan menggunakan tag line lebih kecil, lebih terampil. Tampil dengan gaya fesyen Harajuku yang cukup sinonim dengan remaja di Jepun, Nadia menyerlahkan sedikit potensi dan aura sebagai model 'petite'.

Bagaimanapun, lupakan seketika mengenai gaya itu kerana kerjayanya dalam bidang seni baru saja hendak bermula. Tanggapannya sewaktu belum memasuki AF6, dunia hiburan sangat indah dan bersandarkan glamor semata-mata. Namun hari demi hari tanggapan itu semakin terhakis di benak fikirannya. Tanpa berselindung, Nadia mengakui perihal 'kesakitan' untuk terus bernafas di dalam liga seni. Namun, sebagai insan biasa, Nadia menafsir semuanya sebagai satu cabaran dan dugaan yang terus menguatkan lagi aspek fizikal, mental serta emosi dirinya. “Tak dinafikan saat dan ketika ini, ada kalanya Nadia susah nak ‘survive’. Itulah hakikatnya dan tawaran membuat persembahan juga kurang. Semuanya tidak menentu. Tetapi Nadia sudah biasa dengan keadaan begini kerana sebelum masuk AF6 lagi ketika menyanyi di kelab, peluang membuat persembahan kadang kala terbatas juga.

“Hanya kesabaran dan ketabahan menjadi pengubat untuk terus berdepan dengan situasi ini. Ia menjadi cabaran buat Nadia sendiri. Nadia yakin selagi diri ini berada di landasan yang betul dan sentiasa memperbaiki kelemahan, Insya-Allah suatu hari nanti, Nadia boleh berjaya,” ungkap Nadia. 'Kami tidak bercinta' MENYOROT kembali kronologi kisah cinta monyet hinggalah ke cinta terkini yang mengheret namanya dengan Naib Juara AF6, Riz, Nadia masih tegar hidup solo dan menafikan apa juga perasaan terhadap jejaka bermata romantis itu. Gurau Nadia, cinta pertamanya dulu hanya bertepuk sebelah tangan dengan seorang budak Mat Salih. Cintanya hanya terpendam begitu saja kerana Nadia yang mengkelaskan dirinya sebagai peminat rahsia.

Hubungannya dengan Riz mula digembar-gemburkan gara-gara persembahan duet mereka menyanyikan lagu Endless Love pada konsert minggu kesembilan AF6. Keserasian mereka pada persembahan itu jelas terpancar kerana begitu komited menyerap segala emosi dan tunjuk ajar tenaga pengajar AF6 demi terus kekal ke peringkat akhir pertandingan realiti itu. “Nadia tahu ada pihak yang ingin melihat Nadia dan Riz bersatu sebagai pasangan kekasih. Hakikatnya kami tidak bercinta dan hubungan kami umpama sebuah keluarga. Nadia kenal dan sudah menganggap dia sebagai abang dan teman rapat. Nadia tak nafikan ketika membuat persembahan lagu Endless Love itu terbit emosi dan perasaan, tapi semua atas dasar profesional. Sewaktu menyudahkan tugasan menyanyikan lagu itu, dia banyak menaikkan semangat Nadia,” ungkap Nadia sekali gus meleraikan apa juga perasaan yang diingini sesetengah peminat mereka. Sesuatu yang diamati Hip ialah Nadia mempunyai keupayaan berceloteh yang semula jadi. Nadia juga tidak menolak peluang untuk bergelar pengacara mahupun penyampai radio pada masa mendatang. “Nadia memang berminat ke arah itu, cuma buat masa ini Nadia belum menerima atau mendapat sebarang tawaran. Insya-Allah kalau ada peluang dan kesempatan, pastinya Nadia akan manfaat sebaik mungkin. Nadia memang suka melayan orang,” kata Nadia yang bakal muncul dengan rakan AF6 lain di Melaka untuk konsert reunion AF6 pada 25 Julai ini.


Info Nadia AF6
· Mempunyai adik yang tinggi daripadanya bernama Diana Shazwani
· Mengikat kontrak bersama Maestro selama tiga tahun.
· Baru selesai merakamkan kembali lagu single, Kalut Lagi Mengarut yang dipersembahkannya pada konsert akhir AF6 lalu.
· Teringin berduet dengan Hattan kerana melihat penyanyi itu sebagai ikon rock unggul.
· Meminati genre muzik rock dan lagu rancak. Saat ini Nadia sedang mengaplikasikan cara untuk melembutkan tona suara melalui pengamatan pengajiannya di AF6. Hasratnya untuk belajar vokal akan dipanjangkan dengan usaha Maestro menyediakan kelas vokal untuk bintang AF naungan mereka nanti.
· Sebelum menyertai AF6, Nadia mengakui yang dia tidak pernah memiliki atau menggunakan telefon bimbit. Nadia mula memakainya selepas tamat pengajian di AF6 dengan menggunakan telefon bimbit yang diberi penaja di akademi.
· Kerap memenangi pertandingan karaoke yang disertainya seperti Karaoke Alam Sentral, Kelab Orange, La Lacos Pub dan All Star Corner.
· Keluarganya kini mengusahakan makanan popia di East West Stations, Setiawangsa yang beroperasi sejak 2004.
· Cinta baginya diterjemahkan sebagai satu rasa kasih sayang kepada mana-mana individu atau golongan.
· Mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyokongnya yang tidak putus-putus memberi semangat dan sokongan kepada dirinya.
· Pernah tertanya-tanya apakah tindakannya menyertai AF6 satu tindakan yang tepat, namun Nadia berkata sekali dia melangkah, dia tidak akan berundur. Nadia menerima kritikan dengan hati yang terbuka.
· Mengenai album solo, Nadia sedar kedudukannya kini sebagai pemenang tempat kelima AF6. Lalu peluang membikin album pastinya akan diutamakan kepada yang berada di kedudukan atas padanya.
· Paling rapat dengan Stacy AF6.
· Laman web: www.nadiafc.com atau www.nadia.haswani.com/blog Info Harajuku
· Harajuku merujuk kepada sebuah kawasan di Jepun yang diberi jolokan nama sebagai Stesen Harajuku Tokyo, satu stesen di utara Shibuya. Ia adalah pusat kepada budaya dan gaya fesyen remaja Jepun yang paling ekstrem di samping menawarkan deretan kedai serta butik untuk orang dewasa dan diserikan dengan pemandangan penuh bersejarah. · Kini ia lebih dikenali dan dianggap sebagai gaya fesyen remaja persis anak patung comel dengan busana penuh ranggi dan warna warni. Ia juga memberi perlambangan kepada gaya 'gila' karakter kartun 'anime', pemuzik punk dan sebagainya.

Friday, July 18, 2008

Joke Of The Day

Facelift!!!
A woman decides to have a facelift for her 50th birthday. She spends $15,000 and feels pretty good about the results.

1. On her way home, she stops at a newsstand to buy a newspaper. Before leaving, she says to the clerk, 'I hope you don't mind my asking, but how old do you think I am?' 'About 32,' is the reply.' 'Nope! I'm exactly 50,' the woman says happily.

2. A little while later she goes into McDonald's and asks the counter girl the very same question. The girl replies, 'I'd guess about 29.' The woman replies with a big smile, 'Nope, I'm 50.' Now she's feeling really good about herself.

3. She stops in a drug store on her way down the street. She goes up to the counter to get some mints and asks the clerk this burning question. The clerk responds, 'Oh, I'd say 30.' Again she proudly responds, 'I'm 50, but thank you!'

4. While waiting for the bus to go home, she asks an old man waiting next to her the same question. He replies, 'Lady, I'm 78 and my eyesight is going. Although, when I was young there was a sure-fire way to tell how old a woman was. It sounds very forward, but it requires you to let me put my hands under your bra. Then, and only then can I tell you EXACTLY how old you are.'

They wait in silence on the empty street until her curiosity gets the best of her. She finally blurts out, 'What the hell, go ahead.' He slips both of his hands under her blouse and begins to feel around very slowly and carefully. He bounces and weighs each breast and he gently
pinches each nipple. He pushes her breasts together and rubs them against each other.

After a couple of minutes of this, she says, 'Okay, okay....How old am I?' He completes one last squeeze of her breasts, removes his hands, and says, 'Madam, you are 50.' Stunned and amazed, the woman says, 'That was incredible, how could you tell?' The old man says, 'Promise you won't get mad?' 'I promise I won't' she says. 'I was behind you at McDonalds.'

Nature is amazing!

The water froze the instant the wave broke through the ice. That's what it is like in Antarctica where it is the coldest weather in decades. Water freezes the instant it comes in contact with the air. The temperature of the water is already some degrees below freezing point.Just look at how the wave froze in mid-air!!!

KAWAN

  • kawan tu bkn mcm main FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak..
  • kawan tu bkn mcm main SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak..
  • kawan tu bkn mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..
  • kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..
  • kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.
  • kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..
  • kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..
  • kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. skejap ade skjp tak..
  • kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.
Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya.. :)

SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH

ALLAH MAHA BESAR, ALLAH MAHA BESAR

Email ini dari sahabat yg menetap di US:
'Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang Doktor Neurologi .

Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Qur'an' .
Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!

Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam......Begitulah keagungan ciptaan Allah!!! Bagi orang yang tidak menunaikan sembahyang , otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!

Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.'

PETUA IMAM SYAFIE 4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

* Kalau rajin .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Thursday, July 17, 2008

One of the best article I have ever read!

The train has started moving. It is packed with people of all ages, mostly with the working men and women and young college guys and gals. Near the window, was seated a old man with his 30-year old son. As the train moves by, the son is overwhelmed with joy as he was thrilled with the scenery outside.. " See dad, the scenery of green trees moving away is very beautiful" This behaviour from a 30-year old son made the other people feel strange about him. Every one started murmuring something or other about this son. "This guy seems to be a crack.." newly married Anoop whispered to his wife. Suddenly it started raining... Rain drops fell on the travellers through the opened window. The 30- year old son , filled with joy " see dad, how beautiful the rain is ..." Anoop's wife got irritated with the rain drops spoiling her new suit. Anoop said, "Can't you see it's raining, you old man, if your son is not feeling well, get him soon to a mental asylum and don't disturb public henceforth"
The old man hesitated first and then in a low tone replied " we are on the way back from the hospital, my son got discharged today morning , he was a blind by birth and last week only he got his vision, this rain and nature are all new to his eyes. Please forgive us for the inconvenience caused..." "The things we see may be right from our perspective until we know the truth. Always try to understand the problem better before taking any harsh action".

DEBAT - Anwar vs Ahmad Shabery

Anwar tidak kemukakan formula mapan turunkan harga minyak

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengemukakan formula menurunkan harga bahan api yang meyakinkan dan mapan pada debat khas mengenai "Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak." Walaupun beliau berhujah dengan petah dan menarik hati penonton terutama penyokongnya menerusi retoriknya, formula yang dibentangkan berjaya dipatahkan oleh lawannya Datuk Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan. Ahmad Shabery lebih banyak mengemukakan fakta mempertahankan tindakan kerajaan menstruktur semula subsidi minyak berbanding Anwar yang memilih pendekatan populis yang mengambil hati penonton.

Anwar berkata, harga bahan api boleh diturunkan 50 sen seliter sehari selepas sekiranya Pakatan Rakyat memerintah menerusi formula RM5 bilion digunakan bagi menampung penurunan harga minyak. Wang itu dapat diperoleh dengan penjimatan perbelanjaan kerajaan termasuk mengatasi masalah kebocoran dan ketirisan, dan mengurangkan 'standby' kapasiti pengeluaran tenaga daripada 40 peratus kepada 20 peratus oleh pengeluar tenaga bebas (IPP). "Dengan mengurangkan kapasiti itu saja kita telah mendapat RM2 bilion, jadi RM3 bilion lagi diperoleh melalui penjimatan dan mengatasi kebocoran," katanya. Mematahkan hujah-hujah Anwar pada debat anjuran Agendadaily.com di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) malam tadi, Ahmad Shabery berkata cadangan Anwar itu sudah tidak lagi relevan berikutan harga minyak di pasaran dunia sekarang lebih mahal berbanding harga semasa formula itu di warkan-warkan sejak sebelum pilihan raya umum Mac lepas.

Beliau menjelaskan pada masa itu harga bahan api adalah RM1.92 seliter bagi petrol dan RM1.58 seliter diesel. Berikutan harga setong minyak di pasaran dunia mencecah lebih US$130 setong, kerajaan terpaksa menstruktur semula subsidi bahan api, menjadikan harga di pam petrol RM2.70 seliter dan diesel RM2.58 seliter. "Kalau kerajaan mengekalkan harga minyak pada kadar yang lama, ini bermakna subsidi yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan ialah sebanyak RM50 bilion. "Ini bermakna banyak program pembangunan, termasuk sekolah, jalan, Felda, soal orang di kampung tidak dapat dijalankan hanya untuk menampung cara hidup yang berterusan yang ada pada hari ini," kata Ahmad Shabery.

Ahmad Shabery berkata kenaikan harga minyak adalah fenomena global yang berlaku di seluruh dunia akibat banyak faktor termasuk perang Iraq, kemungkinan Amerika Syarikat menyerang Iran dan peningkatan permintaan bahan api oleh China serta India. Beliau berkata penyelesaian kepada masalah ini bukan dengan menambah subsidi secara konvensional tetapi memerlukan satu pendekatan baru menerusi penstrukturan subsidi bagi menjamin ia benar-benar disalur dan dinikmati oleh rakyat berpendapatan rendah. "Kalau kita terus bagi subsidi, ada syarikat asing seperti Exxon-Mobil, Shell dan sebagainya yang turut mendapat faedah daripada wang rakyat," katanya. Beliau berkata kebanyakan negara lain turut mengambil pendekatan yang sama seperti Malaysia. Ahmad Shabery yang turut membidas Anwar kerana mendakwa kenaikan harga minyak kerana pengurusan kerajaan yang tidak cekap, berkata malah Finland, Norway dan juga negara yang dilaporkan kurang mempunyai kes rasuah tidak memberikan subsidi minyak kepada rakyatnya. "Mereka telah menunjukkan prestasi ekonomi yang lebih baik dan Malaysia juga harus menuju ke arah itu," katanya.
"Kalau kita mengajar rakyat kita dengan harga yang murah walaupun pada hakikatnya harga minyak antarabangsa adalah tinggi, tahun 2015 (apakah) kita akan menjadi net importer? "Mungkin beberapa tahun lagi kita tidak ada minyak lagi. Apakah subsidi begini akan diteruskan atau pada waktu itu baru hendak naik mendadak serta-merta daripada apa yang ada sekarang?" tanya Ahmad Shabery kepada Anwar. Anwar bagaimanapun mempertikaikan sumber minyak negara akan habis pada 2015 dan mendakwa kemungkinan telaga minyak baru ditemui kerana negara pernah menjangka kehabisan simpanan minyak pada 2005. Kata Anwar lagi Petronas juga giat menjalankan aktiviti mencarigali di luar negara. Ahmad Shabery berkata Malaysia memang negara pengeksport minyak tetapi bukannya pengeluar besar, oleh itu khazanah negara perlu diuruskan dengan cermat bagi kepentingan generasi akan datang. "Daripada keuntungan Petronas itu, sebenarnya yang telah diberi pada kerajaan ialah sebanyak 91 peratus, apa lagi yang kita nak ambil dari Petronas," katanya disambut dengan tepukan penonton.
Ahmad Shabery, yang tidak luntur semangat menghadapi kepetahan Anwar berhujah menambah kata "Ingat Petronas kuat dan maju sekarang ini kerana siapa. Tidakkah kerana kerajaan Umno dan Barisan Nasional. "Kehebatan yang dibuat oleh Petronas selama ini adalah dorongan yang diberikan kerajaan. Kita tidak bebankan Petronas, kita benarkan Petronas untuk menabur kembali (keuntungan)," katanya. Penonton yang terdiri daripada 50 orang daripada Pakatan Rakyat dan 50 daripada pihak kerajaan mengikuti debat itu dengan tertib tanpa membuat sebarang kekecohan di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP. Begitu juga dengan ratusan penyokong kedua-dua belah pihak yang memberi sokongan moral di luar dewan. Rata-rata penonton yang ditemui berpuas hati dengan perjalanan debat itu yang mereka sifatkan sebagai menyuburkan amalan demokrasi di negara ini. "Anwar mengambil pendekatan mencuri hati penonton menerusi retorik yang menyentuh emosi penonton tetapi kurang meyakinkan dari segi mengemukakan kaedah sedangkan Ahmad Shabery lebih banyak mengemukakan fakta kukuh dan munasabah," komen seorang penonton yang enggan namanya disebut. Debat kira-kira sejam itu dikendalikan oleh pengerusi Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Johan Jafaar.
Petikan / BH / 170708

DRAGON FRUIT - Good for high blood pressure


Also known as the Dragon Fruit, the Pitaya is a stunningly beautiful fruit with an intense colour and shape, magnificent flowers and a delicious taste. The fruit, apart from being refreshing and tasty, contains a lot of water and minerals with many different nutrition ingredients. It tastes light sweet and it's good for liver, laxative, supplementing fiber and very suitable for diet.


Besides, dragon fruit is also good for person who has a high blood pressure. According to popular experience, obese person who has eaten dragon fruit regularly canreduce his/her weight naturally and have a beautiful balanced body but it does not influence on his/her health. Moreover, eating this fruit can stop and reduce diabetes. Hence, dragon fruit is a favorite fruit of many people especially Asian customers.


Benefits of eating the Dragon Fruit

1. Enhance the body metabolism (Protein)

2. Improve digestion (Fiber)

3. Reduce Fat (Fiber)

4. Improve memory (Carotone)

5. Maintain the health of the eyes (Carotone)

6. Strengthen bones and teeth development (Calcium)

7. Tissue development (Phosphorus)

8. Help to metabolise carbohydrates and produce energy (Vitamine B1)

9. Improve appetite (Vitamine B2)

10. Moisturise and smoothen skin and decrease bad cholestrol level (Vitamine B3)

11. Improves the immune system and promotes healing of cuts and bruises (Vitamine C)


USEFUL TIPS: How to Select and Store


They should be full-colored and free of moldy spots. Dragon Fruit should be refrigerated, unwashed, for up to 5 days. Serve chilled.

Tuesday, July 15, 2008

RENDANG IKAN TENGGIRI (2)


Bahan-bahannya :

1 ekor Ikan Tenggiri
( taburkan tepung kunyit & sedikit garam dan perap dalam 15-20 minit )

Bahan A : Halia, Lengkuas, Serai, Bawang Merah & Bwg. Putih ( di kisar )
Bahan B : Cili kering ( di kisar )
Sekotak @ Sepaket santan segera ( Santan segar lebih baik )
Asam Keping
Kerisik
Serbuk kunyit
Minyak masak
Sedikit garam & gula
Daun kunyit

Cara-cara :

1. Gorengkan ikan sehingga masak dan angkat.
2. Tumiskan semua Bahan A yang dikisar hingga harum.
3. Masukkan Bahan B yang dikisar dan tumis hingga terbit minyak.
4. Masukkan Serbuk Kunyit & Asam Keping.
5. Masukan Ikan yang telah digoreng tadi.
6. Masukkan Santan, biar sebati dan masukkan Kerisik untuk memekatkannya.
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
8. Daun Kunyit di mayang halus dan masukkan ke dalam kuah.
9. Biarkan beberapa minit sebelum dihidangkan.


Tips menghidang

1. Alaskan daun pisang di dalam pinggan untuk menghidangkannya.
2. Hiaskan dengan hirisan lemon, dan taburan daun sup.



Selamat Mencuba !

Monday, July 14, 2008

Aliff Aziz Dilamar Berlakon Filem


Penguasaan serta pengaruh artis dari seberang Tambak Johor semakin ketara dengan munculnya Imran Ajmain, Taufik Batishah dan Aaron Aziz.
Seorang lagi artis dari Singapura semakin digilai ramai terutama golongan remaja dan beliau tidak lain daripada si tinggi lampai, Aliff Aziz, 16

Selain popular dengan lagu Sayang Sayang, Aliff memang bertuah kerana albumnya menerima pencalonan dalam Anugerah Industri
Muzik Ke-15 (AIM15) dan Anugerah Planet Muzik (APM) akan datang.

Terbaru, dia mendapat tawaran berlakon 2 filem di Malaysia untuk memegang peranan utama.
Tidak dinafikan artis Sony-BMG Music ini mempunyai raut wajah yang unik ia gabungan Melayu, Filipina, Thailand dan Indonesia.

Dalam pada itu, ada pihak berpendapat, pengaruh Aliff dalam dunia hiburan tempatan ini juga bakal menggugat nama-nama artis popular seperti Dafi dan Adam.

Walau bagaimanapun, Aliff pernah menjelaskan bahawa keadaan adalah fenomena biasa dan dia tetap menghormati rakan seperjuangannya yang lebih dulu merakamkan album.

Minggu lepas, Aliff baru saja menemui peminatnya di Pasir Gudang, Johor menerusi road tour AIM15. Bukan itu saja, peminat Aliff boleh menonton aksinya dalam program Planet Muzik TV yang mula bersiaran pada 30 Mac lalu jam 5.30 dan 9.30 malam di Astro Ria.

Episod kedua dan ketiga Planet Muzik TV pula boleh ditonton pada 6 dan 13 April ini. Rancangan ini dihoskan oleh pengacara kacak, Ashraf Sinclair.
petikan; Murai.com

Stanly nak jadi macam Dayang


Teks oleh Razif Rosdi / Foto Baung / Murai.com

Sesungguhnya hati mana tidak sedih apabila tersingkir cuma satu tangga lagi sebelum ke garis penamat. Bagaimanapun, kesedihan itu terubat apabila Stanley Maringai David Impi atau Stanly berpeluang berjumpa ibunya yang ketika itu tenat.Pun begitu, kegembiraan itu hanya buat seketika selepas ibu tersayang akhirnya pergi juga. Apapun, Stanly yang kini sudah memulakan langkahnya sebagai bintang Akademi Fantasia 6 (AF6). Stanly berkata, sebaik diumumkan tersingkir, perasaannya bercampur baur walaupun dia berharap ke final kerana mahukan lagu baru."Stanly terima saja dan sedikit kecewa juga. Tapi nak buat macam mana. Ini semua pilihan peminat. Stanly berharap mahu pakai jubah graduan," jelasnya beberapa minit sebelum ibunya menghembuskan nafas terakhir.

Apa yang pasti, sewaktu menemuinya baru-baru ini, anak kelahiran Kuching Sarawak ini kembali ceria dengan didampingi teman seperjuangan di AF6.Mengenali diri Stanly bukannya suatu perkara yang susah. Ini semua di sebabkan Stanly cukup terkenal dengan sikap peramah dan mudah mesra. Selain itu, Stanly juga pandai mengambil hati setiap orang yang berbual dengannya walaupun itu pertemuan kali pertama. "Sebenarnya, Stanly memang sudah biasa dengan lagu berentak klasikal. Sebab itulah agak sukar juga Stany agak sukar menukarnya. Tapi, pengajaran di akademi banyak membantu. "Sepanjang menyanyi di konsert, Stanly paling suka konsert ke-7. Stanly memang tertarik dengan fast song. Stanly tidak berapa gemar lagu slow. Sebab itulah Stanly susah nak feel. Teringin juga nak cuba lagu tradisional," jelas Stanly.

Bagaimana dengan Bel Canto?
Ketika berada di akademi lagi, peminat sedia maklum di mana Stanly merupakan ahli kumpulan Bel Canto yang aktif mengadakan konsert terbuka di Kuching. Jadi, penulis sempat bertanya Stanly mengenai Bel Canto. "Buat masa sekarang ni, Stanly masih belum sempat berjumpa dengan ahli Bel Canto. Lagi pun, semuanya kini sibuk dengan komitmen masing-masing. Apa yang boleh Stanly cakap, Stanly akan bergerak secara solo. "Kalau boleh, Stanly mahu buat album ala-ala Dayang Nurfaizah. Bagi Stanly, Dayang punya suara dan stail yang unik selain tiada orang lain boleh menirunya."Sekarang Stanly sudah pun merancang menginap di Kuala Lumpur. Yang penting, Stanly sudah bekerja sebagai penyanyi," jelasnya.
Jelas hubungan dengan Leo
Selain berita mengenai Bel Canto, Stanly juga menjawab persoalan hubungan dengan gadis bernama Leo yang pernah dikaitkan semasa dia berada dalam akademi lagi."Leo? Haha.. sebenarnya kami bukan sepasang kekasih. Stanly kenal Leo sewaktu Stanly mengajar vokal lagi. Stanly memang rapat sangat dengan Leo. Malah, ibunya sudah anggap Stanly macam anak sendiri."Kalau nak tahu, Stanly memang banyak ibu angkat. Betul, kalau tak percaya boleh tanya kawan rapat."Paling penting, hubungan Stanly dan Leo lebih kurang macam adik-beradik angkat. Stanly pun anggap Leo macam adik sendiri. Tak lebih dari itu. "Hubungan Stanly dengan keluarga kandung pun tak berapa rapat. Sejak kecil lagi Stanly dah tinggal dengan ibu angkat Stanly. Stanly memang ada adik kembar yang mukanya sama seperti Stanly. Tapi, dia sudah berkahwin dan ada 2 orang anak," kata Stanly mengakhiri perbualan.

Thursday, July 10, 2008

Resepi Pilihan Jefbuj

Mulai hari ini, saya akan kongsikan bersama, resepi2 tradisi dari keluarga saya iaitu resepi2 yang pernah saya ajar di kelas memasak saya di seluruh Sarawak. ( Sila rujuk slide gambar My Cooking Class di dalam blog ini )

Sekurang2nya dapatlah pembaca blog ini, tak kira lelaki atau perempuan mencuba masakan saya. Lagipun bulan Puasa akan tiba tak lama lagi.

Resepi2 saya amat simple dan cepat disediakan. Selamat mencuba!

AYAM GORENG KUNYIT ( 1 )

Bahan A
Ayam ( ambil bahagian isi sahaja )
Serbuk kunyit
Tepung jagung
Garam
Perasa Ayam Maggi
Serbuk Lada hitam


Bahan B
2 batang serai (dititik)
2 labu bawang besar ( dipotong bulat)
4 ulas bawang putih (dititik)
Cili padi ( buang tangkai sahaja )

Hiasan
Daun sup ( di cincang )

Cara-cara
1. Perap kan bahan-bahan A selama 1/2 jam
2. Goreng separuh masak
3. Angkat dan letak ke tepi
4. Guna kan sedikit minyak dari gorengan bahan A, masukkan bahan-bahan B
5. Goreng hingga layu, lepas itu masukkan semula ayam yg telah digoreng
6. Goreng hingga kuning & ranggup.
7. Angkat & taburkan hirisan daun sup.

JARAK PISAHKAN CINTA SERINA, NAJIB?


KL, 9 JULAI 2008: Banyak pula artis putus cinta dan kasih ketika ini. Mangsa putus cinta terbaru adalah pelakon jelita Serina Redzuawan dengan buah hatinya yang kacak, Najib atau Ajib. Mereka khabarnya kini sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan kekasih lagi dan cuma bersahabat. Kalau tak silap Murai Batu, sedikit masa dulu kisah percintaan mereka berdua pernah dilaporkan oleh pihak media. Mungkin ada yang ingat, Najib adalah seorang jurutera yang mempunyai seorang kembar lelaki seiras. Memang sepadan betullah mereka berdua tu. Mereka selalu keluar makan bersama dan kadang-kadang dengan kengkawan di Sri Hartamas, KL. Tapi, kenapa cinta mereka tidak dapat bertahan? Lalu Murai Batu pun cubalah meriisik daripada beberapa ejen murai yang rapat. Korek punya koreklah, barulah Murai Batu dapat tahu cerita yang sebenarnya di sebalik perpisahan Serina dan Najib.


"Perpisahan itu langsung tidak ada kena-mengena dengan sesiapa atau pun kewujudan orang ketiga. Ia berlaku atas kehendak situasi dan keadaan apabila Najib terpaksa terbang ke Texas, USA untuk bekerja dan melanjutkan pengajiannya di sana. Bila masing-masing mula berjauhan dan sunyi, cinta pun mula terjejas.


"Jadi, jalan yang terbaik adalah membawa haluan diri masing-masing," kata sumber Murai Batu. Haa, macam plot dalam filem pun ada. Itulah dugaan hidup. Kalau anda masih ingat, beberapa tahun lalu, Serina juga pernah putus cinta dengan Allahyarham Hani Mohsin. Sekarang dengan Najib pula. Hai, nak buat macam mana, sabar ajelah Serina dan all the best to Najib di Texas.


petikan : murai.com / 100708

Wednesday, July 09, 2008

PUSH POCKETS IN KL

I am sure you all have heard of 'pick pocket'. Now there is a new trend, 'push pocket' . A few days ago a new type of crime has surfaced in town. It goes something like this:- Somebody slips a hand-phone into your pocket, sometimes it could be just a wallet with an identity card and a few Ringgit. A few minutes later, the 'owner' comes up and confronts you, the 'thief '. He makes a big> commotion that you stole his stuff.
You, caught unaware, are then pulled aside by the> 'owner' for a settlement you are intimidated and threatened that if you do not pay up, the police will be brought in. If you pay up, this 'owner' lets you go. If not, the police are brought in. Another strange thing is that, there always seems to be a 'witness' to the your 'theft'. I am told this often happens to foreigners at the Kuala Lumpur International Airport (KLIA) or even at LRT trains. Given that you're 'guilty until proven innocent' as far as the Malaysian police are concerned, I understand some poor people are in jail for these 'offences'.
At the KLIA, the 'owner' throws his hand-phone and wallet with the few Ringgit notes into the luggage trolley of a just arrived passenger. The drama unfolds a few minutes later. The real culprit has easily convinced our Malaysian police to arrest the real victim (if he has not paid up the 'settlement' demand). This is a very serious matter. This is another form of extortionists operating in broad daylight. They are disgusting criminals who will do anything to rob and steal. The sickening part of the whole scenario is that unless you pay the 'quoted settlement' money, they will put you in real trouble by calling the police.
The real culprit gets back his hand-phone and wallet but the real victim (i.e. could be any one of us) is thrown into the police lock up and charged in court. So do be very careful, otherwise you may end up as a> 'thief' as you have no way to prove your innocence.

Tuesday, July 08, 2008

Menjenguk Siti, suami di rumah

Oleh Zubir Mohd Yunus /B-pop / 060708

Keluarga bahagia menikmati minum petang berhampiran kolam ikan.

BUKANNYA mudah untuk memujuk Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, suami penyanyi kesayangan ramai, Datin Seri Siti Nurhaliza Tarudin sebelum dia memberikan lampu hijau kepada penulis bersama jurugambar, Hasriyashah Sabudin merakam kehidupan santai mereka di banglo mewah yang terletak di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur kerana bimbang pendedahan itu bakal mengundang perspektif negatif orang ramai. Namun, selepas beberapa kali dipujuk, Khalid yang sinonim dengan gelaran Datuk K, akhirnya akur selepas diberitahu, fotografi di banglo bernilai lebih RM6 juta itu adalah untuk paparan eksklusif edisi pertama wajah baru Bintang Popular yang bermula minggu ini. Pastinya peminat yang mengetahui portfolio Khalid sebagai tokoh korporat terkenal dan kesenangan yang diraih Siti sepanjang lebih 10 tahun bergelar anak seni, gaya hidup mewah dinikmati mereka hari ini, tentunya berbaloi.

Ketika kunjungan Bintang Popular ke banglo yang masih di peringkat pengubahsuaian pada bahagian laman dan belakang kediaman itu, hanya anak bongsu Khalid, Mohamed Aazief, 10, berada bersamanya, manakala tiga anaknya yang lain - Mohamed Anas, 21, Mohamed Adib, 18 dan Mohamed Asyraf, 16 tidak menetap di situ kerana masih menuntut di universiti luar negara dan kolej tempatan. Pada 21 Ogos ini, genaplah dua tahun usia perkahwinan Siti bersama Khalid.

Siti Aazief dan Khalid di hadapan banglo mereka.

Sebaik bergelar suami isteri, pasangan bahagia itu menetap di sebuah penthouse di Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan hanya kira-kira tiga bulan lalu Khalid membawa Siti berpindah ke banglo yang mempunyai 11 bilik tidur, perpustakaan, gimnasium dan surau yang boleh menempatkan kira-kira 50 jemaah pada satu masa itu. “Selepas saya mendirikan rumah tangga bersama Siti, hanya bekas isteri (Tengku Zawyah Tengku Izham), tinggal di sini (banglo) bersama anak-anak. Apabila mereka melanjutkan pelajaran di universiti dan kolej, dia (bekas isteri) menyatakan hasratnya untuk berpindah ke rumah lain. Kini, hanya anak yang bongsu, Aazief tinggal berselang seli bersama saya dan bekas isteri. “Daripada banglo ini dibiarkan kosong, saya membawa ayah dan ibu yang sebelum ini menetap di kampung untuk tinggal bersama, lagipun ayah tidak begitu sihat. Pastinya saya yang membawa Siti tinggal di banglo ini. Tambahan pula jadual Siti tidak lagi padat seperti dulu, justeru dia mempunyai banyak masa di rumah, bolehlah dia bersama ibu menjaga ayah.

Tiga beranak selesa merehatkan diri di ruang tamu.

“Pun begitu, saya dan Siti bukannya sepenuh masa tinggal di banglo ini kerana jika ada kelapangan, terutama pada hujung minggu, kami tetap menjenguk penthouse di Ampang itu,” kata Datuk K sambil menikmati minum petang di tepi kolam ikannya ditemani isteri tersayang dan Aazief. Dalam masa sama, terdengar cakap-cakap nakal apabila Siti berpindah ke banglo berkenaan, apa komen Siti? “Siti hanya mengikut kehendak suami. Lagipun Siti selesa tinggal bersama mentua. Namun, Siti tidak berasa kecil hati apabila orang cakap yang bukan-bukan. Mereka tidak tahu keadaan sebenar.

Sekalipun Siti dan suami tinggal sebumbung bersama mentua, reka bentuk banglo ini dibina dengan ruang tersendiri. “Sebelah kiri banglo didiami mentua, manakala bahagian yang satu lagi untuk Siti, suami dan anak-anak. Pun begitu, Siti dan ibu mentua masih berkongsi dapur, sekali gus berkongsi cerita, Siti tak pernah rasa sunyi,” kata Siti yang dilihat begitu manja bersama Aazief ketika mereka bermain piano. Sudah dua tahun melayari alam berumah tangga, tidakkah Siti berasa sunyi tanpa tangisan si kecil? “Siti dan suami sudah berusaha, tapi nampaknya belum ada rezeki. Sementara masih berdua ni, bolehlah honeymoon lagi,” kata Siti berseloroh. Dia akan bercuti bersama Khalid dan anak-anak di Bali, Indonesia pertengahan Julai ini.

Mengenai perkembangan karier nyanyian, tambah Siti, dia akan muncul bersama album tradisional sebelum penghujung tahun ini dan pada masa sama masih mempromosi album terbarunya, Hadiah Daripada Hati. Siti dan Khalid juga merancang mengerjakan umrah pada awal Ramadan akan datang.